Kalau owner duduk rumah tersebut, boleh ke saya halau dia ?
banner Satu Solution Corporate Services
menyediakan perkhidmatan
membida hartanah.

Ingin membeli rumah lelong ?

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
-016.310.6500- atau
bri[at]satusolution.com
Stay tune and dont forget to subscribe my blog.
More...
Jan
1st

Kalau owner duduk rumah tersebut, boleh ke saya halau dia ?

Author: tuanbri | Files under Others

Kalau owner duduk rumah tersebut, boleh ke saya halau dia ?

Soalan ini kerap kali dibangkitkan oleh bakal pembeli rumah lelong. Ini kerana sekiranya pemilik asal menduduki rumah tersebut, ramai yang akan cuba mengelak daripada membeli rumah tersebut.

Sekiranya kita tidak membelinya, pasti akan ada orang lain yang membelinya.

Usaha secara baik boleh dilakukan. Adakan perbincangan dengan pemilik.
Usaha mahkamah adalah jalan terakhir sekiranya pemilik asal tidak mahu berganjak daripada rumah tersebut. Tindakan undang-undang boleh dijalankan. Ini termasuk memanggil pihak polis dan menghalau pemilik tersebut.

16 responses. Wanna say something?

  1. Wak
    Nov 15, 2009 at 13:45:09
    #1

    Salam Tuanbri,

    Saya baru dapat Bida satu unit Rumah Single Detach 4000 sqft. di Kapar. Rumah tu dah dilelomg sejak Nov 2008 lagi tapi takde pembeli. Asal lelong reserve price Nov 2008 RM110K dan ia turun kepada RM62.4K. Alhamdulillah dapat jugak bid RM63K sebab ada “ulat” kacau. Nasib baik banyak bertanya kat orang mancamana nak elakkan “ulat” kalau tak melayang RM2K.

    Masalah utama rumah tu takde orang bid adalah:
    1. Rumah itu dibina dengan konsep penjualan rumah kepada orang blacklist.
    2. Pemaju mencari Investor untuk membeli rumah.
    3. Investor akan membuat perjanjian sewa beli kepada Pembeli Blacklisted.
    4. Rumah ini dilelong sebab Invester tak bayar.
    5. Pembeli blacklisted seorang penjual kereta (Kaki putar alam)tak mahu keluar rumah sebab dia claim dia dah invest >RM18K untuk rumah dan >RM12K untuk acessories.
    6. Sebelum ini ada yang berminat dan cuba nego dengan dia. Dia minta RM30K baru dia nak keluar.
    7. Semasa saya buat bidaan rupanya dia ada dalam auction room. Lepas saya habis urusan bidaan. Dia datang dekat saya bersama-sama seorang Bodyguard. Saya terus blah takut kena belasah.

    So apa pandangan Tuanbri untuk tindakan saya selanjutnya.  (Quote)

  2. tuanbri
    Nov 16, 2009 at 04:14:37
    #2

    waalaikumsalam Wak.

    Good Question.

    1) Buat laporan polis mengenai kemenangan pembelian rumah melalui lelong dan pemilik meminta RM30k.Tulis yang dia minta duit sebnyk tu dan bla bla. Ini nak cover diri sendiri.

    2) Lawyer lelong pakai siapa? Tanya lawyer lelong. Dia sepatutnya tahu psl undang-undang.

    3) Settlekan balance of payment. Sebab bila dah settle, baru rumah tu jadi milik Wak. Baru boleh ambik action.

    4) Hntr Surat Demand(lawyer) tuntut dia keluar dr rumah tu dlm masa 7 hari.

    5) Last sekali – Buat Court Order (yg ni makan masa dan duit) tapi kalau dia tak nak keluar, ni cara yg paling effective. Kos dia expected dlm 5k.

    Wak, boleh datang office kami pada 21.11.09 utk tanya lawyer.
    http://satusolution.com/blog/?p=20#comments  (Quote)

  3. Wak
    Nov 16, 2009 at 10:54:00
    #3

    TQ Tuanbri for quick reply and good answer,

    1. Tadi dah bincang ngan lawyer di Klang.
    2. Jawapannya hampir sama dgn Tuanbri.
    3. So action saya akan buat selepas settle hak milik dan Insyaallah saya akan update status.

    Wak.  (Quote)

  4. tuanbri
    Nov 16, 2009 at 14:05:49
    #4

    Ok Wak…nanti bincang kat sini. At least kita bagi orang lain exposure masalah yg akan dihadapi dan bagaimana untuk menghadapi masalah tersebut…  (Quote)

  5. akuss
    Jan 23, 2010 at 11:13:41
    #5

    salam….camner kes wak ni? dah sttle blom? risau gk nih…ehe  (Quote)

  6. tuanbri
    Jan 25, 2010 at 04:55:04
    #6

    Wak still takde bagi saya any update on his case..  (Quote)

  7. Wak
    Jan 31, 2010 at 23:26:34
    #7

    Salam,

    Bukan tak nak update tapi urusan pindah milik belum selesai. Lewat kerana Developer Main kotor (katanya geran hilang).Developer pun dah bankrupt so peguam kena minta bantuan Jabatan Insolvensi. MOT dah siap dan Bank beri pinjaman dah release payment. Sekarang dalam proses tukar nama.

    Rumahtu sudah dibuat evaluation. Evaluator letak Nilai RM 150K.

    Tunggu siap tukar nama baru saya niat nak jumpa penyewabeli. Pastu nak jual kat dia dengan harga RM150K – RM18K = RM132K. Kalau dia sanggup beli dah untung RM69K……  (Quote)

  8. tuanbri
    Feb 2, 2010 at 01:25:58
    #8

    kalau bank dah release payment, maknanya rumah tu dah jadi hakmilik Wak….

    dah boleh suruh lawyer buat Surat Demand, suruh dia keluar.

    Pendapat aku, kalau nak suruh dia beli, camne?
    pakai loan bank mana?
    loan sekarang ni pun sangkut….
    report polis dah buat? utk back up diri sendiri..
    takut nanti kalau dia nak keluar, dia pecahkan rumah tu…:(  (Quote)

  9. Wak
    Mar 23, 2010 at 23:55:12
    #9

    Salam,

    Wak kembali lagi…
    Dah jumpa ngan Penghuni Rumah.
    Dia setuju dgn cadangan Wak. Rupa2nya dia pun sependapat ngan Wak.

    Wifenya kerja ngan kerajaan pastu dah declare rumah tu harta suaminya. Try buat loan kerajaan tak bagi sbb dah declare harta sendiri.

    Sekarangni geran belum siap tukarnama lagi sbb geran lama hilang. Esok kalau dah siap, Wak nak buat Tenancy Agreement ngan penghuni Selama 3 + 2 tahun.

    Sewa bulanan RM450.00 (Bayar bank baru RM350) selama 5 tahun. (Nak jual rumah kena lebih 5 thn baru income tax tak tinggi)

    Lepastu buat Mutual Aggreement supaya rumah itu akan dijual kepada Isterinya dengan harga dipersetujui…

    InsyaAllah akan selesai dengan Win-win situation.

    Dia dapat balik rumah tu dengan tiada kerugian dari segi kos keseluruhan & saya dapat keuntungan sebagai invester.  (Quote)

  10. Norli
    Jul 12, 2010 at 17:32:27
    #10

    Nak tanya, saya menyewa rumah yang berstatus lelong.Telah sign contract 1 tahun tetapi agent keep going bawak orang yang nak beli tengok rumah.saya takut apabila rumah berjaya dilelong dan dijual dalam masa kurang 1 tahun, adakah saya kena keluar bila2 atas arahan bank? atau agent tak boleh jual rumah itu dlm masa 1 tahun? apa yang patut saya lalukan.  (Quote)

  11. tuanbri
    Jul 13, 2010 at 11:56:39
    #11

    Wak – Tahniah! Allah selamatkan kamu
    Norli – Kalau lelong, kenapa agen bawak masuk tgk rumah ?Bank tidak akan memberi arahan untuk keluar rumah. Pemilik baru sahaj yang berhak.
    Bila ada pemilik baru, perjanjian sewa terbatal dengan sendirinya.  (Quote)

  12. babujie
    Jul 13, 2010 at 15:30:27
    #12

    salam, sya nak buat pertanyaan sikit.
    21/6/10 menang rumah lelong. Kena settled dlm 90hari.apply loan CIMB.
    Lawyer bank nak buat private kaveat sebelum disbursement loan. Adakah ini standard procedure. Pagi tadi sya dah sain banyak document kat Lawyer bank.  (Quote)

  13. Shah
    Jul 14, 2010 at 19:37:20
    #13

    Salam, tumpang tanya.
    sy bru menang auction sebuah apartment d klang.
    skrg sy sdg cari lawyer utk loan.
    Brapekah charge yg relevent dikenakan oleh lawyer utk tujuan berikut. harga rumah adalak 91K.
    first time beli rumah. takut nanti kene charge berlebih2 pulak.  (Quote)

  14. babujie
    Jul 15, 2010 at 11:44:52
    #14

    salam… tahniah shah, tadi byr lawyer loan ngan lawyer sendiri total rm 5,200.00 utk loan rm 95k. status sekarang tggu bank release full amount to auction bank. Sya beli 21/6/10 – exp 18/9/10. Rasa mcm cepat lawyer buat keje.Hrp sblm 21/7 boleh settled semua.  (Quote)

  15. tuanbri
    Jul 15, 2010 at 12:07:44
    #15

    tahniah Babujie. Ni topik, “Kalau Owner duduk rumah tersebut…..”

    macam dah lari topik je…post la kat tempat yang berpatutan  (Quote)

  16. babujie
    Jul 16, 2010 at 10:54:28
    #16

    sorry tuan , maaf tuan,…………….  (Quote)

Post a Comment

Subscribe without commenting