Jun
8th
Author: tuanbri |
Files under Articles
1. Menyediakan Deposit
Amaun deposit adalah bersamaan 5% ATAU 10% daripada Harga Rezab.
Anda perlu memastikan amaun ini daripada terma-terma di dalam Pengisytiharan Jualan (Proclamation of Sales) di iklan-iklan lelongan tersebut di akhbar atau pun melalui pelelong berkenaan.
Contact the auctioneer for a copy of the POS.
.jpg)
2. Membuat Bayaran Deposit
Kebiasaannya 2 jenis bayaran yang diterima untuk deposit adalah melalui ‘Bankers Cheque dan ‘Cashiers Order’.
Ada juga pelelong yang terima Kad Kredit atau Tunai.
Sekali lagi, anda perlu dapatkan maklumat ini di dalam Pengisytiharan Jualan atau menghubungi pelelong berkenaan. Adalah sebaiknya untuk mengelak daripada membayar secara Tunai.
Ada juga pelelong yang terima Kad Kredit atau Tunai.
Sekali lagi, anda perlu dapatkan maklumat ini di dalam Pengisytiharan Jualan atau menghubungi pelelong berkenaan. Adalah sebaiknya untuk mengelak daripada membayar secara Tunai.
.jpg)
.jpg)
3. Mendaftar Diri sebagai Pembida
Hadir awal 1/2 jam sebelum lelongan untuk pendaftaran.
Pastikan anda membawa bersama deposit anda untuk pendaftaran dan mendapatkan resit bayaran/borang pendaftaran pembida daripada pelelong.
Sila pastikan juga no. lelongan hartanah adalah sama dengan hartanah yang ingin dibida oleh anda. *Elakkan daripada memaklumkan kepada orang yang tidak dikenali daripada mengetahui hartanah yang ingin anda bida dan juga harga tertinggi yang sanggup anda bida. Ini adalah untuk mengelakkan daripada diketahui oleh sindiket di lelongan tersebut.
keyword “Ulat”. Ini akan saya kisahkan dalam artikel yg lain.


4. Menggunakan Ejen sebagai wakil anda
Boleh mendapatkan khidmat ejen hartanah yang boleh bertindak sebagai wakil kepada anda untuk membuat bidaan.
Pastikan ejen tersebut adalah daripada wakil syarikat ejen hartanah yang sah, seperti saya.
.jpg)
5. Membuat Bidaan
Anda akan diberikan pad bidaan untuk membuat bidaan apabila giliran hartanah yang ingin dibida anda tiba. Pelelong akan membaca sedikit maklumat asas mengenai hartanah sebelum bidaan dimulakan pada harga rezab. Pelelong juga biasanya akan mengumumkan amaun kenaikan setiap bidaan jika terdapat lebih dari satu pembida, contohnya kenaikan RM1,000 pada setiap bidaan. Anda hanya perlu menunjukkan no. bidaan anda apabila ingin membuat bidaan. Lelongan akan berhenti apabila tiada lagi persaingan untuk bidaan.


6. Pengumuman pembida berjaya
Setelah tiada lagi pembida yang memuat tawaran lebih tinggi, pelelong akan mengira sehingga 3 (1,2,3) dan seterusnya mengetuk tukul menandakan lelongan ditutup dan mengumumkan pembida yang berjaya. Pembida yang berjaya kemudiannya dikehendaki untuk menandatangani borang penerimaan belian dan membayar baki deposit kepada pelelong selepas lelongan berakhir pada hari yang sama.
7. Mendapatkan Pinjaman
Dalam tempoh 90 atau 120 hari (tengok balik dalam POS), pembeli dikehendaki menjelaskan baki harga jualan sama ada dengan mendapatkan pinjaman ataupun membayar tunai. Jika tidak dilaksanakan, pembeli berisiko berhadapan kehilangan wang deposit melainkan kelewatan adalah bukan disebabkan oleh pembeli. Boleh minta lanjutan tempoh drpd pihak Bank tetapi atas budi bicara bank tersebut untuk memberi lajnutan tersebut. (bahaya!)
Tidaklah begitu susah untuk membeli rumah lelong. Cuma perlu penuhkan ilmu di dada dahulu sebelum membida.
Ingat tuan tanah, ingat tuanbri.
Anybody interested in purchasing auction properties ?
Rumah Lelong 2009 Auction properties.
CIMB RHB OCBC
i can be contacted at
016 310 6500
-tuanbri-
bri(at)satusolution.com
Satu Solution Corporate Services
Satu Solution Corporate Services
Jul 26, 2009 at 13:52:39
Gud info…artikel ni memang membuka jalan le..saya totally "1%" je tahu pasal cara2 beli rumah lelong naem(Quote)
Aug 2, 2009 at 05:21:52
Di mana saya boleh lihat rumah-rumah yang hendak di lelong dan berapa harganya. Mohamad(Quote)
Aug 3, 2009 at 03:07:37
ada banyak website untuk kita lihat hartanah lelong
Listing Tuanbri
http://tuanbri.wordpress.com/
Listing Pelelong
http://www.ehsanauctioneers.com
http://www.buylelong.com
http://www.ngchanmau.com
http://www.auctions.com.my -tuanbri-(Quote)
Aug 7, 2009 at 16:58:25
Kalau tidak berjaya utk bid, cthnya harga trlalu tinggi, so deposit yg dibyr akan dpt semulakn? pada hari yg sama? NzDd(Quote)
Aug 7, 2009 at 17:47:48
nama pun dah deposit…sure dapat balik kalau kita x menang dalam bidding tu…
tapi kalau kita bg bank draft lebih daripada 10%, macammana? -tuanbri-(Quote)
Aug 7, 2009 at 18:26:16
entah, kalu byr deposit lebey camne lak citer? NzDd(Quote)
Aug 8, 2009 at 10:15:44
Nak dapat balik,
lepas bank dah disburse loan lah..
lebih xpe. jgn kurang.
nanti yg lebih tu, lawyer bank pelelong akan pulangkan balik kat kita. -tuanbri-(Quote)
Jan 31, 2010 at 09:42:27
Untuk membeli rumah lelong… kita perlu menyediakan deposit dalam bentuk bank draf kan…. so macam mana pelelong hendak memulangkan deposit kalau kita tak berjaya dalam lelongan tersebut… berapa lama pula masa yg diambil untuk kita mendapatkan duit kita semula…. Shahril faizal(Quote)
Jan 31, 2010 at 17:25:41
kita buat bank draf.
pass kat auctioneer.
Berjaya – Dia ambik bank draf tadi, pass kat bank
Gagal – Dia pulang balik bank draf kita tu. Kita bawak bank draf tu balik ke branch Bank yang kita buat bank draf. Tunaikan balik.
Berapa lama? Bergantung kepada berapa lama kau pergi balik ke branch kau buat bank draf tu tuanbri(Quote)
Feb 1, 2010 at 03:19:13
blh ke pki kwsp…x nak guna loan bank…
peh tu kalu dpt… bpe lama process menunggu lps settle semua payment rita(Quote)
Feb 2, 2010 at 01:20:09
Rita-
KWSP hanya benarkan kita keluar duit SELEPAS kita beli rumah tu.
dalam kes lelong, kita bayar dulu deposit 10%/5%, selepas bank kita bayar balance, baru kita boleh claim balik dengan EPF.
Malah installment rumah pun kita boleh EPF bayarkan. tuanbri(Quote)
Feb 24, 2010 at 12:03:14
bukan ke dah bayo deposit 5%/10%. Baki deposit tu apa plak? konpius Shu(Quote)
Jun 27, 2010 at 12:51:37
contoh deposit 10%, hg reserve 50k, bnk draft amaun 5k. kalo kita menang bid dgn hg 80k baki 3k perlu jelaskan tunai pd wktu yg sama hari yg sama. mofaz(Quote)
Jul 26, 2010 at 14:58:55
1.apakah syarat² yg membolehkan kita membyr installment rmh menggunakan kwsp?
2.berapa lmkah tempoh rm yg kwsp boleh cover utk installment tersebut? mamabia(Quote)
Jul 27, 2010 at 10:06:26
Tengok Akaun 2 dalam EPF kita.
Kelayakan:
Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
Anda mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.
Itu sahaja! wow wee mudahnya.
sebanyak mana yang ada dalam akaun 2…sebanyak tu la kwsp boleh cover utk installment tersebut.
Untuk info lengkap, sila layari :
http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2members&pg=bm_p2members_wdrawtype&ac=22 tuanbri(Quote)