Jom Beli Rumah Lelong
banner Satu Solution Corporate Services
menyediakan perkhidmatan
membida hartanah.

Ingin membeli rumah lelong ?

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
-016.310.6500- atau
bri[at]satusolution.com
Stay tune and dont forget to subscribe my blog.
More...
Feb
22nd

Jom Beli Rumah Lelong

Author: tuanbri | Files under Articles

Setiap minggu mesti ada orang yang berjaya menang rumah lelong.

Contoh terbaik :

Unit tu sebuah unit kondominium 3 bilik di Puchong. Market price dalam RM140k max. Saya dapat harga RM85k. Kondo tu dah siap dibina lama dah. Tapi unit yang saya menang tu fresh lagi, masih suci murni, takde sape pernah dudok kat unit tu lagi.

Seperti biasa, proses lelong yg saya pergi tu kejap je. Ada lebih kurang 80 rumah dari macam2 lokasi yang dilelong, tapi unit yang ada pembida (bidder) tak banyak pun, so dalam 15 minit dah settle semua.

Ni bukan kali pertama saya atau wife saya beli rumah, tapi ni kali pertama melalui lelong. Rasa seronok pun ada jugak. Sebenarnya tahun ni je, saya dah 8 kali pergi acara lelong, tapi asyik kalah je. Mungkin sebab saya ni kedekut sangat kot hehe. Yelah, kalau nak beli kenalah berbaloi, kalau menang lelong tapi setakat dapat harga market price, baik beli straight dari owner je, kurang risiko.

Kalau nak tengok unit-unit untuk lelong, boleh tengok kat google atau rumahlelongampang.wordpress.com (free je).

Setiap auctioneer (pelelong) pun ada website sendiri. Antara yang popular kat malaysia ni: Property Auction House, Ng Chan Mau, Tan Corp, J Thilagamraj, EhsanLeong, Henry Butcher, dan banyak lagi.

Beli hartanah ni tak semestinya perlu banyak duit pun. Contohnya, untuk unit yang saya menang tu, saya perlu bawak deposit 5% je, iaitu RM4250. Untuk unit tu pun, saya kongsi dengan sepupu saya, so sorang tak perlu keluarkan duit banyak..

Kalau tak biasa dengan lelong, saya cadangkan belajar dulu, sebab kena faham selok belok dan trick2.. kENA  lah tau nak beli rumah kat kawasan mana (ada tempat panas, ada tempat sejuk), macamana nak survey rumah (sebab kita tak tengok rumah sebelum beli, mungkin kat dalam rumah tu ada lubang besar ataupun mayat haha), macamana nak buat duit atas angin (ni kena jadi ‘ulat’ ni), macamana nak cek tunggakan letrik, air, maintenance, cukai, dsb (kadang2 tunggakan sampai berpuluh2 ribu ringgit, kalau salah beli boleh bankrupt), macamana nak elak bayar tunggakan, macamana nak kawtim dengan pembida lain (contohnya kalau ada 5 pembida untuk unit sama, kalau lawan, harga reserve price mcm RM60k pun boleh jadi sampai RM125k. tapi kalau kita kawtim dan offer cash kat pembida lain RM500 sorang, kita menang at RM60k je, jadi win-win situation), dan banyak tips2 lain..

Nanti kalau saya rajin, saya cerita sikit apa advantage/disadvantage beli rumah lelong ni.. Kalau rajin la..

simple calculation:
1. Bulan2 bayar loan RM400. Kalau sewakan RM800 sebulan, berapa dapat (monthly)?
2. Beli RM85k. Kalau jual RM130k, berapa dapat (one time)?

Ini petikan daripada blog saudara Khairul bird

10 responses. Wanna say something?

  1. semang
    Feb 22, 2010 at 15:25:43
    #1

    bestnyer….. b;eh buat lg ker… skrg…  (Quote)

  2. matjoe
    Feb 22, 2010 at 17:22:38
    #2

    syabas bro. mmg btul biar berbaloi, jgn tamak. loan umah ni utk seumur hidup nyer tanggung. +ve cashflow kene mencanak  (Quote)

  3. akay @ kamal
    Feb 22, 2010 at 20:10:58
    #3

    mmg menarik..umah aritu bankers yg urus loan kata MV dia rm140k..bole terima ke ayat bankers tu?  (Quote)

  4. Wida
    Feb 22, 2010 at 20:33:09
    #4

    Patutlah macam familiar masa mula2 baca.. rupanya dari blog Bird..  (Quote)

  5. bird
    Feb 23, 2010 at 01:13:15
    #5

    hahaha.. patut la macam kenal je.. rupanya copy paste dari blog kitorang http://blog.aidan.com.my/2009/06/belirumah-lelong/

    bri tak puas hati entry aku tu dapat top 5 kat google utk keyword ‘beli rumah lelong’ or ‘rumah lelong’.. cuba la test kat google..

    bri, aku rasa eksperimen ko tak menjadi la.. sebab ko tulis perkataan ‘gampang’ haha.. google pandai BM gak..  (Quote)

  6. Encik Man
    Feb 24, 2010 at 18:11:46
    #6

    Bird, aku tgk gambar dgn nama mcm kenal. Rupa2nya ex-motorolan rupanya. Ingat lagi tak aku, best striker rnd…hahaha.  (Quote)

  7. sue
    Mar 13, 2010 at 09:34:40
    #7

    i nak bli umah lelong dlm 90k ke bawah…area bandar sandakan sabah….what is the best way for me?….what about the loan?  (Quote)

  8. mes1973
    Mar 13, 2010 at 18:26:49
    #8

    saya pun tengah cari rumah dalam harga 90 dan 120 K kebawah…..masalahnya di sandakan semua rumah dah naik sampai 190 K keatas  (Quote)

  9. sue
    Mar 16, 2010 at 14:09:58
    #9

    salam,kengkawan ade tau ke sesiapa yang nak jual rumah kat area sandakan. 90k ke bawah…rumah teres(lelong) pun tak pe…kalo ade…email la ye…mengharap sangat….  (Quote)

  10. shah
    Mar 24, 2010 at 07:16:41
    #10

    saya pun sama ngan cik sue sedang mencari rumah di area sandakan…kalu ada siapa2 yg tau bole pm saya ya…tq  (Quote)

Post a Comment

Subscribe without commenting