Sindiket Pelaburan Emas

ARKIB Utusan Online : 09/02/2010

Sindiket pelaburan emas: 60 individu dakwa rugi RM25j

09/02/2010 6:44pm
PULAU PINANG 9 Feb. – Seramai 60 individu mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25 juta sejak tahun lepas selepas terpedaya dengan pulangan keuntungan segera melalui skim pelaburan emas.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, ACP Roslee Chik berkata, setakat ini, polis menerima 30 laporan yang dibuat oleh pelabur yang mendakwa diperdaya sindiket itu.

“Modus operandi syarikat itu adalah menjual jongkong emas seberat sekilogram dengan harga pasaran antara RM135,000 hingga RM150,000.”Apa yang menarik syarikat itu turut menawarkan pulangan tiga peratus daripada harga emas kepada pembeli bagi setiap bulan dalam tempoh tiga bulan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Roslee berkata, syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang itu membayar dividen tiga peratus berkenaan pada bulan pertama dan kedua sebelum menawarkan untuk membeli semula jongkong emas terbabit pada bulan ketiga.”Apabila pembeli bersetuju untuk menjual semula dan telah menyerahkan emas berkenaan, wakil syarikat terbabit melarikan diri bersama emas tanpa membuat sebarang bayaran,” katanya.

Roslee berkata, siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menguruskan urusan jual beli emas. Katanya, setakat ini, pihaknya telah menahan tiga lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan dan sedang mengesan 10 lagi bagi membantu siasatan kes itu. – Bernama

Tuanbri – bagi aku, emas adalah penyimpan nilai, bukan pelaburan.
Rupanya Pakdi pun ada post benda yang sama

Pakdi

Related posts:

Tiara Beach Resort - Hari Raya
Satu Solution Resort
Cashflow 101 - Matlamat

Related Posts via Categories


banner ad


6 Responses to “Sindiket Pelaburan Emas”

  1. matjoe says:

    byk scam, tak kira laa emas ke, cacing ke, sawit ker…

      (Quote)

  2. eezone says:

    nak elak scam kena ada ilmu. kalau tade ilmu, kita takleh nak bezakan antara scam dengan genuine investment. paling senang, monitor la portfolio pelaburan kita sendiri. n jangan invest kat bidang yang kita taktau …

      (Quote)

  3. Kena lesen bank negara ke nak jual beli emas?

      (Quote)

  4. tuanbri says:

    matjoe – scam drpd dulu lagi, 40,000 tahun yg lampau. but still human got trapped in it. Kena saling ingat mengingati

    eezone – sebab kita tak tau la, kita bg org lain invest kan. Portfolio Manager diberi gelaran.

    Hasbullah – Kalau koperasi, tak payah. Ia tidak tertakluk bawah BNM. Kalau Sdn Bhd atau Sole Prop, saya rasa tak perlu. Sebab tu dah bnyk yang buat Sykt utk jualbeli emas…

      (Quote)

  5. tuanbri says:

    Jawapan drpd pihak Bank Negara :

    Untuk makluman tuan, Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mempunyai apa-apa halangan dalam urusan jual beli emas dan juga tidak mengeluarkan sebarang lesen bagi perniagaan emas. Sehubungan itu, pihak kami tidak dapat memberikan sebarang ulasan berkenaan operasi jual beli emas tersebut.

    Namun begitu, tuan dinasihatkan agar tidak terlibat dengan syarikat-syarikat yang menawarkan peluang pelaburan tanpa lesen yang sah dari pihak berwajib sama ada yang melibatkan emas sebagai cagaran ataupun tidak.

    Berhubung dengan koperasi pula, tuan boleh merujuk kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

      (Quote)

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

Subscribe without commenting