Aduan Rakyat Part 1
banner Satu Solution Corporate Services
menyediakan perkhidmatan
membida hartanah.

Ingin membeli rumah lelong ?

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
-016.310.6500- atau
bri[at]satusolution.com
Stay tune and dont forget to subscribe my blog.
More...
Mar
23rd

Aduan Rakyat Part 1

Author: tuanbri | Files under Articles

Aku selalu terima panggilan telefon daripada orang yang aku tak pernah kenal.

Selalunya bertanyakan pendapat ataupun jawapan kepada masalah mereka. Ramai yang menggunakan agen lelong atau agen hartanah lain tetapi apabila ada masalah barulah nak minta tolong Satu Solution (tuanbri, machafaris atau pie). Bukan mengungkit, tapi kenapa tak pergi balik kepada agen itu? Sebab mereka dah lepas tangan….aku tak kisah lah..jangan tak telefonaku kalau ada masalah. Aku tak kisah nak tolong orang. Apa yang aku boleh tolong, aku tolong. One thing yang aku perasan is orang kita tak berapa pandai dalam hal berkaitan hartanah.

Kes :

Pemanggil (P) : “Adik saya dah beli rumah”

aku terus sampuk……Tuanbri (TB) : “dia dah sign S&P ke belum ?”

P : “dah. Masa nak beli tu, agen TAK bagi tengok rumah, dengan alasan kalau dah beli baru boleh tengok keadaan dlm rumah tu.

TB : ” ada jugak agen yang camni. Apa yang dia dah sign dan bayar ?”

P : “dia lansung tak ada bayar deposit. Tapi Letter of Offer dan S&P dah sign, sign pun agen tu bawak kat KFC je. Lepas tu harga jual dalam LO berbeza pulak dengan yang dalam S&P. Macam ada kesan padam dalam S&P tu.”

TB : “Lepas sign tu, ada ke pergi tengok rumah tu ?”

P : ” Ada. Rumah tu memang teruk. Hancur. Nak kena repair banyak. Sebab tu lepas bila tengok keadaan rumah macam tu, baru adik saya bagitau saya. Dia rasa menyesal beli rumah senyap-senyap je.”

TB : “Sementara bank belum disburse duit loan lagi, better bawak kes ni ke Tribunal Pengguna.”

P :  “tak boleh ke kalau kita nak cancel S&P tu? Buat tak tahu je la since kita takde bayar apa-apa deposit pun dengan agen tu”

TB : “memang tak ada bayar apa-apa, tapi loan dan approved. Tunggu bank disburse duit je kepada owner lama.”

P : “Ada ajen lain offer kat dia rumah lain yang lagi cantik dan elok, lebih murah daripada yang dia dah “beli” ni”

(saya tekan kan perkataan beli , sebab dia dah sign S&P)

P : ” Apa pendapat Tuanbri ? ”

TB : “nanti saya tanya pendapat pembaca blog tuanbri.com”

(dalam hati, ada jugak yg power legal matters, eg. RohaniahNoor, Junny, Nurul, Azizu)

Pada pendapat kamu,

1. apa cara untuk membatalkan pembelian tersebut ?

2. Bolehkah gantirugi/pampasan dituntut daripada agen tersebut (Agen ni dlm agensi hartanah yang berdaftar)

3. Apakah “masa bertenang” yang applicable dalam Akta Jualan Lansung boleh digunapakai?

(dua hari yang berlainan, baju yang sama?)-Machafaris

13 responses. Wanna say something?

  1. palie
    Mar 23, 2010 at 02:13:40
    #1

    ayoyooo…beli barang tanpa tgk barang…  (Quote)

  2. rohaniah noor
    Mar 23, 2010 at 08:47:00
    #2

    alamak.. ada mention nama saya nih.. kena jawab la jugak.. hehehehe….

    hm.. boleh saya clarify, ini kes subsale kan.. bukan lelong kan.. sbb ada s&p ni.

    hm.. saya ni belum jd lawyer lagi ni.. so setakat ilmu cetek yg saya ada, saya berpendapat
    1) boleh batalkan pembelian rumah walaupun dan sign s&p. kena bgtau lawyer kita la.. TAPI, di dalam standard s&p ada clause mengatakan mana2 pihak yg breach agreement utk beli / jual rumah ini, pihak yg breach tu perlu tanggung SEMUA kos yg terlibat iaitu kos peguam yg terlibat, ganti rugi dan apa juga kos yg diakibatkan oleh perjanjian dan terbatalnya perjanjian ini. kalau yg breach tu pembeli, deposit yg dibayar pun akan hangus.

    2)agen tuntut pampasan? hm.. agen dibayar oleh penjual kan. tu antara dia dan penjual la.. tp of course penjual akan claim la kerugian tu dlm jumlah claim dia spt yg saya tulis di atas.

    3) saya tak tau apa kaitan akta jualan langsung dlm hal ni. setahu saya, agen hartanah dibawah Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981, bukan akta jualan langsung. kalau dah sign s&p, mmg akan berkuatkuasa dr tarikh s&p tu. takde tempoh bertenang.

    hm.. kalau jawapan saya ada kurg tepat, mohon diperbetulkan.

    satu ingatan dr saya, tolongla jangan main commit nak beli rumah sebelum tgk rumah tu dulu. saper ckp yg kita tak boleh tgk rumah sblm beli? nak beli kasut pun boleh test dulu.. tu kasut yg cuma rm19.90 kan.. apatah lagi rumah yg harganya boleh mencecah berjuta2 ringgit.
    dptkan knowledge dulu dlm pembelian hartanah sebelum membeli. apalah sangat harga buku2 azizi ali dlm rm39.90 tu kalau banding dgn kerugian beratus2 ribu ni…  (Quote)

  3. safuan
    Mar 23, 2010 at 08:54:38
    #3

    berani nye.. beli rumah xtgk dlu  (Quote)

  4. matjoe
    Mar 23, 2010 at 10:37:24
    #4

    pembaca tu mmg sah2 telah kene tiaw. mmg padah xde ilmu dan tak mengenali circle of investor mcm kita ni. apa2 pun skng mmg kene make best use for the situation.

    1) beli jer umah tu, pastu kasi satu solution pebaik

    2) tinggal jer dlm umah tu

    3) jgn repeat the same mistake.

    ni kalau xleh nk batalkan snp. kene rujuk lawyer laa utk kepastian  (Quote)

  5. semang
    Mar 23, 2010 at 11:52:18
    #5

    kalau umah lelong kadang2 kena pasrah jer kalau umah tu tak leh nak masuk tgk….. kan kan?  (Quote)

  6. safuan
    Mar 23, 2010 at 11:53:18
    #6

    intai aje ikut tingkap  (Quote)

  7. NOY
    Mar 23, 2010 at 13:01:02
    #7

    salam tuanbri, harap bbetol postnyer kat sini. nak tya, apa faktor yg menybbkan rumah lelong tu jd above rp selain faktor lokasi. saya ade minat satu umah dan juga niat hati nak suh tuanbri pegi bid. :)   (Quote)

  8. tuanbri
    Mar 23, 2010 at 14:28:53
    #8

    rohaniah – ini kes org yg takde pengalaman beli rumah.kesian kat dia.

    matjoe – kos akan meningkat kalau dia nak repair rumah tu. memang tak berbaloi baloi

    semang – ini rumah Subsale, bukan lelong

    NOY – tak pernah lagi rumah lelong bawah RP – (Harga Buka = Harga Risab (RP))  (Quote)

  9. eezone
    Mar 23, 2010 at 15:13:34
    #9

    kesian orang tu.jahat betul la agen tu. keji tahap cipan.

    aku yang baru nak bertatih jadi agen ni pon terasa gak. kalau aku jumpa agen mengong tu, nak je aku sekeh kepala. Kesian orang yang terbeli tu, mau makan bertahun nak recover balik.  (Quote)

  10. rohaniahnoor
    Mar 23, 2010 at 20:43:51
    #10

    hm… oleh kerana agen hartanah ni tertakluk di bawah Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981, mereka tak boleh menipu org sesuka hati mcm ni.. apa kata tuanbri suggest kat member ni buat aduan tentang ‘misrepresentation’ oleh agen ni yg mengatakan tak boleh tgk rumah sblm beli sbb nampak sangat ada niat yg tersembunyi. Aduan hendaklah diajukan kepada Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia. Board ni yg mentauliah, memantau dan menjaga semua agen hartanah dan penilai hartanah di malaysia.
    boleh akses laman web mereka di http://www.lppeh.gov.my/  (Quote)

  11. kak ina kl
    Mar 25, 2010 at 14:05:39
    #11

    salam tuan..menarik jugak info-info kat sini..dari blog mat joe.  (Quote)

  12. bling2
    Mar 25, 2010 at 17:32:21
    #12

    dapatkan detail negotiator yg terlibat
    boleh buat aduan disini
    http://www.miea.com.my/frame.php?page=contact.php
    atau
    http://www.lppeh.gov.my/contactus.html

    jgn biarkan kes sebegini takut akan jadi kepada “mereka yg kurang ilmu” terkena

    ni buat darah aku mengoren ni  (Quote)

  13. tuanbri
    Mar 25, 2010 at 19:48:09
    #13

    jawapan drpd lawyer SatuSolution

    Junny – Bole tp fi peguam ttp kna byr for draftg n rviewg docs

    Nurul – Kena bayar fi peguam. Buat laporan polis.  (Quote)

Post a Comment

Subscribe without commenting