Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Apa itu Kaveat – Part 1

Apa itu Kaveat ?

Dipetik daripada “caveat emptor” bermaksud “sila ambil perhatian”.
Sesiapa yang meletakkan Kaveat ke atas hartanah adalah satu cara untuk memberitahu orang lain bahawa kalau sesiapa yang hendak membeli hartanah tersebut, perlulah mengambil perhatian terhadap hak kaveat ke atas hartanah tersebut.

0205_153838

Bermakna sesiapa yang ingin membeli, hendaklah memaklumkan kepada org yg meletakkan Kaveat itu tadi. Dia ni dipanggil “caveator”. Jadi Pejabat Tanah tak boleh menguruskan hartanah tersebut melainkan memaklumkan kepada caveator tersebut terlebih dahulu.

0208_105313

Siapa yang boleh memfailkan kaveat ?

Apabila pembeli sign kontrak untuk membeli hartanah tersebut, pembeli mempunyai “hak kaveat”. Hak kaveat ini boleh melindungi pembeli akan haknya ke atas hartanah tersebut.

Orang lain yang boleh memfailkan Kaveat ialah :

Orang lain yang sign kontrak ke atas hartanah yang sama. Benda ni boleh berlaku bila 2 agen hartanah menjual hartanah yang sama kepada 2 pembeli yang berbeza. Pembeli 1 akan meletakkan kaveat untuk menegakkan haknya sebagai pembeli awal. Pembeli 2 boleh meminta “Wang Ehsan”.

Si Pemiutang yang ingin menghalang si penghutang menjual hartanah tersebut. Si Pemiutang (kalau korang tak paham, ini orang yang bagi hutang-Ah Long, Ceti). Mungkin ada perjanjian yang mana Si Pemiutang dibenarkan memfailkan Kaveat apabila pinjaman diberi.

Orang lain. Terdapat beberapa senario yang mana mungkin memberikan “Hak Kaveat” kepada pihak tertentu.

Hanya orang yang mempunyai Hak Kaveat saja yang boleh memfailkan kaveat.

0205_151839

So macammana nak deal dengan rumah lelong yang ada kaveat ?
0210_154537
macammana nak tahu rumah lelong tu ada kaveat ke tak ?
0210_144911
Kaveat ni sejenis kek yang Hanan Manjalara buat dan jual ke ?

Siapa lah yang berminat untuk membeli rumah lelong yang ada kaveat ?
Takkan sampai bila-bila rumah tu tak boleh dibeli ?

Sesiapa yang berminat untuk memfailkan kaveat, sila hubungi peguam anda atau boleh gunapakai peguam Satu Solution untuk mengenalpasti kewujudan Hak Kaveat ke atas hartanah tersebut. Supaya nanti kaveat tu taklah senang kena reject….

1020_012909AWS-0814 (3)

Bila nak failkan kaveat ?

asap. bila tau Hak Kaveat telah wujud….melalui sign Kontrak tadi…dgn agen Hartanah.

Kalau kita nak beli rumah lelong tapi ada orang lain letak kaveat ke atas hartanah tersebut, macammana pulak ?

Bersambung……
Part 2
Part 3

  • camane?
    kalau rumah lelong tetapi kaveat yg diletakkan adalah bukan individu ..tetapi pihak bank yg memberi pinjaman kepada individu tersebut??Berbaloikah untuk membeli rumah tersebut?Atau cari jek yg lain..

    caveat emptor oleh Bank ? sila ambil perhatian! bank nak bagitau yang rumah tersebut dicagarkan untuk pinjaman.. Apa masalahnya kalau bank tersebut jugak yang melelong hartanah tu?

  • tak sabar nk bc smbungan kisah kaveat..
    wa mmg dh la tggu tajuk ni..

    soalan;- apa kh beza banb kaveat dgn personal kaveat
    2: boleh tak new buyer hapus kn kaveat..

    p/s..apa kena mngena kaveat dgn pic sifu faris??kekeke

  • kaweat ada beberapa jenis.

    antara kaveat yg ada melibatkan kaveat lien. kaveat lien adalah kaveat yg di masukkan oleh pihak bank untuk menjaga kepentingannya apabila memberi pinjaman kepada individu.

    kaveat persendirian pun bank ada guna jugak. selalunya individu yg merasakan ada kepentingan ke atas tanah tersebut akan memasukkan kaveat persendirian.

    bila individu datang ke pejabat tanah (atau mahkamah), berjumpa dengan pendaftar dan sign borang mohon kemasukan kaveat persendirian. SESIAPA sahaja boleh mohon untuk masukkan kaveat ke atas tanah yg dia rasakan dia ADA KEPENTINGAN ke atas tanah tersebut. TUAN TANAH berhak mohon POTONG KAVEAT dan pengkaveat berhak mohon TARIK CAVEAT.

    jika pengkaveat mohon masuk kaveat ke atas tanah yg dia sebenarnya tidak ada kepentingan, pihak tuan tanah boleh mohon potong caveat, dan akan diberi masa 2 bulan, sekiranya pihak pengkaveat tak respon apa2, maka caveat akan dibatalkan oleh pendaftar. sekiranya pengkaveat respon( lantik lawyer) untuk mempertahankan sama ada caveat will be remain as what it is, maka perkara ni akan dibawa ke mahkamah dan hakim akan menentukan sama ada caveat itu patut kekal atau tidak(itu kerja hakim yg tentukan). sekiranya didapati pengkaveat tidak ada hak, tuan tanah boleh tuntut kos kerugian sepanjang tempoh tanah tersebut di kaveat. jadi, HATI HATI lah nak masuk kaveat.

    jika beli property lelong ada caveat, guna lawyer utk mohon kepada mahkamah untuk potong caveat kerana pembida berjaya di anggap tuan tanah yg baru. selalunya kes kaveat melibatkan lelong, kaveat akan di batalkan melalui perintah mahkamah…

    panjang lagi kalau aku nak bebel, letih beb. hahaha

    sekian

    • Salam.. Tuan
      Ada satu soalan.. Jika tuan tanah ada tanda tangan surat option dengan broker.. Boleh x broker kaveat kan tanah tu..

  • hi .

    i dont know wether you will entertain this question or not. I u dont, i will understand.

    Me n husband intend to buy a dsh ( leasehold ) from a good friend of Father in law in aug 2009. at ttat time he sell 320k and we pay 5k only in adv and get the whole set of key from dev off. verbally he consent us to do renovation, so we do up to 60k reno.
    went to lawyer for s & p in aug 2009 also. we move in to house in aug also after compl renovation. the s &p ready in sept ,however something came up to our financial and couldnt sign the s & p until march 2010. the delay makes both parties brought up personal issue ( FIL and the friends ) and end up the owner didnt want to sell the house anymore. we have a meeting in feb and both party aggreed if the s&p didnt settle by march then april onwards we have to pay the rent.

    March we came up with the s&p payment and call the owner. To suprise, he dont want to sell at 320k but 390k instead. since we cant afford the amount, so we asked the owner t pay the reno cost and we will move. But the owner didnt want to pay any single cents for reno cost and ask us to leave the house empty handed.

    my question

    1.can i do the private caveat to the property? ( we are still staying there ) since there is an intention to sell and buy by both parties already.
    2.the earlier s &p stated purchase price of 339k only, so can we stay at that price even the owner want to change?
    3. with private caveat, what is the owner action againts us?
    4.in our situation, what will private caveat benefits and secure us for?

    thanks a lot if you reply me.

    Mamarifqi

  • wow.. sorry u hv to be in that situation. personally tak ada experience on this but based on the description of the private caveat by Joko, you might consider private caveat. however, be prepared:

    1. you hv to willing to let this go (worst case) but you can put up a fight before that.

    2. file a private caveat – rasanya RM60 je kot for 5 years?

    justification: because of the renovation you made, the market value of the house may have gone up. yg ni boleh check the evaluator, how much is the value added of your reno to the hse.

    3. willing to engage a lawyer to defend your claim in case the owner nak file to ‘potong caveat. in your case, ada earlier S&P, so ada la chance for a defence, walaupun dulu buat verbal agreemet je.

    4. kalau owner jual to org lain, try to nego and claim your renovation cost back from the selling profit.

    just sharing my thoughts..

  • wow…tu la..sebab kira rapat jugak kan ?
    sebab duit boleh gaduh..

    1.can i do the private caveat to the property? ( we are still staying there ) since there is an intention to sell and buy by both parties already.
    _JUST file in a Caveat. Tak mahal sangat. but do consult your lawyer. Apa reason kita nak letak caveat? sebab nak bwk dia ke mahkamah? if yes, boleh Caveat.

    2.the earlier s &p stated purchase price of 339k only, so can we stay at that price even the owner want to change?
    _SNP ni dah sign ke belum? dah sign, i dont think boleh tukar, cuma dia boleh kenakan interest on late payment.

    3. with private caveat, what is the owner action againts us?
    _DIA akan lawan untuk angkat caveat tu di mahkamah.It will take some time.

    4.in our situation, what will private caveat benefits and secure us for?
    _Secure ? kena tgh rumah tu sekarang legally mmilik siapa ?
    _Caveat cuma boleh melambatkan proses…

  • 1.can i do the private caveat to the property? ( we are still staying there ) since there is an intention to sell and buy by both parties already.
    U MAY CAVEAT THE PROPERTY. ANY AGGREIEVED PARTY ‘MAY’ CAVEAT A PROPERTY/LAND.
    THE DIFFICULTY IS IN ‘INTENTION’. SUCH INTENTION MUST BE PROVEN OR BIND WITH DOC I.E SNP/SAP/PERJANJIAN JUAL BELI, NOT SIMPLY ‘VERBAL ASSURANCE’. EVIDENCE SPEAKS IN COURT

    2.the earlier s &p stated purchase price of 339k only, so can we stay at that price even the owner want to change?
    HAVE U SIGNED THE SNP? IF U HAVE SIGN IT, YES, IT IS LEGALLY BIND AT THE PRICE OF 339K UNTIL END OF THE SNP AGREEMENT(3+1MONTH NORMALLY). IF IT EXCEEDS (AFTER 4MONTH), THE NORMALLY THERE IS A CLAUSE IN THE SNP STATING THAT THE SELLER MAY(UPON HIS WILL) TO ABORT THE AGREEMENT AND YOU(BUYER) HAS NO RIGHT WHATSOEVER ON THE PROPERTY UNLESS ‘EXTENSION’ IS GIVEN.

    3. with private caveat, what is the owner action againts us?
    OWNER WOULD FILE FOR ‘PEMOTONGAN CAVEAT’. A NOTICE FROM LAND OFFICE WILL BE SENT TO U. UPON 2MONTHS IF U TAKE NO ACTION, THE PROPERTY IS FREE FROM YOUR CAVEAT. IF U APPOINT LAWYER, THEN YOUR LAWYER WILL APPEAL TO COURT WHY THE CAVEAT SHOULD REMAIN. IF THE OWNER FIND U HAVE NO RIGHT ON THE PROPERTY, HE MAY ASK FOR COMPENSATION FOR THE LOST HE BEAR OF UNABLE TO SELL THE PROPERTY.

    4.in our situation, what will private caveat benefits and secure us for?
    WITH PRIVATE CAVEAT, THE OWNER CAN’T SELL OR TRANSFER THE GERAN/TITLE TO NEW OWNER(HE CANT SELL IT). CONSULT LAWYER IN YOUR CASE IS BETTER, BUT TO SLOW SLOW TALK WITH THE OWNER IS THE BEST!

    I WISH U GOOD LUCK SIS!

  • thanks to all yg reply and advice. I am much better now with explaination! I prefer to slow talk with owner but my FIL refuses to do that…anyway, will be meeting lawyer tomorrow and get further advice. if caveat didnt do any much benefits to us, i rather not to proceed. kang kena saman dgn owner,worst.

    again, thanks to all of u!

  • Salam,

    Saya ada masaalah tentang rumah saya kena lelong.
    pendik cerita.
    Luas saiz rumah yg saya beli dulu 3000 sq. ft dgn harga 470ribu. Bank lelong rumah saya dgn harga 270ribu tapi luas keluasan saiz rumah berbeza hanya 2000 sq. ft.
    yg dilelongkan
    Rumah itu ada hutang lagi separuh, macamana saya nak
    selesaikan masaalah ini?

  • Salam.
    Saya ada membeli rumah lelong.Bila cek balik didapati rumah tu dibuat kaveat persendirian 6 hari sebelum hari lelong.Lawyer yang uruskan loan rumah tu meminta saya untuk menyuruh owner lama mendatangani tarik balik kaveat untuk teruskan proses loan, jika tidak memang tak bole proceed untuk apply loan dan deposit saya akan burn.Lawyer juga telah menghantar surat kepada pihak yang buat kaveat untuk menanyakan alasan kaveat tersebut.Jika owner lama tak mahu tarik balik kaveat tu.Bolehkah sekiranya saya teruskan bayaran cash? Adakah kaveat juga akan jadi halangan untuk proses rumah lelong secara cash? Maksudnya jika saya bayar cash, adakah saya bole dapat rumah tersebut. Dan seterusnya filekan kes ini ke mahkamah tinggi untuk dia gugurkan kaveat tersebut.
    TQ. Pls advise.

  • Zul – u have to consult a lawyer
    Mawar – Kaveat bukan dibuat oleh owner lama. Kena suruh 3rd party yang tarik balik kaveat tu.

    Other option – beli cash, tunggu 6 tahun lagi. Kenapa tunggu 6 tahun lagi? cuba tanya your lawyer

  • Kaveat mmg dibuat atas nama anaknya. Pasal 6 tahun tu saya tahu sebab tempoh kaveat 6 tahun. Saya dh cuba consult dgn owner lama, macam susah nak bawa berunding. Kalau tak tunggu 6 tahun lagi, boleh proceed ke dengan bawa kes gugurkan kaveat ke mahkamah tinggi?
    Kalau saya bayar cash, adakah saya hanya tak bole tukar nama rumah tu dan kena tunggu 6 tahun untuk tukar nama ?

  • Saya pun ada masalah yang serupa mcm Mawar. Owner tersebut telah meletak Kaveat atas nama adik die. beberapa hari sebelom tarikh lelongan. Sekarang saya buntu sama ada nak burn deposit atau teros sign untuk proses loan. Owner rumah lelong masih berdegil duduk dirumah tersebut dan mencabar kami dengan mberitahu rumah tue mmg takkan jadik hakmilik kami even loan kami approved tapi hakmilik takkan ditukar kerana ade kaveat dan perlu menunggu 6 tahun. Saya harap sesiapa yag pernah mengahadapi situasi sebegibni untuk bantu saya.

  • Mawar – Boleh bayar cash dulu dan proceed kepada Mahkamah untuk Upliftkan Kaveat tersebut (batalkan).

    Masalah kalau ada kaveat, Pihak Bank tidak akan memberi pinjaman. Itu sahaja. Kalau beli cash dan berjaya dalam mahkamah, rumah tersebut milik anda!

    Ibu – Consult lawyer. Kalau bank boleh bagi loan, sign aje tetapi bagaimana pula untuk mengeluarkan Owner dalam rumah tersebut ?
    Kenapa tak periksa dahulu rumah tersebut ?

  • “Siapa yang boleh memfailkan kaveat ?

    Apabila pembeli sign kontrak untuk membeli hartanah tersebut, pembeli mempunyai “hak kaveat”. Hak kaveat ini boleh melindungi pembeli akan haknya ke atas hartanah tersebut.”

    Salam Tuanbri

    berkenaan dengan ayat yang saya petik di atas, sekiranya seseorang pembeli itu telah bayar 10% deposit dan sign S&P, maka dia boleh memasukkan kaveat. tapi bagaimana kalau sebelum urusan pembelian rumah selesai, rumah tersebut telah dilelong. dalam hal ni siapa yang lebih berhak? pembeli atau pelelong? adakah kaveat pembeli ini kuat?

  • salam.ayah saya ada nk jual tanah….dah sampai masanya utk sains…tiba2 lwyer yg uruskan kes ni dapat call kata tanah tu di kaveat….so x jadilah…masalahnya sblm ni pun pun tanah tu dah di kaveat tp tmpohnya dah tamat….tp org yg kaveat dulu x dak nama pun dlm geran tanah tu….geran yg dulu tu ada lah….tp dh tkr hakmilik dah so nama ayah saya dan mak saudara saya je ada….so mcmana dia ada hak bt kaveat ni?mcmana kami nk buat sekarang?adakah kita bleh lwn kat mahkamah?tolong lah kami adik beradik betul2 pening….

    • sekadar kongsi apa yang saya tahu…

      zaini boleh suruh ayah pegi pejabat tanaj buat permohonan untuk batalkan kaveat. bayaran dalam RM220.00 (selangor). nanti pejabat tanah akan hantar notis pemberitahuan pembatalan keveat kepada pengkaveat. dia akan diberi masa 2 bulan untuk mencabar pembatalan kaveat tu. kalo dia tak cabar dalam masa 2 bulan, kaveat dia akan dibatalkan secara automatik. maknanya zaini kena tunggu dua bulan la..

      tapi kalo dia cabar jugak, maknanya dia akan bawa kes ni ke mahkamah. dan ayah zaini pun kena naik mahkamah jugak kalau nak lawan dengan dia.

      yang tak best nya pasal kaveat ni, menurut pegawai pejabat tanah selangor yang saya jumpa, sesiapa pun boleh masukkan kaveat kat tanah yang dia takde kepentingan dengan cara buat surat sumpah palsu. kes ni berlambak kat pejabat tanah selangor. maka tak mustahil kalau lepas kaveat pertama dia dikeluarkan, dia boleh masuk kaveat lain atas nama orang lain.

      kalo dia buat juga macam ni, memang kena selesaikan melalui mahkamah la. dia boleh didakwa sebab buat akuan sumpah palsu. dan ayah zaini boleh mintak dia bayar semua kos guaman, etc, dan etc..

      harap membantu

  • tima kasih kerna sudi membantu….saya dan ayah akan cuba pergi pejabat tanah pulau pinang bertanyakan untuk membatalkan kaveat tu….kalu bleh kt nk naik trun mahkamah…psal kita bknnnya org berada sangat…sekadar ada tanah yg sejemput tu pun nk berebut……

  • Baru ini tnh yg nk dijual tlh dikeveat oleh anak kpd anak saudara bapa saya.nama kami ada dlm geran melalui proses faraid ats nama bapa dn datuk saya.si keveat menganggap tnh itu adalah milik bapanya melalui 1 surat prjanjian lama antara bapa saya dan bapanya.nama bapanya tiada didlm geran dn surat itu tiada pada kami dn saksi semua dh meninggal.bolehkah kami buka keveat itu dn tuntut tnh itu. Kami hndak mnjual bahagian kami sahaja.harap tolong saya. Terima kasih.

  • Actually what is the meaning of ‘permohonan untuk kemasukkan kaveat persendirian” dan ‘notis menarik balik kaveat persendirian’?

    Kalau beli shoplot, itu lawyer asked us to sign dua document ini….? Kenape?>”?

  • >