* Ini adalah sambungan daripada Kaveat Part 1
Kaveat Lien – Kaveat bermaksud “pemberitahuan”. Lien pula bermaksud “claim”. Kaveat Lien – Pemberitahuan claim.
Kes seperti ini banyak berlaku apabila orang meminjam dengan cagaran.
Lien didaftarkan dengan menyerahkan dokumen geran hartanah dicagarkan dan (MoD) Memo Deposit yang menerangkan segala syarat dan keadaan ditekankan.
Pemegang Kaveat Lien ini berhak untuk menjual hartanah tetapi selepas mendapat keputusan penghakiman terhadap Peminjam. Inilah kes lelongan mahkamah atau pejabat tanah banyak berlaku. Ramai yang tanya apa beza lelongan mahkamah dengan lelongan awam, yang dikenali sebagai LACA (Loan Agreement Cum Assignment).
Cara mendapatkan cagaran ke atas pinjaman jarang dilakukan pada masa ini memandangkan ramai yang tidak berharta semasa ingin membuat pinjaman.
Walaubagaimanapun, Kaveat Persendirian perlu juga difailkan untuk mengelak sebarang penipuan ke atas hartanah yang dicagarkan.
Kaveat Persendirian
Kaveat ini pula tidak memberikan hak menjual hartanah tersebut. Ianya hanyalah pemberitahuan bahawa terdapat kemungkinan pihak lain mempunyai hak ke atas hartanah tersebut. Sehinggalah mahkamah memutuskan sama ada hak itu wujud atau tidak. Kaveat ini menghalang sebarang urusan ke atas hartanah, Penjualan Hartanah, Pemindahan hartanah ataupun Mencagarkan hartanah.
Tempoh sah Kaveat ini adalah terhad kepada 6 tahun sahaja. Lain kali kalau anda nak beli rumah lelong dan mendapati terdapat Kaveat ke atas hartanah tersebut, tengok tarikh pemfailan kaveat tersebut. Lebih daripada 6 tahun, tidak sah. (Perkara 6 tahun ini juga digunapakai dalam menuntut hutang. Selepas 6 tahun, anda tidak berhak menuntut hutang tersebut).
Bersambung….
Rumah Lelong dilelong oleh pelelong,
Rumah subsale disale oleh seller.
kalau tak salah saya, private caveat boleh renew oleh caveator
xle la eh nk msuk rumah lelong yg ade kaveat?
memang private caveat boleh direnew selepas tamat. caveat ada berbagai kategori dan kegunaan
Tq for sharing bri
gambar lelaki pakai baju putih yang tengah berdiri tu u kenal ke..?
macam rupa officemate sy la..
Macam mana nk tahu properties tuh ada caveat especially rumah lelong?
buat carian rasmi kat pejabat tanah
nak tahu, kena buat carian …
tak ada cara lain…