Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Ulat Lelong – Part 1

Lokasi : Ng Chan Mau, Megan Avenue 2, Jalan Yap Kwan Seng

Tarikh & Masa  : 23 Disember 2008

 

Flashback. 23rd December 2008. For your reference. Now and in the future.

 

And the story begins…..

 

Aku pergi auction kali ni sorang-sorang. Time ni mana ada rakan seperjuangan. Belum kenal ramai org lagi. Ada laa a few yang masuk lelong aku kenal tapi tak lah seramai sekarang ni. Ramai bebenor sampai kadang-kadang aku lupa nama korang. Sorry ye..hehehe. back to the story.

Bila aku sampai kat depan NgChanMau, aku duduk lepak kat luar. Time tu diaorg ada sediakan makan dan meja-meja disusun di luar untuk kemudahan pembida-pembida. So bila aku lepak, adalah satu orang melayu ni duduk sebelah aku.

"Apa kabar? hari ni masuk lelong lagi ke?" tanya mamat tu.

Aku pernah jumpa mamat ni. Masa tu aku lepak dengan member aku kat kedai Hakim selepas lelong. Time tu aku tak kenal dia ni siapa, cuma apa yang aku nampak dia macam baik je dengan member aku. Siap gelak ketawa lagi. Pastu dia siap bagi duit lagi kat member aku. Dan member aku habiskan duit tu untuk beli PDA 2nd hand.

 

"Kabar baik bang. Hari ni ada masuk 1 unit" aku menjawab dengan andaian mamat ni macam member aku. Hati aku jujur (atau lebih kepada lurus bendul). Dalam hati aku lansung tiada syak wasangka. Kalau dia boleh jadi member kepada member aku, apa salahnya menjadi member aku ?

 

"Masuk unit yang ini ke ?" sambil menunjuk kepada bulatan kecil berdakwat hitam di atas brochure NgChanMau.

"Aku pun masuk yang ini jugak. Habis tu camne ni? kau nak lawan ke?" sambung dia.

"Habis tu macammana?" aku yang lurus ni menjawab. Lansung tak terfikir apa benda.

"Kalau kau nak sangat rumah ni, aku bagi kau je la". "Malas la nak lawan sama geng".

 

Aku dengan gembira mendengar jawapan mamat tu. Baik gak hati dia ni. Aku pun borak lagi dengan dia. Aku tanya mana nak dapat listing untuk rumah yang dilelong di pejabat tanah atau mahkamah. Dia jawab "Kalau kau nak aku ajar, senang je. Bayar aku rm1,000, aku bagitahu kau kat mana boleh cari". Tersentak aku mendengar ayat dia. Eh, aphal lak nak minta duit ni drpd aku. "Member kau tu, yang dah banyak rumah lelong, siapa yang ajar dia?". "Kau tahu siapa yang ajar dia selok belok rumah lelong ni?". "Aku la….kalau tak percaya, kau boleh tanya dia sendiri".

Aku dah start malas nak dengar. Acuh tak acuh. Aku rasa dia perasan kot.

 

"Eh, auction dah nak start ni. Camni je la. Aku cuma minta RM2,000 je. So kita tak payah lawan. Aku dah bagitau klien aku, unit ni called off. Sebab nak bagi kau menang"

huh? RM2,000? apa benda ni ? (Dalam kes lelong, kadang2x kita terpaksa compensate competitors kita untuk mendapatkan hartanah pada harga yg berpatutan. Daripada lawan bida, menyebabkan harga naik tinggi, better kita deal dengan mereka. Jimat sikit.

"Rm2,000 banyak sangat la bang."

"Berapa kau boleh bagi?"

"RM500"

"RM500 je? kau jangan main-main."

"ok la bang. kalau saya letgo unit ni kat abang, berapa abang bayar saya? RM2,000?"

"Eh, mana boleh? aku bayar RM500 je la. Td kau nak byr rm500. kena sama la".

Masing-masing senyap. Skrg ni barulah otak aku ligat. Atur strategi. Susun langkah.

"Oklah. Kau pergi daftar dulu dengan pelelong" ujar mamat tu. Aku ok je. Bank draf memang aku dah prepare selepas aku buat Ops Tinjau (survey) ke atas unit tersebut. Unit tu masih dara lagi. Tu yang aku berminat sangat.

Bila dah daftar, mamat tu pun mula bercerita yang dia baru je tolong klient dia jualkan satu unit di tempat yang sama pada harga yang tinggi. Jadi dia tawarkan khidmat dia untuk tolong  jualkan unit yang aku bakal menang ni. Sebab dia dah ada ready buyer untuk area tersebut. Siap buat calculation atas kertas. Untung dalam 20k. wow wee. Tapi bila aku tanya, penalty fee drpd loan bank tak ditolakkan, dia blur. Dia tanya aku balik, berapa penalty fee. Aku cakaplah dengan dia, calculation dia tu tak tolak lagi dengan kos peguam dan kos-kos lain.

Aku tanya dia, tadi yang kita deal RM500 tu tak jadi kan. Terus berubah muka dia. Dia bagitau aku yang dia dah cancelkan dengan klien dia sebab dah agree dengan aku. Siap dia panggil member dia (sidekick berbadan besar) mengadu kes aku taknak bayar. Sidekick dia pulak nak push aku suruh bayar. Aku buat buat goyang dan telefon abang aku. "Kejap, saya nak minta duit dengan abang saya". Panggilan yang aku buat bukan kepada abang aku, tapi aku call member aku yang dulu deal dengan mamat ni. Bila aku dengar member aku cakap "dia tu ulat je. Kalau dia minta duit, jangan bagi!" menyirap la aku.!

Aku terus masuk balik ke dalam pejabat tu dan bagitau dia "Abang saya kata dia taknak bagi duit. Kita lawan".

"Janganlah camni. Sekarang ni kitaorg nak register pun dah tak boleh, registration dah tutup" ujar sidekick.

"Mr. Foong, boleh register lagi tak sekarang?" aku tanya direct kat auctioneer depan sidekick.

"eh mesti boleh lagi. Belum pukul 3 lagi". Mr Foong dengan senyuman "Pendekar Wanita"nya.

"Hah bro. Boleh lagi la register. Cepat la". Aku sound sidekick tu. Dia pulak nak berlakon, "eh, boleh lagi la register. Ingatkan dah tutup. Nak register tak?" dia tanya mamat tu.

Hahaha…mau mainkan aku, kena batang hidung balik. Aku terus masuk dalam dewan lelongan.

Aku menang RP. Mamat tu memang takde bank draf dan tak register. Lepas lelong tu habis, aku dah tak nampak kelibat diaorang. (Tapi sampai hari ni aku ada selisih dengan diaorg ni kat tempat lelongan).

RJ TT

Technorati Tags:

RJ TT (2)

 

p/s: aku rindukan TT kat RJ bersama Pie, Hanan, Al Husni, Hafizal (Juruukur), Faridzaswadi (Macha), Bling-bling, Kayzen, Peruzz, Roslan (Membaiki Labu), Syada antaranya….

Start : Pukul 8 malam

Finish : Pukul 3 pagi. (Tinggal Pie2020, Faris, Peruzz, Juruukur dan aku.

  • tuan bri…. kalau yg ulat yg buat bank draf gak…pastu register ngan unit yg kita nak bid….camna nak buat….kena bayar dia gak ker….(takde skill lg nak elak ulat)

  • fariz, ulat2 tu takut ngan ko sbb ko ulat paling otai…haha

    briyan:aku kenal ngan samdol tu, si mamat tu kepala weng2 sket…sib baik dia tak ajak ko g usrah

  • hahaha, tuan bri, mmt ni adalah org yg sama time aku beli umah lelong tu. faris bgtau. mmt tu mmg ulat. mmg tgk pun rasa rimas. tp untuk kes aku, dia carikan agent lain yg masuk utk unit aku untuk kawtim, aku mmg dh equip dgn ilmu dr blog pie n faris (time ni blog ko xde lagi), aku pastikan yg agent yg aku kawtim tu mmg ada buat bank draft dn bila dalam lelongan dia mengalah dan bila aku menang baru aku bayar

  • xpa bri..dulu hang p lelong sorang2..
    la ni dah otai..ulat lain pun dah xbrani dekat hang dah..mau nmpak hang depa xtggu dah situ…hehehe

  • safuan – aku tak paham
    treecool – aku rindu nostalgia
    fariz kamis – kau Ulat Gonggok. Kalah la ulat lelong.
    usop – dia ajak kau pergi usrah ? biar betul…
    azman – mana ada azman(dot)com? cheh, mcm ulat pulak.ulat spam..hehehe..Geng 916? tak paham.
    kayzen – tau pun..aku turun, takde org lama pun.
    matjoe – aku sebenarnya tak suka tulis blog. So cerita ni aku ada suruh Faris(macha) tulis dlm blog dia.
    palie – skrg ni ulat dah tau aku BUKAN ulat.So diaorg akan terus offer aku duit.
    Semang – aku akan sambung dlm “Ulat Lelong – Part 2”

  • a’a..citer ni ade kt blog faris..dlu aku khatam blog dia.tp skg ni slow skit sb capital xdak. aha..

    a’a la nostalgia tt @rj.1st time turun tt sorg2 je pompuan..cett..sgguh memalukan..aha.

  • Bri..aku pun rindu…rindu nak g lelong balik ni….masa takder, sibuk menda2 lain yg tak berfaedah..hahah

  • Salam… saya baru tengok web ni…x penah buat bid pun tapi cam menarik.. baru2 ni cam nak beli umah. igt nak dk situ.. adalah satu umah bank nak lelong… umah teruk skit… biasalah mamat2 sewa.. tau2je lah… katakan kita memang tapi loan x lulus camner erk??? lepas menang bank draf kene et go kan… so burn macamtu ker?? aper tips terbaik nak pilih rumah lelong ni??

    Tq
    Budak baru belajar

  • da lama xmsk blog ko bri. boring lyn ulat2 ni. aritu tlg abg aku g bid shop lot kt jb pn sama, lg maha hebat dr ulat kt kl nih.

  • >