Apa itu Kaveat – Part 3

Sambungan daripada

Kaveat Rumah Lelong
Part 1
Part 2

Jadi macammana kita nak tahu pasal kaveat ni ?

Kita kena tengok pada Pengisytiharaan Penjualan ada dinyatakan di dalam tu title no. Kena pastikan sama ada ianya adalah HS(M) atau HS(D) atau Geran Mukim atau Geran Pajakan. Semua tu akan menunjukkan tempat di mana kita sepatutnya membuat carian tanah. Selalunya kalau geran Pajakan, kita akan pergi ke Pejabat SUK negeri sebab pajakan melibatkan kepentingan negeri.

Bagi HSM (yang bermaksud “hakmilik Sementara Mukim”) kita kena buat carian di pejabat tanah daerah.
Sama juga untuk carian tanah bagi title yang bermula dengan HSD.

Ada 2 jenis carian (pulak!) :
1. Carian Persendirian
2. Carian Rasmi

Carian Persendirian
aku selalu pakai yang ini je. Sebab carian ni kira macam summary untuk tanah tersebut.

Carian Rasmi
-digunapakai oleh pejabat peguam, ada cop pejabat tanah, supaya mereka boleh gunakan dokumen tersebut dalam hal yang melibatkan anak guam mereka. ataupun dalam proses pindahmilik tanah.

Masalah Dengan Carian Tanah

Ada pejabat tanah yang dah lama guna sistem berkomputer. Jadi bila kita buat carian tanah, diaorg akan cuma print out sahaja semua maklumat dan bagi kita salinan. Senangkan ?

tapi ada jugak pejabat tanah yang masih lagi menggunakan sistem lama (Sistem Buku Besar). Dia akan carikan satu buku yang mengandungi maklumat yang berkaitan, yang berkait dengan tanah kita, kita buka muka surat yang berkenaan, kita boleh nampak apa apa rekod mengenai tanah tersebut. Kita dilarang membuat salinan. Kalau nak , kita kena extract info tu ke atas sekeping kertas. Penat jugak beb kalau buat 2-3 carian sekaligus.

Masalah yang utama ialah apabila kita nak tahu ada kaveat ke tak ke atas hartanah lelong yang masih belum mempunyai strata title, seperti contoh Pangsapuri Mentari Court. Bila kita dapat print out tu, akan ada banyak Kaveat yang dinyatakan ke atas Master Title. Jadi di sini masalah timbul. Macammana kita nak tahu unit yang kita berminat tu ada kaveat ke tak ?

Aku ada tanya beberapa peguam, jawapan mereka lebih kurang sama!

Apa korang rasa jawapan mereka ?

24 thoughts on “Apa itu Kaveat – Part 3

  1. Salam,

    Mugkin lawyer tu bagi tau kaveat lain boleh uruskan tp jangan personal kaveat..susah sikit nk uruskan..

    Baru-baru ni ada tanya lawyer pasal caveat ni..dia kata rumah master title jarang orang letak personal kaveat. sebab tak berbaloi katanya..ada certain condition yg boleh menyebabkan kaveat tu xbleh digunapakai dia ada jugak advise suruh refer kat developer..apa yg ssy faham master title adalah hak milik developer..so ape-ape kena dapat persetujuan from developer.

  2. master title tu maksud dia sama lah kan dengan strata title.. ke laen?

  3. TuanBri, ape jawapan dari peguam tu pasal kaveat utk master title?

    Details:
    Apartment Strata title.

    Ade x kemungkinan kalau kite buat title search, ada banyak Kaveat yang dinyatakan ke atas Title tu?

  4. Salam,
    kalo nak buat carian persendirian berapa lama masa yg di ambil. sy nak wat cerian tanah kat pejabat daerah & tanah petaling. masa yg ada cuma lunch hour (lajak sket. cuti annual leave dah takde

    trima kasih

  5. Salam,
    besok ada satu rumah lelong yang saya tgah pikir samada patut ke saya try.
    rumah:freehold
    tapi ada kaveat kat pejabat tanah.
    memnurut agen tu boleh nk beli tapi amik masa 6 bulan untuk tukar nama.
    jadi sekarang ni saya nak tau patut ke saya beli umah tu.?bolehke dapat loan kalo umh tu ada kaveat?
    adakah saya kene amek lawyer lain untuk batalkan kaveat tu dengn kos.?
    Saya nak beli rumah untuk diduduki.
    tq

    • kalau tak yakin, jangan masuk.
      baik tanya lawyer. Agen pandai cakap je

  6. salam tuan bri…
    saya nak tanya…
    apa beza carian persendirian dan rasmi ya..?
    terima kasih

    • Jobless Girl 🙂

      nak tau pasal ape tu ye..saya da faham sket2 pasal carian ni…

      Salam Tuan Bri, mind to share how to more details on carian persendirian?

  7. salam tuan,
    saya ada sebuah rumah hendak dijual area KLIA
    market Prise RM75K
    ada penyewa.
    boleh hubungi saya jika berminat.
    019- 237 8589

  8. Jobless Girl – carian persendirian tu …
    kita bukan daripada Pejabat Peguam ….

  9. Kaveat – menghalang urusniaga terhadap sesuatu title tanah.. contoh: suatu kaveat adalah berjangka hayat selama 6 tahun (jika tidak ada cadangan pemotongan kaveat).. so, walaupun kita beli suatu hartanah tu dan menggunakan S&P untuk mengatakan hartanah itu ialah hak kita, ia tidaklah sangat kuat (perundangan tanah mengatakan pemilik tanah sebenar adalah nama yang tercatat di dalam geran).. jadi jika dalam title tu ada kaveat, ini bermakna nama pembeli tersebut tidak boleh didaftarkan/diletakkan di dalam geran selagi kaveat itu tidak dipotong. so biasanya org akan membuat carian dahulu sebelum membeli apa apa hartanah..

    carian persendirian.. suatu ringkasan yang menerangkan segala maklumat tentang tanah tersebut..biasanya digunakan hanya untuk rujukan sendiri sahaja..

    carian rasmi.. sama juga menerangkan maklumat tentang tanah tersebut..cuma carian rasmi digunakan untuk urusan-urusan yang melibatkan tanah tersebut dgn pejabat tanah.. contoh utk pecah bahagian, permohonan consent dsb.

  10. Yg dimaksudkan semua ni pasal personal kaveat yg ada lapse time 6 tahun…

    macam mana dgn lien caveat – kiranya kita dah terbeli rumah lelong, tapi bank nak disburse loan tak nak buat sbb loan lawyer advice jgn sbb ada caveat bank lain (bukan bank pelelong).

    1) Blh ke disburse payment…jika tak….burn la deposit, lawyers fees
    2) tukar nama?
    3) traik balik caveat

  11. Salam,

    Nak tanya about kaveat persendirian.. Mak Angkat saya masukkan kaveat persendirian untuk rumah yg ayah angkat saya bg kat saya melalui deed of trust.. ni dah kali ke 2.. yg first dia masuk utk halang sy dr buat refinance n kali nie utk halang dr saya jual rumah tu.. 1st tu saya tak tau yg boleh buat pemotongan kaveat and just tunggu sampai kaveat tuu expired sendiri (6thn).. sy pun tak ambil tau pasal rumah tuu sbb mak sy nak duduk.. then bila dia dah kawin baru sy nak jual but tgk2 dia buat pulak kaveat baru..
    so, apa yg saya tak fahamnya.. apa kepentingan yg membolehkan seseorg itu masukkn kaveat?
    walaupun dalam title dah mmg ada nama sy.. pemindahan title dr nama ayah angkat kpd sy pun melalui deed of trust..

    • kepentingan berdasarkan hak mereka ke atas harta tersebut.

      cik Alin dah kena appoint Peguam untuk review kes ini.
      sebab takut akan berlanjutan selama lamanya.

      sebab ayah angkat kepada anak angkat, tu yang ada isu.

  12. Tanah milik mak dan atas nama mak jgk. Di kaveat oleh kakak atas kpentingan adikbradik.skrg blhkah mak nk batalkn kaveat dan caranye.tq

  13. Salam.. Tuan.. Mcm mn pulak bile da beli rumah lelong, slpas tarikh lelong..lelong land ofis.. Abg owner rumah msukkn kaveat kat rumah tu.. Tuan..Sy nk mntak khidmat nasihat mcm mn nk wat?

  14. Salam
    Pembida lelong boleh ke potong kaveat persendirian hanya di pejabat tanah? Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.