Resolution Alliance – 17.04.10
banner Satu Solution Corporate Services
menyediakan perkhidmatan
membida hartanah.

Ingin membeli rumah lelong ?

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
-016.310.6500- atau
bri[at]satusolution.com
Stay tune and dont forget to subscribe my blog.
More...
Apr
19th

Resolution Alliance – 17.04.10

Author: tuanbri | Files under Auction, Report

Location : Hotel Equatorial

Time : 10.30am

Date : 17 April 2010

Lelongan dimulakan oleh Ali daripada Ehsan Auctioneers yang merupakan salah satu pelelong yang terbesar dan termasyur di Malaysia. Kebiasaannya En. Ali suka melelong unit hartanah yang ramai pembida. So that the hall will be half emptied halfway the auction.

Bermula dengan Lot 9, Pangsapuri Cendana. Harga Risab RM70,000. Terdapat 8 penawar. Kelihatan muka-muka yang sama menawar untuk membeli Pangsapuri Cendana. Lelongan terdahulu anjuran Maybank bertempat di Jalan Riong, klien satu solution kalah kepada seorang makcik dengan harga RM88,000. Kali ini dengan jumlah pembida yang lebih ramai, harapan adalah tipis. Kekalahan telah dijangka apabila unit tersebut naik sampai RM89,000. Non bumi lot.

Putra Perdana RP=RM32k, SOLD = RM37k

PD Perdana Condo RP42k, SOLD =RM42k

Putra Perdana RP=RM155k, SOLD = RM155k

Tasik Kesuma RP=RM170k, SOLD = RM170k

Bukit Beruntung RP=RM85k, SOLD = RM87k – Double Storey

Goodyear RP=RM5k, SOLD =RM75k

Tiba giliran Ng Chan Mau and Co pulak. This day, Saturday there were 3 auction venues involving Ng Chan Mau. Agak kelam kabut sikit diaorg sebab jarang jarang ada 3 auction serentak. Pelelong bagi NgChanMau hanya ada 2 sahaja iaitu Mr. Ng dan Mr. Foong. Yang korang selalu tengok pelelong ng Chan mau yang buat lawak “percuma lalang!” atau pun “beri tepukan kepada pendekar Wanita” ..itu ialah Mr. Foong. Very lively. Very animated.

Rekod bagi aku untuk tahun ini ialah 23 penawar untuk unit Putra Ria Apt tingkat 2, blok 90. Harga risap ialah RM75,000. Ramai yang bertanya pada aku tetapi bila aku tanya bajet mereka sekadar sekitar RM90k, aku cakap lupakan sahaja. 2 klien satu solution masuk unit ini. Aku sekadar melihat daripada sudut yang terpencil apabila nama sorang-sorang diumumkan oleh Mr. Ngchanmau yang perlahan dan terbatuk batuk. Sekelip mata harga telah mencecah RM120k. wow wow!!!

SOLD = RM130,000.

Kali terakhir aku tengok unit ini dilelong terjual pada haga RM120k.

9 responses. Wanna say something?

  1. Liza
    Apr 19, 2010 at 20:55:49
    #1

    Wow..putra Ria ada 23 pembida…nasib baik x bid..kalau x mmg kalah  (Quote)

  2. nz
    Apr 19, 2010 at 21:26:49
    #2

    hadoii..putra ria naik smp 130k?! dat person beli jgk wlupn 40% above MV? peliks  (Quote)

  3. palie
    Apr 19, 2010 at 22:25:38
    #3

    xpelik nz if u were there to witness..hahaha…giloss la bidder..manyak duitt loooo  (Quote)

  4. eezone
    Apr 20, 2010 at 00:52:02
    #4

    berbaloi ke? bank cover bape banyak je..yang the rest kena topup duit sendiri…pastu bila nak balik modal kalau camtu? tak paham la cemana diorang kira…  (Quote)

  5. tuanbri
    Apr 20, 2010 at 10:21:10
    #5

    diaorg kira ikut duit dalam tgn la..

    ada spare cash dlm rm100k..nak buat apa ?
    better beli rumah.
    hehehe.  (Quote)

  6. safuan
    Apr 20, 2010 at 14:31:17
    #6

    putra ria da jd cm penara
    rebutan  (Quote)

  7. md_salim
    Apr 20, 2010 at 16:50:05
    #7

    Salam, Bro….tuanBri, kalo ikutkan nak bidding sya rasa bleh kita bleh upkan 20%~25% dari bid price… kalo mcm Putra Ria nie… rasa2 bidder kat situ betoi2 emotional… nak sungguh…sya pun rasa nak pergi hari tur… and mesti tumpas…tapi xpelah…dah ramai bidder…  (Quote)

  8. fahmi
    Aug 4, 2010 at 02:41:58
    #8

    salam tuan bri, kalau kita nk bid, tapi pastu kita kalah, duit bank draft 10 % kita tu hangus ke?  (Quote)

  9. tuanbri
    Aug 4, 2010 at 17:34:29
    #9

Post a Comment

Subscribe without commenting