Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Melabur dalam pangsapuri Servis

Melabur dalam Pangsapuri Servis

Encik A and isterinya adalah sepasang suami isteri muda yang baru sahaja berkahwin, bekerja sebagai profesional di bandaraya metropolitan.

“Nak tinggal kat mana bang ?” si isteri bertanya.

“Kita cari Pangsapuri Servis nak tak ?” jawab si suami.

Ini adalah contoh demografik pembeli pangsapuri servis di dalam negeri ini.

Yang aku masih tak paham lagi ialah kenapa ianya dipanggil “Pangsapuri Servis” jika tiada servis yang diberi ????

Kalau mengikut sejarah kemunculannya, Pangsapuri servis ini wujud apabila tetamu inginkan ruang yang lebih besar daripada bilik hotel. Ini bagi mereka yang ingin tinggal lama di sesuatu tempat, mungkin atas alasan kerja berkontrak sebulan atau lebih. Ini bagi menjadi alternatif kepada Hotel. Lebih kurang macam idea “Homestay” yang sekarang ini tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Kenapa di panggil “Pangsapuri Servis ”

– didirikan atas tanah komersial, bukan tanah perumahan.

– masih lagi cuba mengekalkan konsep servis tetapi pada tahap minima, seperti dobi.

– lagi glamour daripada Condo. Status lebih dasyat.

– pemaju pemaju yang mempunyai tanah komersial dah taknak buat Office Lot/Building (oversupply di lokasi tersebut), jadi diaorg gunakan tanah komersial diaorg utk buat Pangsapuri servis.

– tanah komersial tidak tertakluk kepada Housing Developers (Control & Licensing) Act dikenali sebagai HDA yang sangat ketat bagi pemaju pemaju.

– sewa yang lebih tinggi daripada Kondo.

– ruang kecil yang sesuai utk pasangan profesional muda

– dekat dengan pejabat, memandangkan tanah tersebut adalah tanah komersial (secara amnya)

– kadar eletrik adalah mengikut kadar komersial, bukan kadar rumah tinggal

– kadar air pun sama, ikut kadar eletrik.

Contoh :

The Marc, Jalan Pinang berdekatan dengan KLCC mempunyai harga RM909 sekaki. Cuba anda berdiri dan bayangkan tempat yang anda berdiri bernilai sebanyak RM1,818. Gaji sebulan tu bang!

Tetapi Awas, Pembeli tidak akan dilindungi oleh HDA (Akta Pemaju Perumahan). Kontrak yang ditandatangi adalah sama seperti kontrak antara 2 pihak yang lain seperti perjanjian perkongsian dll. Kalau satu pihak langgar pernjanjian, apa yang boleh kita buat ?

  • tuanbri,
    ini dulu… sebelum amendment HDA pada thn 2007.
    setahu saya, dlm amendment ni, definisi residential roperty dah diluaskan kepada apa jua property utk tujuan kediaman sama ada dibina atas lot komersil atau lot residential. walaupun penguatkuasaannya tidak berkuatkuasa serta merta, tp saya tgk serviced apartment yg mdapat permit jualan since 2009 dah comply dgn HDA. S&p dah sama mcm s&p dlm HDA, even ada sesetengah serviced apartment dah layak dpt tarif letrik dan air spt residential. ini juga bmakna perlidungan kepada pembeli pun dah cover bawah HDA.
    tp kalau pembeli beli serviced apartment yg projek lama sebelum amendment ni dikuatkuasakan, tu mmg tak cover la..

  • RN – Memang dah bnyk developer buat S&P comply dengan HDA tapi tak tertakluk. Depa ikut dengan rela. Nak tarik buyers.

    Eletrik – TNB bagi kelonggaran atas rayuan developer.Atas sebab residential.
    Air – sama seperti di atas.

    Perlindungan tu saya kena check balik. Setahu saya, masih lagi tidak di bawah HDA ketika ini. (kalau salah, tolong betulkan)

  • maknanya, bagus ke tak melabur dalam property jenis ni Tuanbri?

    sbb sy tgk maytower kat KL, diorang sewakan dlm rm1500 sebulan..ade yg smpai rm2800 sebulan..pulangan mcm agak tinggi jugak..

    kesimpulannya?

  • >