Berita Terkini -->
Kondo Sri Angsana Hilir

Kondo Sri Angsana Hilir

Kondominium Sri Angsana Hilir……TAHUN 2005

KUALA LUMPUR: Pembeli Blok C Kondominium Sri Angsana Hilir, Ampang, dekat sini akan menghantar surat rasmi kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi menyelesaikan masalah ‘waran tahan’ berikutan kegagalan membayar cukai pintu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu. Penghantaran surat rasmi mengandungi tanda tangan semua pembeli unit kondominium itu akan dilakukan dalam tempoh terdekat bagi menyelesaikan kemelut yang melanda mereka.

“Malangnya, kini pembeli pula menerima kejutan apabila ‘waran tahan’ dihantar kepada pembeli oleh MPAJ kerana kegagalan mereka untuk menjelaskan cukai pintu yang berjumlah RM500 setahun. “Apa yang kita kesalkan, MPAJ memang sedia maklum mengenai masalah yang dihadapi tetapi pihak berkenaan tetap juga mengeluarkan ‘waran tahan’ kepada pembeli unit kediaman ini,” katanya pada sidang media selepas mengadakan sesi perjumpaan dengan pembeli Blok C Kondominium Sri Angsana Hilir, dekat sini, kelmarin.

Ong yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, pihaknya akan meminta MPAJ membatalkan ‘waran tahan’ yang dikeluarkan itu kerana unit kediaman yang dibina sejak 1993 itu masih kosong berikutan kegagalan pemaju menyiapkannya.

“Mungkin selepas ini mereka kata akan beri potongan bayaran cukai pintu tetapi tidak adil jika pembeli masih dikenakan bayaran berkenaan walaupun sudah diberi potongan,” katanya. Beliau berkata, pemaju terbabit didapati gagal menyiapkan sepenuhnya kemudahan awam di kondominium setinggi 22 tingkat itu seperti lif, papan suis utama, set penjana kuasa, sistem utama antena televisyen (MATV), kabel telefon, membaik pulih tangki air di blok itu menyebabkan unit kediaman itu sehingga kini tidak diduduki. “Sebaliknya pemaju bertindak meminta pembeli unit kediaman ini mengeluarkan duit tambahan bagi membolehkan mereka meneruskan kerja tertunggak di kondominium ini. “Bagaimanapun, kondominium ini diberi sijil layak menduduki (CF) sementara pada 6 November 2000 dan pada 13 Februari 2001 CF dikeluarkan oleh MPAJ walaupun masih ada kerja tertangguh,” katanya.
(dipetik drpd Suratkhabar Berita Harian)

Sri Angsana Hilir……TAHUN 2006

KUALA LUMPUR: Empat buah lot kondominium sudah siap namun yang satu lagi terbengkalai tanpa diketahui sebabnya. Itulah yang terjadi di sebalik kemegahan Kondominium Sri Angsana Hilir, Desa Pandan. Tinjauan KOSMO!semalam mendapati kondominium eksklusif yang 70 peratus siap itu didakwa telah dibina sekitar tahun 1992. Lot yang terbengkalai ekoran kemelesetan ekonomi yang melanda negara sekitar tahun 1997.

Seorang pengawal keselamatan yang tidak mahu dikenali memberitahu, tahap keselamatan bangunan itu begitu membimbangkan. “Sebelum tahun 2000, ia menjadi sarang penagih melepaskan gian,” katanya yang sudah berkhidmat lebih dari 10 tahun. KOSMO!juga mendapati kondominium itu dengan mudah dicerobohi lantaran tidak dipagari.Selain itu, penduduk berhampiran juga khuatir tempat itu menjadi tempat pembiakan nyamuk. Selain itu, sejak kebelakangan ini ramai warga asing yang tidak diketahui status mereka telah menjadikan kondominium itu sebagai penempatan haram sementara mereka. “Saya selalu buat rondaan di kawasan itu dan dapati banyak pakaian disidai di dalam kondominium,” kata rakan pengawal itu.

Dalam pada itu, dia juga memberitahu KOSMO!bahawa sehingga kini tiada usaha kerja-kerja untuk menyiapkan kondominium itu disambung dan pemandangan kondominium itu. Apa yang dapat dilihat ia terus ditutupi belukar yang semakin tumbuh menjalar.
(dipetik daripada Suratkhabar KOSMO! tahun 2006)

Sri Angsana Hilir……TAHUN 2010

KUALA LUMPUR 3 Jun – Sebuah blok kondominium 21 tingkat di Sri Angsana Hilir, Ampang, dekat sini, masih belum siap sepenuhnya kerana tidak memiliki Sijil Layak Menduduki (CF). Namun apa yang mengejutkan, kondominium itu kini dihuni beratus warga asing. Lebih memeranjatkan apabila ada di antara mereka yang bertindak pula sebagai ‘penghulu’ untuk mengutip sewa dan mengaut keuntungan sehingga mencecah puluhan ribuan ringgit sebulan.

Bagaimanapun, perbuatan lelaki yang dikenali sebagai ‘Wak Radin’ sejak setahun lalu itu sampai ke penghujungnya apabila kediaman tersebut diserbu polis awal pagi ini. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, dalam serbuan pukul 4.30 pagi, seramai 180 warga asing dan 12 rakyat tempatan ditahan. Katanya, antara ditahan termasuk lelaki yang menyewakan kondominium itu kepada orang lain dengan bayaran RM500 sebulan. “Siasatan polis mendapati dia menyewakan 48 unit dalam blok kondominium yang tidak mempunyai CF itu kepada rakyat tempatan, warga Indonesia dan Myanmar. Dia juga dikesan membuat sambungan air dan elektrik secara haram. “Pada mulanya, hanya tingkat pertama dijadikan rumah sewa tetapi ia terus bertambah kepada enam tingkat.

“Dianggarkan keuntungan yang dikaut lelaki itu mencecah RM62,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dekat sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia kemudian mendapati, Kondominium Sri Angsana Hilir mempunyai tiga buah blok bangunan yang masing-masing setinggi 21 tingkat. Dua daripada blok itu sudah lama dihuni oleh kebanyakannya penduduk tempatan. Hanya satu daripada blok kondominium itu yang belum memperoleh CF digunakan oleh warga asing terbabit untuk diduduki secara haram. Menurut Abdul Jalil, siasatan turut mendapati kawasan kondominium itu menjalankan aktiviti tidak bermoral seperti pelacuran selain sering berlaku kes curi motosikal. Beliau mengingatkan orang ramai agar jangan terpedaya dengan harga sewa rumah yang murah kerana ia mungkin rumah sewa haram.

Dimanakah “Wak Radin” sekarang ini? Apakah impian beliau untuk menjadi the Next Donald Trump ?

Layari :
Website Persatuan Penduduk

Saya ada ditawarkan satu unit Kondo tersebut dengan harga yang berbaloi baloi. Tapi takpelah.terima kasih. Saya sendiri tak sanggup tinggal di situ. Apatah lagi untuk menyewakannya.

Pendapat saya = Risiko Tinggi.
Korang perasan tak gambar kat atas tu, bangunan dia senget sikit ke kiri?

About tuanbri

Tuanbri, Pengasas Kelab Hartawan Hartanah dan Pengarah Akademi Hartawan Hartanah telah lama berkecimpungan dalam industri pelaburan hartanah terutamanya dalam sektor rumah lelong. Beliau telah berkongsi ilmu pelaburan hartanah dengan beribu peserta seminar. Beliau Juga pernah muncul di kaca tv (TV3 dan Astro Awani), radio (IKIM dan BERNAMA) dan suratkhabar (Harian Metro).

15 comments

  1. kalau dah sengget tu bahaya jangan2 jadi macam H.tower

  2. TuanBri,

    Utk property investment neh, best to be in which range?…100k below ke 200k below?…ye laa…kalu de rezeki lebih laa kan?…considering tenant mentality, condition surronding overall, etc…..cno tuh?…acu komen sket tuan bri?

    thanks in advance

    kulop

  3. bro, utk investment ?
    tepuk dada tanya selera….
    takkan nak suruh donald trump main rm200k ke bawah?

    it depends on your budget..semua pun ok utk investment

  4. TuanBri,

    tapi adakah, 200k & above lebih better return or below is better return?..ye laa, tetibo, duek bonus ko, duek pusako ko …yer laa, mintak opinion sifu neh….cno tuh

    kulop

  5. bro,
    sama aje as long as ROI kau dah set…
    ROI tu yg menentukan which investment is better…
    bukan pada harga tapi pada kadar pulangan…

    contoh:
    rm100k flat = ROI 7%
    rm500k Condo = ROI 15%

    mana lagi bagus? vice versa

  6. ROI kene study dulu

  7. Matjoe – explain la sikit matjoe camne….Kulop, tau tak formula ROI ?

    kena buat study sikit..

  8. Mat Joe,

    Explain sket cno ROI yg sobonar neh?..

    ado kto,

    ROI = (rental x 12 months)/purchase price x 100%

    ado kto

    ROI = [(Current price-downpayment) / yrs bought] / downpayment x 100%

    cno tuh mat joe & tuanbri?

  9. well, dlm property ni aku nampak dua benda utama

    1) bila bagi sewa, berapa boleh dpt setelah tolak installment bank dengan maintenence

    2) beli dpt jual, berapa profit dapat bile harga jual – harga beli

    kadang2 kira untung invest rumah ni quite tricky. aku pernah tulis entry ni: http://www.matjoe.com/2010/05/kira-untung-hartanah.html

    aku sendiri x pernah tahu formula ROI yang diterima pakai utk invest rumah.

  10. apa citer terkini kondo ni? selamat untuk diduduki tak sekarang?

  11. kalau nak sewa atau beli kondo nie, beli blok A atau B sebab ada yang menyelenggara dan menjaga.Kalau blok C jangan la. Jangan dengar cakap orang. Mana-mana tempat pun teruk, mana-mana pun ada kes kecurian. Blok A dan B ok sebab ada pihak pengurusan dan security.

  12. kenapa tak pergi tengok sendiri keadaan di sana ?
    saya suka buat siasatan sendiri…lagi puas hati….

  13. Salam.

    Gambar yang senget tu ialah blok D kan?

    Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Subscribe without commenting

Scroll To Top