Cashflow 101 – Matlamat

Cashflow 101 – Matlamat

(disambung daripada Cash Flow Amali)

Pernah main “Monopoly” atau “Saidina” ?

Sama tapi tak serupa. Itulah yang boleh dikatakan untuk game Cashflow 101 ini. Dicipta oleh Robert T.Kiyosaki (pengarang buku “Rich Dad Poor Dad”), permainan ini dapat mengajar kita bagaimana untuk mengurus kewangan anda dan apa yang perlu dibuat sekiranya berlaku masalah atau peluang perniagaan atau lain-lain lagi yang berkemungkinan berlaku dalam kehidupan kita seharian. “Real life” simulation, itu yang membuatkan game ini “syok nyeeeerrr”.

Apa Matlamat Cashflow 101 ?

1.           TIdak lagi mahu jadi “Tikus Mondok”

(dalam kelas Hartawan Hartanah, kita ada kawan bernama “Pak Pandir”)

Bagi siapa yang bekerja makan gaji dan bersara dan makan pencen.

2.            Mencapai Impian Anda !

Tanya balik diri anda, apa impian anda ?

Menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ?

Nak jadi macam Pie2020? , MachaFaris?, Uncle Dodi? , RN ?, Shuth? , Pakdi?

Aku percaya ramai yang baca buku-buku mengenai Hartawan Hartanah oleh tuanbri, Raja Lelong oleh Azizi Ali, How to get rich for Dummies dll….

Jadi, inilah masanya untuk korang praktikkan apa yang korang dah belajar semasa bermain game ni. Tengok sejauh mana keberkesanan ilmu yang korang ada.Bagaimana nak menguruskan kewangan, bila masa yang sesuai untuk melabur ? Dengan alasan korang yang beribu-ribu seperti “saya tak ada duit, macammana saya nak melabur?” atau “buat apa melabur, buat rugi aje” atau “bini saya nak beli baju dan kasut dan mekap, mana ada duit” atau “saya kerja kerani je, mana mampu nak beli rumah”

Dalam permainan ini, setiap peserta akan diberi satu pekerjaan. Daripada Penjaga Bangunan kepada Doktor ataupun Peguam. Lagi tinggi gaji, lagi tinggi komitmen bulanan kita. Jadi apa motifnya ? Rujuk balik kepada 2 perkara di atas.

Isu isu seperti :

- patut tak saya bayar semua hutang saya dan hidup bebas hutang ?

- patut tak saya melabur jika hanya ada sedikit duit simpanan ?

- patut tak saya kahwin dan buat anak ?

- patut tak saya beli rumah secara tunai ?

- patut tak saya melabur dalam pasaran saham ?

- patut tak saya berhenti kerja makan gaji dan buat bisnes sendiri ?

- patut tak saya datang Sesi CashFlow 101 Anjuran Satu Solution ?

Hah! tunggu apa lagi ?

Kalau berminat untuk menyertai, sila rujuk kepada :

Sesi CashFlow 101 Anjuran SatuSolution

Sesi CF terdahulu

Ingat Rumah Lelong, Ingat Tuanbri !
Sila daftar diri anda dengan kami sebelum membeli rumah lelong.

Related posts:

Salam Aidilfitri - Satu Solution
Sindiket Pelaburan Emas
Siri Seminar Perundangan Hartanah Ke-3

Related Posts via Categories


banner ad


5 Responses to “Cashflow 101 – Matlamat”

  1. wadie7990 says:

    Aku nak jwb soklan ketiga..patut bangaatt!! rugi woo xkawin..

      (Quote)

  2. Syahman says:

    butul! butul! mcm mana pun kawen jgn taruk tepi heheh..

      (Quote)

  3. Ahmad says:

    bro.. bila lagi ada game nie?

      (Quote)

  4. Shahriz says:

    Ya…jika akan diadakan lagi, saya mau join jugak.

      (Quote)

  5. I play the Cash Flow Game all the time. I think any opportunity to play is absolutely necessary for financial literacy and personal growth.

      (Quote)

Leave a Reply

CommentLuv badge

Subscribe without commenting