Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Lelong CIMB EON – 12 Jun 2010

Lokasi : Hotel Istana, Jalan Sultan Ismail & Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng

Masa : 10.30am

Tarikh : 12 Jun 2010

Laporan :

Kali ini terdapat 2 bank yang membuat lelongan, Eon Bank Berhad dan CIMB. Kedua dua bank mengadakan lelongan di tempat yang berlainan. Lelongan Eon Bank bertempat di Dewan Lelongan Ng Chan Mau yang melibatkan hanya 2 pelelong, Ng Chan Mau dan Federal Auctioneers. Manakala di Hotel Istana, terdapat 2 pelelong, Leong Auctioneers dan Ng Chan Mau.

Nampak tak siapa yang conquer market ? (klue)

Aku agak kelam kabut sikit kali ni. Gerak awal drpd rumah untuk ke Megan Avenue II dulu since ada sorang klient dah sampai awal pagi lagi…memang bersemangat Piala Dunia! Aku sampai je terus registerkan unit dia dan jumpa Wadi sekali. Dah register, aku brief diaorg basically apa yg patut diaorg buat sambil aku ada menerangkan bagaimana untuk menggunakan teknik “Pukau Anak Mata”. Hanya boleh digunakan sekiranya perlu sahaja! bila perlu sahaja! (kena ulang 2 kali).

Dah settle je….terus shoot ke Hotel Istana pulak…tempat ni located kat lower ground…ruang bilik yang disediakan agak kecik. CIMB baru sahaja memindahkan lelongannya ke sini. Sebelum ini CIMB buat di Berjaya Times Square. Tempat yang luas. Maybe nak cut cost kot…CIMB pun nak buat profit lebih jugak…hehehe(jgn marah officer cimb)

Bila aku sampai je, eezone dan Abg Sabri kita dah pun mendaftarkan diri untuk unit masing masing. Lega aku sikit….terkejar-kejar aku…Faris pulak ada kat KLCC, collect bank draft daripada Nija – Orang Kaya Shah Alam (OKSA)…dia masuk 3 unit sekaligus hari ini. 2 tempat yg berbeza. Macammana korang nak buat camni kalau tanpa pertolongan Satu Solution ?

Keputusan di CIMB Mega Auction 12 Jun 2010 :

Pantai Panorama Condominium – RP190,000, SOLD RM280,000

Corner Double Storey Taman Melawati – RP700,000, SOLD RM990,000

Single Storey Bdr Br Selayang – RP155,000, SOLD RM174,000

Seri Pristana Sungai Buloh – RP150,000, SOLD RM202,000   (kekalahan Abang Sabri menjadi pengajaran)

The Forum Condominium Jalan Inai – RP340,000, SOLD RM405,000

Flat Wangsa Maju Blok C8 – RP85,000, SOLD RM108,000

Kelumpuk Bunga Raya – RP55,000, SOLD RM71,000

Flora Damansara Blok A – RP55,000 dan RP39,500 (kedua-dua dimenangi oleh OKSA-Nija) wow wee!

Habis je borak dengan Abg Sabri terus lak shoot ke Megan Avenue II. Kemenangan bagi 2 lagi klien Satu Solution. Wadi sahaja yg sempat menggunakan teknik “Pukau Anak Mata” walaupun tersalah sikit caranya….anyway, Congrats !!!

Mohsin turun daripada Segamat dengan tongkat ala-ala “Michael Ballack” pun kalah dalam lelongan kali ini. Kaki dia konon konon terseliuh la..siap berbalut dengan plaster. Semangat yg jitu.

Seperti biasa, lepas lelongan pekena nasi Briani pulak kat restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan bersebelahan Megan Avenue II. Alhamdulillah!

  • Salam Tuan Bri
    terimakasih kerana sudi menemani saya hari tu. Saya rasa kalau Tuanbri tak ada mungkin saya tak dapat mengawal emosi dan terus angkat paddle. he.hee..
    nasib baik dan stop..

    Walaupun tak berjaya, tapi servis one solution memang mantap… saya akan cuba lagi….

    p/s: bro nija, ajar la sikit macamana cara nak jadik kaya

  • Salam,

    Alhamdulillah berjaya jgk aku beli Sri Penara tahun ni, aku namakannya Kondo Penara Piala Dunia 2010 hehe..walaupun nyaris2 tak sempat nak masuk auction hari tu sbb last minutes jer daftar dgn TuanBri @ MachaFaris, last minutes pg survei rumah n last minutes jgk buat bank draft kat KLCC jam 5.30pm!!

    Sebenarnya..sblm masuk lelong, aku dah cuba nak guna ‘Teknik Pukau Anak Mata’ utk dptkn RP rm65k, tp disaat akhir ada sorg lg pembida yg baru register. So, cancel lah. Masa bid, hanya aku dgn sorg lg jer lawan bid pada harga melebihi Rm69k..aku dah tau bajet dia maks rm75k msa runding td. Last paddle aku angkat pd harga rm74k dan aku bg ‘hint’ kat budak tu utk berhenti lawan dgn guna teknik pukau anak mata. Kalau tak buat mcmtu, pasti aku dpt pd harga rm76k. Aku counting dgn dia tp tak sangka dia nk ‘lebih’ plak..ingatkn harga pukau tu ‘patut2 la’ sbb aku dah lawan td.

    Apa2 hal pun, aku rasa aku untung jgk RM1k (RM76k-RM75k) pd hari tu dgn guna teknik pukau anak mata dan lg dpt hrga bawah MV ataupun sama dgn MV..tp Blok D rasanya MV plg murahpun Rm85k kot dan aku ni tak layak beli subsale. Dan jg mcm yg Macha Faris bgtau, kalau harga BUKAN RM75k dan ke atas, jwbnya bkn Blok D laa..Satu lg berita baik, unit ni dah ada penyewa dan outstanding rm300 lebih jer..itu pun bank akan byr balik. Anyway, thanks to TuanBri dgn Macha Faris sbb banyak maklumat yg aku timba dan belajar psl hartanah dari blog korg semua.

  • palie & joefizi – tgh tunggu turn korang pulak ni
    mailmat – bukan ada satu unit nak masuk nanti ?
    bird – bila lagi ?
    sabri – no prob bro
    wadie – tahniah!

  • bile la rezeki aku kat penara nie…
    blok D tu kalah..kalo xsalah aku faris tlg bid kan on behalf izwan@aku..

    anyway thanks to izwanm faris n SS

    aku akan guna lg khidmat SS

  • wowow.. tuan tanah nija dah berkembang ke flora pulak.. jaga2 otai flora.. tokey minyak nak datang.. hahah

  • >