Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Lelong Hong Leong – 16 Jun 2010

Lokasi : Megan Avenue 2, Ng Chan Mau
Waktu : 3.30 pm

Kali ini EN. Kamal , my school senior called me up. Dia kata ada satu unit dia nak masuk. Area Kajang. Sebelum ni dia sudah menang satu unit di Seremban.
Sila rujuk :
Seremban – Kamal

So dia pass kat aku cek dan salinan ic untuk aku mewakili dalam lelongan disebabkan lelongan diadakan pada waktu bekerja. Aku dah siap preparekan bank draf 2 hari sebelum lelongan. Seperti biasa aku pilih CIMB sebab hanya dikenakan cas RM2.15 sahaja utk buat bank draf. Kalau buat kat Maybank, kena RM5. Double tu.

So bila sampai di Ng Chan Mau, aku adalah orang yg pertama register. Hanya ada satu unit sahaja called pada hari itu. Unit yang sedang ditunggu oleh En. Azhar Teratak. Lepas register je terus pergi Restoran Hakim bersebelahan untuk membasahkan tekak sambil memikirkan strategi.

Bila masuk balik, jumpa satu agen cina tua. Dia ni agen dan investor. sama macam aku. Bila dia tanya aku, dia sudah tau berapa range sewa kat area yg aku nak masuk tu. Dia dulu pun ada satu unit kat situ. Kita orang tahu mana agen yang serious dan yang mana satu “ulat gonggok”. Hari ini lansung tak ada ulat gonggok kat NgChanMau. Aku pelik jugak. Ada sebab ni.

Bila lelongan dimulakan, Mr Foong kata cuma ada dua unit sahaja yang ada pembeli dan kedua-duanya mendapat harga risab! yee haa..Alhamdulillah.

Lepas sign kontrak, terus naik ke Ehsan Auctioneers. Tu dia…baru la penuh dengan ulat gonggok…rupa-rupanya kat sini dah kira macam mega auction dianjurkan oleh Citibank.

Malam pulak aku settlekan masalah dengan Penyewa Penara Aku. Ada lagi satu kisah yang akan membuatkan korang tak duduk senang.
Aku belum sempat nak buat follow up kisah Desa Mentari .

Sorry geng. Siapa yang datang Kelas Hartawan Hartanah dah pun dapat tau keseluruhan kisah tersebut.

  • weh bri, cemana nak kenal agent yang genuine ngan agent ulat gonggok…aku pergi yang lelongan citibank tu…bersepah2 agen…muka2 tu jugak yang ada…

  • Bro kalau ada member cimb staff – suruh je dorang buatkan free je wat bank draft.. hehe .. lagi jimat..

  • >