RPGT – Kena Bayar ke ?

Sambungan..RPGT Part 1

Rumusan :
1) Tahun 2009 – RPGT ialah kosong.
2) 5% ni untuk hartanah yang dijual dalam tahun 2010.
3) untung RM10,000 ke bawah TIDAK dikenakan cukai. (Aku still CONFIUS on this part) Nanti aku cari details.
4) Rumah dipindahkan kepada anak, isteri dan cucu tidak dikira sebagai penjualan. (Pemindahan Dalam Keluarga)
5) Penjualan rumah diKECUALIkan CUKAI sekali sahaja seumur hidup. (Boleh pilih nak pakai sekarang atau simpan nanti)

Keuntungan =
Harga Jualan – Harga Belian ( tidak ada kena mengena dengan Loan atau interest atau Lock in penalty)

Harga Beli = RM100,000 (tahun 2008)
Harga Jual = RM150,000 (tahun 2010)
Untung = RM50,000
RPGT = RM50,000 x 5 % = RM2,500 (kena bayar kepada LHDN)

Walaubagaimana pun , Peguam S&P akan membayar 2% daripada Harga Jual (2% x RM150,000 = RM3,000) direct daripada cash disbursement daripada Bank Pembeli. Ini arahan daripada LHDN…..Tak boleh nak lawan….

Kita kena claim balik baki RM500 (RM3,000 – RM2,500) daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Makan masa tak ? hehehe..cuba dulu….

Merujuk balik kepada Rumusan No. 5 di atas, kita boleh pilih pengecualian. Pada pendapat aku, rugi pilih sekarang….sebab RPGT just 5% sahaja..jumlah yang kecik…
Better save it for transaksi yang lebih besar di masa hadapan. Kalau korang still nak beli rumah lagi next time.

p/s: Ingin membeli rumah lelong ?
Sila email kepada saya (bri at Satusolution.com)
Nama penuh :
No IC :
Alamat :
No Telefon :

Bajet : RM
Jenis Hartanah :
Kawasan :
Nama Taman/Apartment:

No related content found.

Related posts:

Pecah Rumah atau Pecah Muka
Desa Mentari Part 2
Anda makan ubat yang mengandungi Babi ?

Related Posts via Categories


banner ad


15 Responses to “RPGT – Kena Bayar ke ?”

  1. Wida says:

    Transaksi ke kenaikan terbesar? ;)

      (Quote)

  2. RPGT ni boring la.. elok2 pak lah dah waivekan dah dulu…
    ni sumer pasal ekonomi teruk 2009 la ni.. gomen takdak duit

      (Quote)

  3. tuanbri says:

    wida -both pun boleh. transaksi, beli rumah lagi mahal in the future.

    RN – Nasib baik persatuan cina appeal dan hntr memo kat Najib. Kalau tak, dah kena ikut tier RPGT yg lama tu…lagi la..memang Krjn takde duit. mana ada loan/subsidi utk SME lagi..uhuhuhu

      (Quote)

  4. haah.. seb baik kan.. kalau kita2 ni yg menentang, mesti datuk najib tak dengar nyer pendapat kita…lgpun org politik sendiri banyak involve jd developer skang.. nnt org tak interested nak beli projek baru sebab susah nak flipping kang, padan muka diorg juga

      (Quote)

  5. quicky says:

    tp kalo base kat atas tu tahun 1998, jual 2010…da lebih 12tahun..bukan ke RPGT tuk dlm masa 5tahun ke ?? ke saya yg salah…confius..

      (Quote)

  6. korok says:

    setau saya pun 5tahun..sependapat dgn en.quicky..cuba cari balik artikel ttg rpgt 2010 tp xjumpa..so xpasti jugalah..

      (Quote)

  7. wan says:

    tuanbri,
    sy da deposit rumah,da wat snp by lawyer.tetibe owner x jd jual.mcmne ye?sape nk baya lawyer ni?

      (Quote)

  8. tuanbri says:

    quicky & korok – memang kalau lebih 5 tahun, TAK kena RPGT. Aku nak test silent reader aku utk bagi komen kalau aku salah. thanks.

    Wan – buyer bayar (walaupun salah topic)

      (Quote)

  9. snp tu seller dah sign gak ke? kalau seller dah sign, lawyer kita leh claim dgn lawyer seller suh seller bayar sbb dier yg breach agreement. tp kalau dier lum bayar, cuba bincang dgn lawyer kita macamana…kos buat snp pun dlm 200 je…

      (Quote)

  10. Ahmad says:

    tuan bri. pernah dengar ke buyer jugak kena fee dlm rm200 sbb arahan LHDN? current transfer case, lawyer snp masukkan dlm quotation.

      (Quote)

  11. tuanbri says:

    ahmad – aku tak sure.

    aku rasa yg case kau tu, Lawyer kena bayar kepada LHDN 2% dahulu, dah settle baru boleh claim balik baki selepas tolak RPGT

      (Quote)

  12. jaws says:

    CKHT = harga jual – ( harga beli + kos2 pembaikan hartanah tersebut )

      (Quote)

  13. abuhafizd says:

    kalau beli rumah cash kena RPGT gak ker…
    lagi satu, bagaimana cara nak tau apa2 tunggakan utk beli rumah lelong? i.e. cukai pintu, maintenance, air, api

    TQ

      (Quote)

  14. awie says:

    Budget tahun 2012, taxes dah naik ke 10% utk hartanah yang jual dlm tempoh 1-2 tahun…

    Lagi 1 sejak tahun 2010 beli rumah kena declare kat LHDN, ada form LHDN kena isi dan submit..

    apa impact submit form ni kat kita as a buyer Tuan Bri?

    Kalau tak declare pulak nanti kena penalty bukan sikit sbb lawyer SnP aku bgtau ada client dia pernah kena penalty 55K kat LHDN sebab tak declare beli rumah…

      (Quote)

Leave a Reply

CommentLuv badge

Subscribe without commenting