Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Orang Kaya Jelatek

Pernahkah anda mendengar Flat Bandar Taman Keramat ?

Flat lama yang dah usang berkeluasan 500 kaki persegi dan hanya mempunyai 2 bilik sahaja. Ada pemilik ingin menjual unit ini pada harga RM100,000. (perrh, mahal nya…). Sesiapa yang berminat, boleh tinggalkan nama dan no telefon di bawah.

Lokasi : Bersebelahan dengan LRT Jelatek
Status tanah : Pajakan Negeri (99 tahun)
Populasi : 100% melayu
Jenis unit : 2 bilik (500kps) atau 3 bilik (650kps)
Tarikh siap : Hujung 70-an

Kini, tiada lagi pihak yang ingin menjual unit mereka kerana :

RM250,000 – Harga Beli utk Unit 2 Bilik (500kps)
RM350,000 – Harga Beli utk Unit 3 bilik (650kps)

Harga Belian ini diumumkan oleh Pengerusi PKNS,Tan Sri Khalid Ibrahim yang sekaligus melancarkan Projek Terbaru PKNS di atas tanah seluas 2.4ha dikenali sebagai : Datum Jelatek

Aku dapat tahu ada lagi tempat PKNS lain yang akan diberi nafas baru seperti Jelatek.
Maknanya, pemilik akan menerima pampasan yang setimpal ……………………

Aku nak start balik beli rumah lelong. Sesiapa yang berminat, boleh isi borang daftar kat atas
atau
sms aku :
nama penuh
alamat email
target area
bajet

Ingat rumahlelong
Ingat tuanbri.com

p/s: Minggu ni penuh cabaran. Anak aku masuk wad, disyaki demam denggi. Wife aku pulak muntah-muntah. Faris pulak ke Bandung, sampaikan isteri dia bersalin tanpa dia. Aku pulak asyik kejar Bank Officer berkenaan Tiara Beach Resort (Direct Nego).

  • Ui ni nak naik jd condo mewah ni..mmg la mahal..org pkr umno brebut nak dpt tapak ni..dalam pkr pun gaduh sesama sendiri..jd boleh agakla kan..kenapa naik

  • Harga kondo mewah.Lokasi stratergik ni.Aku selalu makan kat Restoran Salim kat tepi stesen LRT jelatek tu..masakan padang/minang..sedap..

  • bro bri ..
    kawasan yg berdekatan pasti akan terkena impact yg dahsyat kerana pembinaan datum jelatek selepas siap..
    what do you think jalan enggang selatan old bungalow location tuh ?? boleh cecah jutaan tak ? ur expectation ?

  • Salam Tuan Bri,

    Saya tertarik mengenai kenyataan Tuan tentang Tiara Beach Resort. Saya ingin tahu apakah kelebihan membeli unit disitu, apakah kerana skim sewa yang dijanjikan (guaranteed rental return scheme) atau pun ada sebab2 lain yang menarik dan menguntungkan yang menyebabkan Tuan buat keputusan untuk membelinya?

    Terima kasih

  • Tuan Bri,

    Ya, saya tahu post ini mengenai Datum Jelatek. Projek yg berpotensi tinggi kerana bersebelahan stesen LRT. Soalan saya berkaitan dengan ayat terakhir dalam post yg sama iaitu;

    Quote
    Aku pulak asyik kejar Bank Officer berkenaan Tiara Beach Resort (Direct Nego)
    Unquote

    Jika tak keberatan, boleh kongsi apa yg menarik perhatian Tuan Bri buat keputusan untuk membeli unit di sana. Trima kasih

  • Esa – Unit Tiara Beach saya beli bukan sebab Guaranteed Rental.

    azamreeves – datuk keramat susah sikit…dah jadi macam kg baru

    kime – boleh saaje. Semua sejarah ada di Muzium Negeri, Shah Alam. Pernah jejakkan kaki kat sana tak ?

  • anyway apa jadi kat bangsa melayu nie… dapat 250k bukan nya banyak…. PKNS aka buat condon sekurang kurangnya 750k seunit… BERAPA ramai MELAYU yang mampu beli ? bukan anti pembangunan.. tapi PKR DAN UMNO sama jer…. apa – apa pon CINA jugak yang UNTUNG…. Wallahualam

    ps, anyway dah abis semua melayu kena halau, kerajaan Selangor dah buat pengambilan tanah dgn harga hanya 130k seunit rumah….

  • >