Pernahkah anda mendengar Flat Bandar Taman Keramat ?
Flat lama yang dah usang berkeluasan 500 kaki persegi dan hanya mempunyai 2 bilik sahaja. Ada pemilik ingin menjual unit ini pada harga RM100,000. (perrh, mahal nya…). Sesiapa yang berminat, boleh tinggalkan nama dan no telefon di bawah.
Lokasi : Bersebelahan dengan LRT Jelatek
Status tanah : Pajakan Negeri (99 tahun)
Populasi : 100% melayu
Jenis unit : 2 bilik (500kps) atau 3 bilik (650kps)
Tarikh siap : Hujung 70-an
Kini, tiada lagi pihak yang ingin menjual unit mereka kerana :
RM250,000 – Harga Beli utk Unit 2 Bilik (500kps)
RM350,000 – Harga Beli utk Unit 3 bilik (650kps)
Harga Belian ini diumumkan oleh Pengerusi PKNS,Tan Sri Khalid Ibrahim yang sekaligus melancarkan Projek Terbaru PKNS di atas tanah seluas 2.4ha dikenali sebagai : Datum Jelatek
Aku dapat tahu ada lagi tempat PKNS lain yang akan diberi nafas baru seperti Jelatek.
Maknanya, pemilik akan menerima pampasan yang setimpal ……………………
Aku nak start balik beli rumah lelong. Sesiapa yang berminat, boleh isi borang daftar kat atas
atau
sms aku :
nama penuh
alamat email
target area
bajet
Ingat rumahlelong
Ingat tuanbri.com
p/s: Minggu ni penuh cabaran. Anak aku masuk wad, disyaki demam denggi. Wife aku pulak muntah-muntah. Faris pulak ke Bandung, sampaikan isteri dia bersalin tanpa dia. Aku pulak asyik kejar Bank Officer berkenaan Tiara Beach Resort (Direct Nego).
mahal nya. flat je pon
sapong(Quote)
flat je ?
sejarah di sebaliknya.
bnyk issue
tuanbri(Quote)
Ui ni nak naik jd condo mewah ni..mmg la mahal..org pkr umno brebut nak dpt tapak ni..dalam pkr pun gaduh sesama sendiri..jd boleh agakla kan..kenapa naik
Wida(Quote)
Harga kondo mewah.Lokasi stratergik ni.Aku selalu makan kat Restoran Salim kat tepi stesen LRT jelatek tu..masakan padang/minang..sedap..
halim(Quote)
Tuan,tak pa kerja kuat masa muda, dah lama esok relax….
mailmat(Quote)
Berbanyah bersabar tuan… ujian tuhan itu banyak hikmahnyer… saya doakan tuan dimurahkan rezeki…
kerry(Quote)
bro bri ..
kawasan yg berdekatan pasti akan terkena impact yg dahsyat kerana pembinaan datum jelatek selepas siap..
what do you think jalan enggang selatan old bungalow location tuh ?? boleh cecah jutaan tak ? ur expectation ?
helmo(Quote)
memang tak disangka.
fendi(Quote)
Salam Tuan Bri,
Saya tertarik mengenai kenyataan Tuan tentang Tiara Beach Resort. Saya ingin tahu apakah kelebihan membeli unit disitu, apakah kerana skim sewa yang dijanjikan (guaranteed rental return scheme) atau pun ada sebab2 lain yang menarik dan menguntungkan yang menyebabkan Tuan buat keputusan untuk membelinya?
Terima kasih
Esa(Quote)
salam Esa- post ni pasal Flat Jelatek/Tmn Keramat
tuanbri(Quote)
Tuan Bri,
Ya, saya tahu post ini mengenai Datum Jelatek. Projek yg berpotensi tinggi kerana bersebelahan stesen LRT. Soalan saya berkaitan dengan ayat terakhir dalam post yg sama iaitu;
Quote
Aku pulak asyik kejar Bank Officer berkenaan Tiara Beach Resort (Direct Nego)
Unquote
Jika tak keberatan, boleh kongsi apa yg menarik perhatian Tuan Bri buat keputusan untuk membeli unit di sana. Trima kasih
Esa(Quote)
wangsa maju tu pun bakal dibangunkannn tuuu…..damai,datuk keramatt….hahaha.
azamreeves(Quote)
salam…mintak bantuan….de x sejarah flat PKNS seksyen 7 shah alam?? nak wat thesis ni
kime(Quote)
Esa – Unit Tiara Beach saya beli bukan sebab Guaranteed Rental.
azamreeves – datuk keramat susah sikit…dah jadi macam kg baru
kime – boleh saaje. Semua sejarah ada di Muzium Negeri, Shah Alam. Pernah jejakkan kaki kat sana tak ?
tuanbri(Quote)
anyway apa jadi kat bangsa melayu nie… dapat 250k bukan nya banyak…. PKNS aka buat condon sekurang kurangnya 750k seunit… BERAPA ramai MELAYU yang mampu beli ? bukan anti pembangunan.. tapi PKR DAN UMNO sama jer…. apa – apa pon CINA jugak yang UNTUNG…. Wallahualam
ps, anyway dah abis semua melayu kena halau, kerajaan Selangor dah buat pengambilan tanah dgn harga hanya 130k seunit rumah….
yarnhuss(Quote)