Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Kini Peluang Anda Melabur !

Ingin melabur dalam Hartanah ?
Ingin menjadi Jutawan Hartanah seperti pie2020?
Ingin mempunyai Minda Hartawan seperti juruukur?
Ingin menyertai Kelab Hartawan Hartanah?

Persoalannya : Kenapa ?

Pelakon Utama : Anthony Lee (49thn) @ Encik AL
Pelakon Tambahan : Conn Farrell (57)-Peguam , Patrick Dolan (68)-Introducer
Pelakon Lain : Karen Maguire (Direktor Property-Source.com), Terence Collins (Perunding drpd London Allied Holdings Limited), Boekhoorn (Pelabur Belanda yang kalah World Cup Final)

Kisahnya bermula begini………

RITZ Hotel yang terletak di Piccadilly, London dikatakan akan dijual pada harga $250j oleh pemilik sekarang, Adik Beradik Barclay. Adik beradik ini terkenal dengan sikap suka berahsia. Encik AL sedang mencari pembeli yang mampu membayar $250j utk hotel tersebut. Berjumpalah beliau dengan Introducer Patrick yang membawa Encik AL berjumpa dengan Karen, Direktor Sykt yang biasa membuat jualbeli hartanah komersial.

Encik AL sanggup berkongsi keuntungan dengan Karen sekiranya dia berjaya mencari pembeli Hotel Ritz iaitu $50j, dimana Encik AL akan membeli hotel tersebut pada harga $200j dan terus buat flipping kepada ready buyer. Tak ada exit penalty.

Karen dengan yakin terus menghubungi Terence dan mereka menandatangani Perjanjian Rahsia “Notting Hill” bersama Encik AL. Peguam Encik AL, Conn Farrell bertanggungjawab menyediakan perjanjian tersebut dan memastikan perjanjian tersebut di stamping kan. Ye lah….nak jadikan perjanjian tersebut sah dalam mahkamah. Sekarang ni semua perjanjian orang nak hantar stamping. Ingat kalau tak stamping, tak sah ke?

Boekhoorn, seorang pelabur yang juga biasa melabur dalam hartanah dibawa masuk oleh Terence dengan modal $1j, sebagai deposit bagi kepada Encik AL, kira macam earnest deposit. Supaya projek ni tak diberi kepada orang lain.

Bersambung………………….(Part 2)

  • >