Kos Peguam untuk Beli Rumah
banner Satu Solution Corporate Services
menyediakan perkhidmatan
membida hartanah.

Ingin membeli rumah lelong ?

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
-016.310.6500- atau
bri[at]satusolution.com
Stay tune and dont forget to subscribe my blog.
More...
Jul
17th

Kos Peguam untuk Beli Rumah

Author: tuanbri | Files under Articles

Dalam pengalaman aku sebagai Juruaudit Luar, ramai Klient Firma aku yang tak berapa faham akan struktur Fi Audit kami. Semuanya dikawal oleh satu badan/kesatuan. Tak boleh sewenang-wenangnya mengenakan fi kepada klient. Sama juga bagi mana-mana profesional seperti Doktor, Peguam, Juruukur dan sebagainya.

Dalam kes kita ni, peguam memainkan peranan penting. Sepatutnya Peguam yang menasihatkan kita dalam pelaburan hartanah ni. Tapi “Be Alert”. Tak semua peguam macam tu. Ada yang buat kerja sambil lewa. Pengalaman aku bersama Tetuan Saufi Putra and Associates yang beribu pejabat di Batu Caves, Tetuan Mohd Ali and Co yang beribu pejabat di Setiawangsa dan Tetuan Ram Reza and Muhammad beribu pejabat di Gombak membuatkan aku lebih berjaga-jaga dan sentiasa memantau kerja mereka.

Kali ni aku nak sentuh bagaimana kiraan fi peguam dibuat.

  • Fi Peguam

RM150,000 pertama – 1%
RM150,001 hingga RM850,000 – 0.7%
RM850,001 hingga RM2,000,000 – 0.6%
Selepas RM 2,000,000 – 0.5%

  • Harga Duti Stem

RM100,000 pertama – 1%
RM100,001 hingga RM500,000 – 2%
Selepas RM500,000 – 3%

  • Lain-lain

Fi Setem (Setiap dokumen) – RM10
“Adjudication Fee” – RM10

Akuan Bersumpah – RM30-RM50
Carian Tanah – RM60-RM120
Fi Pendaftaran – RM100

Banyak lagi pecahan-pecahan. Ini belum termasuk kos surat-menyurat, minyak runner, telefon/fax dll

Aku nak Reader Tuanbri.Com beri perhatian kepada yang berikut :

  • Dokumen yang terlibat dalam pembelian rumah lelong atau sekunder (subsale)

PSA – Property Sale Agreement

PPA – Property Purchase Agreement

DA -Deed of Assigment

PA – Power Of Attorney

(yang ini semua dokumen untuk loan documentation)

MOT – Memorandum of Transfer (Form 14A)

(yang ini untuk tukar nama atas master title/Strata title)

Yang ada jadual kat atas sekali tu digunapakai untuk MOT.

Contoh :

Rumah Harga Beli : RM60,000

Fi peguam = 1% (RM600)

Duti Setem = 1% (RM600)

Carian Tanah = RM100

Akuan Bersumpah = RM50

Carian Bankrupt = RM50

Pengesahan Pemaju = RM50

Perbelanjaan lain = RM200

“Adjudicate” = RM10

Total kat sini je dah sampai RM1,660….wow…ini baru Memorandum of Transfer sahaja..belum masuk Loan Documentation.

So sila semak quotation drpd lawyer bila nak beli rumah. Sebelum beli, minta quotation dan compare. Tak semestinya murah, peguam tu boleh buat kerja. Aku dah belajar drpd pengalaman. Member pun boleh makan member….sakit hati dibuatnya.

Sesiapa berminat nak beli rumah lelong, sila daftar di sini.

atau email – bri(at)satusolution

atau sms – 016.310.6500 (nama, email, target area dan bajet)

13 responses. Wanna say something?

  1. fitri
    Jul 17, 2010 at 18:39:18
    #1

    aku xtau pn kita ley mintak quotation dl before kita agree utk pki loyer tu utk pembelian rumah. good info bri.  (Quote)

  2. sapong
    Jul 18, 2010 at 09:43:55
    #2

    ingat dah siap kerja baru dia bagi quotation  (Quote)

  3. eezone
    Jul 18, 2010 at 11:22:34
    #3

    thanks for the good information..ko mmg superb  (Quote)

  4. treec00l
    Jul 19, 2010 at 09:50:54
    #4

    tq tuanbri,

    aaa, ini realiable info dari former auditor. auditor mane boleh menipu, jadi insyaAllah info die tepat :)

    bila mau futsal tuanbri?  (Quote)

  5. matjoe
    Jul 19, 2010 at 13:19:10
    #5

    aku pernah compare 2 quatiotion, mmg yg fix tu memang sama. beza mmg sikit tang misc tu, ada laa dlm rm20.

    pada aku beza sikit2 tu tak penting, yg penting ialah peguam yg buat kerja

    p/s:kenapa KORN?  (Quote)

  6. wan
    Jul 20, 2010 at 13:59:09
    #6

    Sebenarnya lawyer’s fees dah ditetapkan dalam Solicitors Remuneration Order 2005 (SRO 2005). Dan setiap peguam tidak boleh memberikan sebarang discount (No Discount Rule) untuk itu. Oleh itu setiap peguam tidak boleh kurang atau lebih dalam mengenakan caj guaman mereka. apa yg boleh beza hanya pada MISC shj seperti transportation, fax, phone dan sebagainya.
    Kalau peguam tersebut mengenakan caj yang berbeza daripada Perintah Saraan Peguam 2005 tersebut maka peguam tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin oleh Majlis Peguam. Client boleh buat aduan mengenainya dan boleh dibatalkan pendaftaran sebagai peguam jika sabit kesalahan.

    Bagi urusan jual beli, berikut adalah fees yg ditetapkan dlm SRO 2005:-

    Sale and Transfer

    Consideration or Adjudicated Value
    Scale of Fees

    For the first RM150,000
    1.0% (subject to a minimum fee of RM300)

    For the next RM850,000
    0.7%

    For the next RM2,000,000
    0.6%

    For the next RM2,000,000
    0.5%

    For the next RM2,500,000
    0.4%

    Where the consideration or adjudicated value is in excess (but shall not exceed of RM7,500,000

    Negotiable on the excess (but shall not exceed 0.4% of such excess)

    Untuk kos carian tanah kat PTG lak, bagi Carian Tidak Rasmi hanya RM20, Tapi Carian Rasmi hanya RM30 je…Lawyer tu caj sampai RM60-RM120 ke?Akuan Bersumpah cuma RM4 sekeping, Carian Bankruptcy RM10 per individu.Baik buat sendiri je kalau sampai berganda2 lak…nak kata kos pengangkutan, dah masuk bil MISC atau item transportation. ;P

    ~Rindu lak ketika menjadi practising lawyer dulu~  (Quote)

  7. yaness
    Jul 21, 2010 at 12:08:57
    #7

    yang mana satu btol ni??urm, tapi btol la dlu mase masuk kelas lecturer cakap Misc charges akan including tel, transportation, fax, print..tapi skang realiti bercampur aduk..dah penin ngan semua ni…cube bagi 1 tempt rujukan yang betol2 boley kite tgok..such as info kt majlis peguam ker..kepada yang berkenaan sahaja.  (Quote)

  8. kaifahalas
    Jul 23, 2010 at 00:49:25
    #8

    Ada setengah lawyer tak mau beri quotation sebab prinsip dan amalan nya memang tak bagi quotation utk legal fees … pun ada jgak mcm ni yer?? macam macam  (Quote)

  9. gagak
    Jul 23, 2010 at 15:46:00
    #9

    baru2 ni aku ada beli rumah d desa mentari…aku dpt ngan harga 54k…ni bukan auction..org (patah kandar)…jd ngan segera aku byr rumah ni. 54k tu aku tolak 2k kos lawyer..bermakna rumah ni harga 22k.tp yg aku pelik kenapa kos runner n etc perlu d massuk kan skali? mgkn dia nk mkn skit lebih kot coz aku beli cash.  (Quote)

  10. tuanbri
    Jul 23, 2010 at 19:52:19
    #10

    kaifa- kalau taknak bagi, guna lawyer lain..ada masalah?
    gagak- salah tulis tu ..52k, bukan 22k…runner utk dapatkan kelulusan , my guess?
    wan – betul tu…tak ramai yang tahu pasal Solicitors Remuneration Order…carian rasmi tu yang bayar pada pjbt tanah…kos runner termasuk tak?  (Quote)

  11. kaifa@yahoo.com
    Jul 24, 2010 at 16:39:38
    #11

    tuanbri, aku punya case refinance 117k , tengah dapat kan quotation untuk bank 1.public bank & 2.hsbc , dua dua bank offer ok, lawyer hsbc mahal 4.3k++ , sepatutnya below 4k (mid 3.5 aku rasa).  (Quote)

  12. atbk
    Jul 30, 2010 at 19:53:51
    #12

    salam,
    setuju.. yang membezakan invois peguam bagi kes conveyancing / property dealings hanyalah bahagian miscellaneous sahaja…

    yang lain2 tu sebenarnya public boleh kira sendiri, tau formula, tau kira duti setem, tau nak cari fee2 yang berkenaan di pejabat tanah (erm, tak semua carian kosnya sama ya… kalau di KL dan selangor standard rm30, kalu luar KL dan selangor biasanya lebih rendah.. tips: pick up the phone and call the respective land offices for confirmation! hehe)

    so kesimpulannya, public hanya perlu mintak quote miscellaneous firm2 yang berkenaan sbb yang kiraan lain tu dah boleh kira sendiri. ada yang caj over, ade yang caj minimum… setakat ilmu saya yang sikit ni, xde had utk caj miscellaneous ni… kalu kes melibatkan tanah yang luar daerah, mmg la kene caj mahal, kurier kos lagi, bayar agent luar daerah lagi.. bla2… nak senang, appoint je loyer yang dok kat kawasan hartanah tu berada… kalau dia caj mahal jugak mungkin dia gila haha

    dan benar juga, apa yang membezakan ialah kualiti kerja peguam. ade org fikir terkenalnya firm tu, so kerjenya baguslah.. ada pulak berpendapat kalau firm kecik, workload diorang sikit, so, cepatla kerja siap. begitulah. kdg2 baik percaya loyer yang kawan sendiri, tapi bagi diri ini, bila buat kerja kawan lah susah nak maintain profesionlisme, tp as long as masing2 faham kedudukan masing2.. insyaAllah semuanya ok2 sahaja.

    yang penting juga, jgn abaikan hak anda utk bertanya… tanyalah mengenai terma2 perjanjian sblm sign! kalau tak faham, tanya lagi…

    sekian adanya…

    btw, thanks tuanbri for visiting my blog… we share the same interest on real property! terima kasih juga kera sudi kongsi info online… saya mmg belum konfiden buat auction case, yang lain2 insyaAllah ok…  (Quote)

  13. helmo
    Aug 1, 2010 at 03:55:03
    #13

    Before pay the fee to lawyer pls ask for discount.. boleh kot..  (Quote)

Post a Comment

Subscribe without commenting