Berita Terkini -->

Tips Beli Rumah Lelong

Anda mahukan tips untuk membeli rumah lelong ataupun anda mahu tips untuk membuat pelaburan hartanah lelong. Soalan ini kadang-kadang mengelirukan kita.

Tips daripada saya untuk anda yang ingin membeli rumah lelong :

1) Biasakan dengan acara lelong.

ini supaya kita tahu segala prosedur yang terlibat dalam proses lelong. Rumah lelong yang dilelong adalah bersyarat. Apa yang anda perlua buat sekiranya didekati oleh Ulat Gonggok juga dikenali sebagai ulat lelong.

2) Tetapkan had anda

jangan emosi ketika membida. Pastikan anda telah menetapkan had anda sebelum masuk lelong. Bahaya bila emosi tidak terkawal, rumah dibida melebihi harga pasaran. Parah nanti bila nak buat pinjaman, bank tak mahu cover 90% drpd harga menang.

3) Tiba di tempat lelongan awal

Ada kawan yang selalu masuk lelong dan selalu datang bila masa daftar dah nak tutup. Ada satu ketika, dia tidak dapat mendaftar untuk lelongan tersebut dan rumah tersebut dijual pada harga Risab sahaja…Rugi tak?

4) Jangan Emosi

rujuk kepada no 2. Bersangkut paut.

5) Dapatkan pandangan yang jelas

saya selalu berdiri di belakang sekali. Supaya kita dapat mengenalpasti musuh-musuh kita dalam lelongan dan kita dapat membuat keputusan berdasarkan pemerhatian kita terhadap mereka.

6) Serahkan tugas membida kepada Pakar

dalam kes ini, pakar kadang-kadang dapat mengetahui info yang org lain tidak tahu. Tak percaya ?

About tuanbri

Tuanbri, Pengasas Kelab Hartawan Hartanah dan Pengarah Akademi Hartawan Hartanah telah lama berkecimpungan dalam industri pelaburan hartanah terutamanya dalam sektor rumah lelong. Beliau telah berkongsi ilmu pelaburan hartanah dengan beribu peserta seminar. Beliau Juga pernah muncul di kaca tv (TV3 dan Astro Awani), radio (IKIM dan BERNAMA) dan suratkhabar (Harian Metro).

17 comments

  1. no. 6 adalah keperluan utk pelabur baru

  2. Percaya..percaya….
    No 6 tu….Pelabur lama pun perlu jgak…

  3. no 6 – itu mmg bri selalu buat.. dia biasa dtg awal sejam dari masa lelongan..

  4. Salam, saya ade soalan sket. Semestinyakah kita limitkan bidaan sehingga had harga pasaran pada masa kini dan bukan harga pasaran 2 atau 3 tahun akan datang?..

  5. No 6 tu yang patut ditekankan…hahaha

    Shahriz – Harga pasaran 2/3 tahun akan jatuh. Percaya tak ?

  6. Pada pendapat saya dalam masa 2 atau 3 tahun akan dtg kebarangkalian jatuh amat tipis saya rasa tetapi tak mustahil jika jatuh. Ini bergantung kepada keadaan ekonomic growth, population growth, juga income per kapita growth tempat itu.

    Apakah pendapat Tuan Bri jika pendapat saya mengenai perkara tersebut adalah lebih kepada subjektif dan bergantung kpd risk exposure pelabur-pelabur ttg bidaan yg mereka ingin buat. (Kalau salah tolong betulkan)

  7. shahriz2002.. limit bidaan pada harga pasaran tu standard logic lah.. takkan nak beli rumah lelong lebih dari harga pasaran…
    kalau saya.. saya berhenti bid pada 80- 90% harga pasaran depending on rental demand.. buat apa susah2 masuk lelong kalau nak beli pada harga pasaran.. baik beli direct jer.. dahtentu tak pening kepala.. semua outstanding owner lama yg settle.. n takperlu nak terkejar dateline 90 hari/120 hari..

  8. wan norhasikin

    bri masuk jarum baik punyer…

  9. salam..sy berminat nk beli rumah lelong teres setingkat atau 2 tgkat utk duduk di area pinggiran putra/sg merab yg mna berdekatan dgn putrajaya..mohon bimbingan..tq..

  10. had harga bergantung kepada individu sperti umur, keselesaan dan kedudukan kewangan. Anda perlu membuat perkiraan terutama margin of financing yang boleh anda dapatkan, bayarn pinjaman setiap bulan dan sewa yang bakal dikutip. Dari situ anda boleh tetapkan harga maksima yg patut dibida. Bukan harag 2-3 tahun akan datang. Tujuan membeli rumah lelong adalah membeli dibawah harga pasaran. Itu kelebihan lelong.

  11. eventhough kalau tak boleh dapat bawah market pun, at market value pun ok…bergantung kepada keadaan…

    Cnth: Sek 7 Shah Alam. Market 90k, tapi memang tak ada orang nak jual. So if we set our target at 90k pun ok jugak. People are selling above MV..gila ke tak? jadi anda masih lagi berminat untuk membeli di seksyen 7 shah alam? pastikan anda ada duit dlm bank yang banyak.

  12. Tuan, no.6 berapa pula kos utk serahkan tugas bida kpd pakar?

  13. NIta – sila email saya. your email : Delivery to the following recipient failed permanently:

  14. salam,
    sya sedang mencari rumah teres untuk keluarga.ikut bajet saya bawah rm200k je.dgn keupayaan maksmum bayaran bulanan rm1000.nk daptkan nasihat tuan bolehke saya cari rumah disekitar KL dgn bajet ini.atau saya perlu cari rumah lelong.?

    tk,
    beejan

  15. salam tuan bri,
    sya nak beli umah lelong kos rendah di selangor. Tadi sya ad cal lembaga perumahan dan hartanah selangor. Pegawai tersebut ada memberitau bahawa rumah lelong kos rendah tertakluk syarat2 pembelian seperti mana membeli rumah kos rendah yang baru.
    Gaji 2,500 kebwh, tiada rumah di negeri selangor dan lain2
    bleh mintak pendapat dan komen yr berpengalaman

  16. salam,tuan bri sy nk tau,adakah perlu sy wat semakan dekat bank dahulu sebelum membeli rumah lelong(untk memastikan sy dpt wat loan),yela mana tau bila da bjaya bid bank x kasi lepas pinjaman pula..takut burn begitu saja deposit 10%..mntk pendapat tuan..tq

  17. beejan – cuba check loan dengan bank lepas berapa dulu..

    babujie – nama pegawai siapa ?

    zahari – WAJIB!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


Subscribe without commenting

Scroll To Top