Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Anak Kecil Nazak

Pernah tak tengok anak kecil nazak depan mata?

Apa reaksi spontan korang ?

Nak angkat dia daripada terbaring?

Siapa kita nak telefon dulu?

Inilah pengalaman aku bersama Ukail. Malam selasa 16/08/10 dia dah mula menunjukkan tanda tanda nak demam. badan dia dah suam. Terbaring atas katil dengan aku, mata terpaku je kat tv…confius aku. selalunya dia cuma tengok iklan sahaja. Ini siap layan tengok berita dengan aku.

Bila badan dia dah mula panas, aku bagi ubat demam dan antibiotik, baki ubat daripada demam bulan lepas. (Suspek denggi, masuk wad 3 hari). 1st time dia masuk wad.

Bila dia dah tidur, suhu badan meningkat lagi. Apa lagi, cari coolFever dan tepek kat dahi dia. Selalunya mujarab sekejab la. dapat kurangkan suhu sehingga pagi nanti. Bangun pagi nanti baru plan nak bawak pergi klinik.  Dia ada terjaga terkejut badan macam terkejang, beberapa kali malam tu dan menangis. Bila suhu dia masih lagi tak turun, aku ambik tuala kecik yang telah dibasahkan dan letak kat muka dia.

Bini aku pergi kerja pagi tu. Dia bawak kereta ke pejabat. Klinik masih tak buka lagi time ni…Tiba-tiba ukail terkejut dan bangun menangis. Aku baru je nak pujuk dia sambung tidur balik.

Badan dia mula mengeras. Dia dah berhenti menangis. Badan dia mula membengkok ke belakang. Daripada menangis, dia mengeluarkan bunyi berdengus. Macam bunyi nafas orang yang nazak. Kuat jugak bunyi nafas dia. Mata dia tak berkelip. Aku memang dah kalut dan tak tahu nak buat apa dan tak tahu nak telefon siapa. Aku capai wallet aku, telefon aku dan kuci motor.

Mulut dia dah start berbuih.  Keluar meleleh ke pipi dia. Muka pun dah pucat. Dalam 10 saat lebih, baru bunyi dia dah normal. Tapi kali ni mata dia terbeliak memandang ke siling aje. Aku cuba panggil dia, nak tengok respon dia tapi tak ada. Terbeliak memandang ke atas sambil nafas dia seperti orang kepenatan. Aku angkat dia terus bawak keluar rumah dan naik motor. Sebelah tangan pegang dia, sebelah tangan bawak motor. Pergi ke klinik berdekatan. Tutup pulak. Cari klinik yang lain. Tutup jugak….balik rumah balik.

Aku telefon adik ipar aku (Dr Zaki – Dia yang rawat Drummer Band “Pesawat”, Hirwan Hatta aka Kudux). Dia suruh bawak terus ke hospital…

…….seterusnya di Hospital Selayang, kat ICU terus dapat masuk. Tak payah register dulu. Masuk wad lagi Ukail ni. Kali kedua tahun ni, dalam masa 3 bulan.

Doktor nasihatkan kemungkinan berlaku benda yang sama adalah tinggi bila Ukail demam lagi nanti. Macam sawan jugak apa yang dia kena. Bila kita tengok orang dewasa kena pun, kita kalut. Inikan kena pada baby kecil…

Peringatan : Kalau anak mula demam Panas, pastikan anda ada ubat Panadol/ubat sumbat ikut belakang bawah.

  • owh briii, cemas btull. ni laa dugaan ank sakit. mmg tertertanggung kalau pikir balik. tapi time dah OK, pergghhh seronok tak hingat ada anak ni

  • ooiihhh mmg takut kalu budak demam.. mcm2 boleh jadi.. contoh tgk bersamamu tu.. ramai budak demam panas… terus paralysed ke etc etc.. nauzubillahhh…

    saya pun baby sumbat belakang jek if panas sangat.. tak sanggup tgk if jadi apa2 plak jika biarkan..

    moga ukail sihat sentiasa after this.. aminnn..

  • aku doakan anak bri cepat sembuh. amin.

    ps: anak saya kene tahan wad 3 hari sebab demam dan sedut kahak:(

  • Betul, bila ada anak, ubat masuk kot bawah tu memang kena standby all the time. Semoga anak ko cepat sembuh

  • next time demam panas , sejukkan badan ngan air dan tuala, bukan kepala saja tapi seluruh badan. anak sawan takut nantti jadi cacat seumur hidup. sentiasa simpan voren supp 12.5 mg (ubat masuk belakang) kat rumah

  • demam budak2 takleh nak biarkan lama2…takut melarat then jadi ntah ape2 nanti…

    kalau parents aku tau, sure dah kene sound dah…takleh nak biarkan je bro…

  • semoga anak bri cepat sembuh, amin..pgalaman aku, kalo anak demam, mmg aku tido2 ayam laa malam tu, standby..check suhu, kalo panas sgt, mmg aku lapkan seluruh badan dia dgn kain basah sampai suhu turun balik..guna air suam, jgn guna air sejuk plak. Satu lg, utk kuatkan antibodi dia..cuba amalkan minum minyak ikan tiap2 hari, insyaAllah anak jrg demam n kalo demam pun, cepat sembuh.

  • askm saudara bri, saya ada pgalaman spt sauara, seeloknye sentiasa simpan ubat deman & buang panas (dua2 jenis masuk ikut bwh). Jika panasnye xturun @ panasnye berulang jgn btangguh terus je bwk klinik.

  • thanks everybody.Appreciate your concern and doa.

    Kebetulan Ubat Masuk Blkg tu dah habis.lagipun sebelum ni pun dia dah demam. tapi boleh dikawal.Memang Plan nak pergi klinik pagi tu. Dia baru je demam malam tu.

    Aku still terbayang-bayang muka dia bila aku tengok tempat kejadian.menangis aku.

  • semoga ukail cepat sembuh seperti sedia kali, amin ya Allah.

    ubat untuk baby, ade ubat yang kene masukkan ikut punggung. untuk orang dewasa takde 🙂

  • alahai.. keciannye ukail.. bertambah kurusla die..
    lenkali simpan stok ubat punggung tu kat umah..
    Cool fever x berkesan utk demam panas..
    Kite jumpe next week ye.. ukail!

  • Salam Bri..semoga ukail dah semakin sembuh…Amin

    Mcm aku yg ramai anak kecil ni..ubat demam yang jenis air dan masuk ikut punggung tu memang sentiasa kena ada standby kat rumah. Ubat lain yag ada termasuk selsema & batuk.

    Pengalaman mematangkan tindakan…

  • master bri, semoga tabah. semoga ukail sembuh cepat. stok ubat kena selalu check, dan cara menyimpan kena betul. kalau yg dh expired @ agak2 nk expired, cepat2 discard.

  • Salam…smoga cpat sembut…
    P/s: Ubat sumbat tu mmang kna sentiasa ada kat umah…apa2 hal mudah sblm pergi hospital

  • pergh…. baca nukilan ko ni pon dah naik cuak aku…
    Syidah lagi la… tgk gambar Ukail kat dlm katil wad pun dah berair biji mata…
    Aleesya pon penah demam panas agak teruk… naik sampai 40degC.. terus bwk py KPJ… sesampai lepas register nurse terus kasi ubat cap belakang..

    semoga Ukail takde pape and sihat umpama pendekarrrr…

  • Salam Semua!

    Pendekar Ukail sekarang ni tengah berlari lari kat rumah. Alhamdulillah dia recover degan cepat.

    Aku harap cerita ni menjadi pengajaran bagi orang lain yang tak tahu macam aku sebelum ni. Aku share sebab taknak orang lain mengharungi pengalaman seperti ini.

    p/s: ukail cakap “mi kaceh”

  • syukur dah sihat… tapi pengalaman tuan bri ni bagus untuk dikongsi kepada pasangan yang baru menjadi ibu/ayah…

    apalah gunanya duit bertimbun harta melimpah andaikata zuriat kita yang lahirnya sempurna kini cacat menderita akibat kecuaian ibu bapa…

    tima kasih tuan bri sudi berkongsi pengalaman.. mungkin ada hikmahnya untuk anak kecil bernama Ukail 🙂

  • salam,

    sy br alami ape yg tuan bri lalui..terpanggil nak check/mendalami maksud sawan demam, tu yg tersingah kat blog ni.. we dun aspect it happen to our son, usually hear from others..kalu anak demam..bahaya..kene jaga2.. Now..sy sudah lalui n really2 terkezutt sgt..So take this as our reminder together..

  • syi – saya share di sini supaya bila org alami benda ni 1st time, dah tahu apa nak buat….saya dulu tak ada org bagitau. so agak kelam kabut…

    Dah kena lagi. So kali kedua , saya dah tahu nak buat apa…just let it settle..lepas tu control demam atau pergi hospital. Check darah.

  • tuanbri, saya suggest bila demam dia suhu cecah 38 degree terus je hantar hospital. jgn lengah2 dah. anak saya pun kalau demam slalu suhu tinggi cecah tgh2 mlm. tgh2 mlm la..pegi hospital…hmm.

  • >