Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Salam Ramadhan Kembali Lagi

Assalamualaikum.

Selamat Menyambut Ramadhan bagi semua pembaca blog Tuanbri Dot Com. Ramadhan adalah masa utk kita reallign balik masa kita. Punya sibuk dengan dunia sahaja. Aku pun terbabas jugak. Masa untuk renung kembali apa tujuan kita hidup ni. Ini sekadar peringatan buat diri aku sendiri.

Perjalanan semakin mencabar bagi aku. Dalam minggu lepas, kesihatan aku agak turun naik. Mungkin cuaca mempengaruhi atau cara hidup yang tidak normal. Tak tahan jugak kadang kadang. Ini sebab utama dalam minggu lepas banyak orang telefon aku tapi tak berjawab. Bukan klien sahaja malah penyewa aku pun aku tak angkat. Bukan sengaja tapi tidak diizinkan.Sakit belakang (sebab aku tinggi kot), telinga sebelah gagal berfungsi, kekurangan zat dalam badan dan sebagainya. Bagi aku, ini ujian sebelum Ramadhan.

Telefon G1 Android aku pulak buat problem. Selalu FC je..sebab aku suka test sana sini. Selalu tukar ROM je..jadi mana mana sms aku tak sempat nak back up, hilang ikut tiupan angin. Ada sms klien yang hilang begitu sahaja. Aku serabut jugak memikirkan malah ni.

Memang agak mencabar sikit kalau kita kerja sendiri. Income tak menentu. Tapi aku percaya rezeki aku ada di mana mana. Teah ditetapkan. Kena rajin je. Bulan lepas semua lelongan yang aku atau faris masuk, semua kalah. Maknanya tak ada sales utk bulan lepas.

On monday, aku bawak bapak aku pergi berurut di Negeri Sembilan. Ado sapo dongar namo tompek Durian Tipus? Atas lagi daripada Kuala Kelawang. Gerak daripada rumah aku ke rumah ayah aku dalam pukul 530 pagi. Dalam perjalanan yang berbukit bukau tu, sambil dipenuhi kabus pagi yang agak tebal, tiba tiba aku dengar bunyi getah sebelah beakang kiri aku….alamak…macam bunyi tayar pecah je….Bila aku berhenti tepi bukit tu, confirm tayar belakang dah pecah. Baru je plan nak tunggu Ramadhan untuk dapatkan promosi Raya supaya harga tayar murah sikit….memang tayar aku dah botak….Terpaksalah aku tukar tayar spare yang kecik tu….time tu hujan renyai renyai pulak……

Perjalanan diteruskan sambil aku terus memerhatikan side mirror. Takut tayar spare belakang tu tercabut. Aku tak yakin dengan skil aku pasang tayar. Sampai di rumah tukang urut tu dah pukul 8 pagi. Kebiasaannya kalau sampai pukul 8 pagi, sure dah ada kereta sebijik dua….Alhamdulillah, tak ada orang lagi sampai…..aku dah ready nak dengar leteran ayah aku kalau ada orang lain sampai dulu. Sebab masa utk urut seorang sahaja dah makan masa dalam 45 minit. kalau 1 kereta penuh ada 4 orang, maknanya next turn ialah pukul 11 pagi pulak. Aku pun join kena urut sekali la…jauh ni berjalan…kitaorg habis sesi urut tu dalam pukul 12 lebih. dah ada 2 kereta penuh lagi tunggu lepas tu..agak-agak habis pukul berapa la diaorg ni…

Bila nak update blog, aku ada masalah pulak dengan domain name “tuanbri dot com” pulak. Tak ada orang info aku yang tempoh dia dah tamat. Kena renew immediately. Aku pulak tak ada direct access to reseller tu. Kena go through member aku. Tak silap aku, right pun dia yang pegang. Kena discuss dengan dia pasal ni. Kalau tak , kecoh nanti in the future….Ada beberapa readers yang SMS/email/FB aku pasal problem nak access blog. Terima kasih banyak. Nanti aku belanja korang. hehehe…jamuan raya…

Balik pejabat, En faris masih lagi berada di Kampung. Sempena kelahiran anaknya yang ke 3. Tahniah. Tanggungjawab dah bertambah. Kenalah cari rezeki dengan lebih rajin lagi.

  • apsal right tuanbri.com pada member pulak? sepatutnya tuanbri la owner sdr..
    bahaya situasi ini kalau dibiarkan. mana lah tahu suati hari nnt kalau tuanbri dah jd mcm azizi ali, dengan asbab domain je dier boleh caj mahal atau jaul semual kat tuanbri dgn harga yg jauh lebih mahal.
    kalau susah nak renew dr supplier tu, boleh renew melalui domain reseller lain tp sekali dgn pindah hosting ke server lain la.. kena buat backup dulu segala content dlm server lama.

  • bro, kesihatan kena jaga bro, especially dlm pemakanan…ko tu suka sgt makan kat kedai macha.hehehe. aku dah merasa dah..sebln berehat di rumah, seksa bro.
    apa2pun selamat berpuasa..sori x dpt dtg meeting ari tu..ada appointment..berbaloi2, close deal..hehehe

  • Bri… semua tu cobaannnnn… kete aku pon 2 kali dah rosak… cobaannnnn… sabar jelah sbb semua tu ade hikmahnye insyaAllah… take care too… kim salam kt iman…

  • salam tuan bri, klu turun kuala klawang roger 2 la…hamba ada disana…tq

    p/s- nk urut ajak sekali…

  • Ani – right tu sebab member kira macam reseller…so just suruh dia beli domain tu. bila check baru ni, dia registerkan bawah nama dia.

    Fauzi- Open table?

    Fara- thanks

    Al-az- boleh aje…pernah dengar nama Aji GuaLu?

    Palie – Hang dah tau umah aku…mai la..

  • Semoga cepat sembuh. Dugaan yg datang biasanya cubaan allah sebelum DIA nak bagi rezeki yg lebih baik.

  • >