Apa itu Master Title

Salam Hartawan Hartanah.

Langkah 1 Hartawan Hartanah pada hari Khamis 23 Sept mendapat sambutan hangat. Aku harap yang hadir berpuashati dengan apa yg aku bebelkan.

———————————————————————————-

Baru baru ni ada soalan mengenai Strata Title …

Strata berasal daripada perkataan Stratified. Bermaksud pecah dan jeniskan.

Dalam kes hartanah, ianya bermaksud Pecah Lot.

Ingat tak korang kalau ada orang nak beli tanah, dia akan tanya dah buat pecah lot tak ?  Apa yang dia maksudkan ialah, dah dapat Strata Title tak ?

Sebelum strata title atau sebelum pecah lot, gabungan semua blok adalah terletak di bawah satu title yang besar, dipanggil Master Title.

Master Title = Satu kotak Pizza Domino’s yang mempunyai 8 bahagian.

Strata Title  = Sekeping pizza Domino’s daripada 8 bahagian
Kenapa kita perlukan Strata Title?

Ianya penting kerana dengan Strata title itu barulah kita mempunyai hak-hak dan keistimewaan tertentu sebagai tuan tanah, sepertimana yang tertakluk dalam Akta Hakmilik Strata 1985-pindaan 2007

Contoh : apt,flat boleh menubuhkan JMB untuk jaga apt,flat atau kondo korang ni, kalau ada Strata.

Pemaju kadang kadang taknak pecahkan Master Title ni, sebab dia org boleh buat untung lagi melalui Maintenance Office diaorg….yg jaga flat korang.

Sistem Pemetaan Tanah yang digunapakai sekarang ni dipanggi “torrens System” di mana semua bahagian tanah berdaftar dengan seorang pemilik. Jika tanah itu luas dan belum dipecah lot, ianya dipanggil Master Title.

Hakmilik Strata (bangunan bertingkat) atau Hakmilik individu (Landed Prop) (sama aje) dikeluarkan oleh Pejabat Tanah berkenaan.

Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih atas tanah berimilik yang dipegang sebagai satu lot dimana kelulusan bagi memecah bahagi bangunan tersebut telah diluluskan (Seksyen 6 AHS). Contohnya, Rumah Pangsa, Pangsapuri, Kondominium, Penthouse, Kompleks Komersial dan Rumah Kedai.

Mana lagi lama proses tukarnama, beli yang ada Hakmilik Strata atau Hakmilik Bersama ?

-       Bergantung kepada keadaan.

Utk Master title – SPA akan bermula pada tarikh pemilik tanah/pemaju (Master Title) memberikan kebenaran (consent).

Utk Hakmilik Individu/Strata – SPA bermula pada tarikh di stem.

Boleh rujuk Hakmilik Strata

Related posts:

Berita Baik & Buruk untuk Anda!
Zakat Pendapatan 2010
Kenapa Harga Perak Jatuh ?

Related Posts via Categories


banner ad


23 Responses to “Apa itu Master Title”

  1. Mian says:

    Assalamuaalikum..

    jadi maknanya strata ni sesuai untuk hartanah bertingkat je ke..??

    bila kah kita bole membuat/memohon pecah lot (Strata Tittle)?

      (Quote)

  2. safuan says:

    bila ko cakap ko buat entri ni khas untuk aku. tiba2 aku rasa special.. =)
    ape2 pon tq

    sebenar nya. aku ade masalah untuk but carian utk satu kondo ni.
    bila aku buat carian.. yang keluar. detail utk tanah besar tu (master title).. (sebab aku tulis no HSD dan no PT je kt borang carian tu.. bukan tak nak tulis no petak.. tapi xde ruangan utk no petak)

    hurm..abes macam mana aku nk tau kalau kondo yg aku nk beli tu ade kaveat ke tak..

    haih. buntu2~

      (Quote)

  3. shahir says:

    good info, thanks

      (Quote)

  4. tuanbri says:

    Mian – selalunya developr akan memohon on behalf..utk semua pembeli…

    Shahir – safuan, kau memang Special! Blnj mkn sudah

    Shahir – Ada nak tambah ?

      (Quote)

  5. abu says:

    Tuan ,

    kalau bangunan yang belum ada strata title, siapakah yang membayar cukai taksiran dan quit rent, adakah pemaju atau pembeli. Siapa membayar quit rent dan taksiran untuk ruang tadika , adakah pemaju atau joint management body (JMB)

      (Quote)

  6. tuanbri says:

    Cukai Taksiran – Pembeli bayar. No question about this.
    Termasuk common area (tandas,swimming pool,badminton court dll)

      (Quote)

  7. abu says:

    bagaimana dengan quit rent? adakah pembeli kena bayar walaupun strata title belum ada

      (Quote)

  8. abu says:

    Bila tarikh kursus yang akan datang.. saya berminat untuk hadir

      (Quote)

  9. abu says:

    bermaksud.. selepas saja VP(vacant possession), pembeli kena tanggung bayar taksiran dan quit rent walaupun tiada strata title atau individual title.

      (Quote)

  10. cika says:

    Kalo apartment takde hakmilik strata…boleh ker kiter letak kan kaveat..

      (Quote)

  11. zackhery says:

    Pemaju kadang kadang taknak pecahkan Master Title ni, sebab dia org boleh buat untung lagi melalui Maintenance Office diaorg…,,(ape yang kite dpt untung if kite dpt strata title tu) x perlu bayar maintenance lagi ke..

      (Quote)

  12. zackhery says:

    nak tanya management dapat untung kalau dia x pecahkan master title dia kan..kenapa pulak..once pecah kepada strata means maintenance x payah bayar ke?

      (Quote)

  13. tuanbri says:

    memang semua purchaser kena bayar.

    mana boleh developer buat untung?
    akaun kena audit setiap tahun.

    cika-kaveat tak kuat kalau master

      (Quote)

  14. ahmad says:

    saya kurang faham pasal strata title ni..

    adakah rumah lelong yang belum ada starta title ni boleh dibeli atau tidak?.Apa risiko membeli rumah lelong yang tiada strata title?. kalau beli apa kesannya pada pembeli? kalau beli apa proses yang perlu dilalui? berapa lama tempoh masa di ambil untuk selesai tukar nama?

      (Quote)

  15. yus says:

    salam,

    adakah denda dikenakan kalau lambat buat strata ni?

      (Quote)

  16. nua says:

    adakah pemilik petak perlu menjelaskan segala tunggakan untuk layak mendapatkan hak milik strata.

      (Quote)

    • nua says:

      adakah pemilik petak perlu menjelaskan segala tunggakan untuk layak mendapatkan hak milik strata.

      adakah pemilik petak perlu menjelaskan segala tunggakan untuk layak mendapatkan hak milik strata.

      berapa RM diperlukan, bagi pemilik mendapatkan hak milik strata.

        (Quote)

  17. hani says:

    salam,

    macam mana nak beli rumah lelong yang belum dapat strata title dan saya perlukan strata title untuk dapatkan loan bank untuk rumah?

      (Quote)

  18. Azli says:

    Tuan,
    Saya beli rumah lelong bulan 12 tahun lepas & strata title sudah ada utk rumah ni. Saya sudah bayar segala tunggakan mantanance 10k dua bulan lepas tetapi sampai sekarang strata title belum dapat tukar name. Adakah ambail masa untuk tukar name strata title..?

      (Quote)

  19. tuanbri says:

    Ahmad – kalau tak ada Strata, still boleh beli rumah, cuma title ialah Master Title.

    Yus – kena denda

    Nua – ya, kena bayar tunggakan baru boleh convert ke Strata Title…..bayaran bergantung kepada Harga Rumah

    Hani -tak ada masalah nak beli rumah lelong yang tiada starta title…

    Azli – ambik masa…bergantung kepada Pemaju dan Pejabat Tanah…

      (Quote)

  20. ArzMie says:

    Salam tuan,

    macam mana nak claim balik bil cukai pintu, maintainance&utiliti lepas setel urusan beli rumah lelong? Claim dengan pelelong ker atau claim dengan Lawyer?

      (Quote)

  21. sue says:

    kalau beli rumah lelong yf dh ade title strata tp belom title masih under name pemaju, berapa lamakah mase yg diambil utk tukar name kepada owner lame dgn new buyer? caj tukar ke owner lame sape yg tanggung? stress betol ni…

      (Quote)

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

Subscribe without commenting