Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Bajet 2011 Pelaburan Hartanah

Salam 2011.

Kebanyakan pakar ekonomi sudah mula meramal apa yang akan berlaku dalam tahun 2011 selepas bajet 2011 dibentangkan di Parlimen oleh PM kita, YAB Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein.


(Razak ialah nama Allah. Erti-Pemberi Rezeki) Kena letak Abdul Razak, hamba kepada Pemberi Rezeki. Takkan najib bin razak ?

Apa pun, kita merujuk kepada bajet 2011 :

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025. Projek ini antara projek utama yang akan dilaksanakan dibawah Bajet 2011.

Luas = 2,680 ekar (pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh)

Pengurus Projek = Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Projek = kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana.

Jumlah kos = RM10 bilion

Tarikh Siap = 2025

* Pembinaan projek bersepadu “Warisan Merdeka” dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015. 23.

Pengurus Projek = PNB (Permodalan Nasional Berhad)

Projek = Menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia, Stadium Merdeka dan Stadium Negara (Sebelah Victoria Institution)

Jumlah kos = RM5 billion

Tarikh siap = 2015

Ia akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembinaan sebuah menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.

*****(projek ni dah lama sebenarnya. Masa aku bersekolah di Victoria Institution lagi, dah ada plan projek ni. Aku tengok plan projek ni di bilik Guru Penolong Kanan, menunggu untuk dirotan!)

* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000. Sesiapa yang ingin membeli rumah, perlu mendapatkan jaminan daripada (yang aku rasa ialah) PROKHAS sebagai instrument/badan yang memberi jaminan kepada bank.
Ini juga tertakluk kepada mereka yang mempunyai pendapatan Seisi rumah RM3,000 ke bawah. Dalam ertikata lain, LOAN 100%!. wow wow (tapi bukan utk aku)

* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN. (Machafaris mungkin akan pakai skim ni)

* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.

* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat. Kalau tak silap aku, ini akan diuruskan oleh PNB, sama macam ASB. Kalau boleh dicagarkan utk OD, aku akan ambik menggantikan OD asb yang HARUS oleh Majlis Ulama dan http://www.zaharuddin.net dan Eh, ASB Haram lah!

* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.

* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.

* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.

* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.

Projek Perkongsian Awam-Swasta  (Singkatan PPP)
*Pembinaan Lebuhraya
*Pembinaan Loji Janakuasa Kitar Padu Gas
*Projek pembangunan kesihatan seperti Hospital Pengajian Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia di Kuantan, Pahang,

Hospital Wanita dan Kanak-kanak serta Kompleks Institut Penyelidikan Kesihatan Bersepadu di Kuala Lumpur.

Paling ditunggu tunggu oleh pelabur hartanah ialah :

* transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Greater KL (Lembah Klang) akan dilaksanakan mulai tahun depan.

Projek = MRT

Pengurus Projek = GAMUDA (betul ke?)

Jumlah kos = RM 40 billion (swasta)

Tarikh Siap = 2020

Tujuan = memperhebatkan jaringan hubungan di Lembah Klang dan diintegrasikan dengan mod pengangkutan yang lain seperti bas dan teksi.

  • Bro aku pun Victorian.

    My 2 cents opinion on 2011 budget… Those who r filty rich will become richer
    and those who r unlucky ones keep on blaming the G on their misfortune. Pity to the kampung folks coz Najib did’nt mentioned them in his list. Yes their house income less than 3k and eligble to buy a house with 100% loan as mentioned above. What for??? They already have their kampung type house.

    where on earth this famous qoute” Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan?”.

    Maaf, mungkin komen aku ni berbaur politik.. Tapi niat sebenar ialah aku ingin melahirkan kesedihan melihat bangsa melayu kita bergaduh sesama sendiri dan menindas saudara seagama. Fikir2lah..

  • Orang melayu boleh maju kalau kita berusaha dan menggunakan kemudahan yang di sediakan. Sebagai contoh sampai la ni ASB yg di peruntukkan for bumi tak pernah penuh2, kuota perumahan, malay reserved..Kalau tiada usaha macam mana nak berjaya. Tak kira parti mana yang memerintah kalau kita tidak berusaha tak jadi juga

  • alahaii bila la highway s.alam – bt arang nk msk budjet ni.. x tahan jem hari2  

    tunggu lah budget tahun depan

  • part lrt, mrt tu mcm cakap2 mimpi jer. xtension putra LRT pon x nampak2. sungguh aku kebosanan dgn cakap2 kosong  

    matjoe.. fyi tender utk keje sub (mekanikal & elektrikal)dah keluar utk pojek LRT extension ke puchong
    dah nampak la progress nye..

  • >