Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Berita Terkini Lagoon Perdana

Ini ialah pada bulan May 2010

Kepada 1,052 Pembeli Blok 1, 3 dan 8 :

  • Developer belum siap kerja baikpulih (SUDAH DISELESAIKAN)
  • Developer masih hutang dengan MPSJ cukai taksiran dan sbgnya. (PALING PENTING!)
  • Meter TNB bagi setiap unit tidak menepati spesifikasi TNB. (SUDAH DISELESAIKAN)

Kepada 359 Pembeli Blok 7 Lagoon Perdana

  • Developer belum memutuskan keputusan untuk membeli pulangan duit kepada pembeli (BLOK AKAN DIRUNTUHKAN ???)

Ini ialah pada bulan May 2010

STATUS TERKINI PROJEK LAGOON PERDANA BLOK 1, 3, 7 & 8

Tuan/Puan,

Sukacita saya ingin merujuk kepada e-mail Tuan/Puan yang ditujukan untuk Y.B. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini. Untuk makluman Tuan/Puan, mesyuarat terkini bersama wakil syarikat Talam Corporation Berhad (TCB) telah diadakan di Jabatan Perumahan Negara pada 19/5/2010. Tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan projek-projek bermasalah yang dimajukan oleh syarikat ini termasuk projek Lagoon Perdana Blok 1, 3, 7 dan 8.

Berdasarkan maklumbalas yang diberikan oleh wakil TCB, kerja-kerja pembinaan untuk Blok 1,3 dan 8 telah siap. Akan tetapi terdapat wakil TCB memaklumkan terdapat dua isu utama yang masih belum diselesaikan untuk projek ini sebelum Sijil Kelayakan Menduduki boleh diperolehi. Dua isu utama yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

1. Isu kedudukan pemasangan meter bacaan bekalan elektrik

Wakil TCB memaklumkan pihaknya sedang berurusan dengan syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menyelesaikan isu kedudukan pemasangan meter untuk setiap unit bagi projek ini. Berdasarkan maklumbalas daripada TCB juga satu perbincangan lanjut akan diadakan antara Adun Subang Jaya, pihak TNB dan TCB berkenaan masalah ini.

2. Isu bayaran wang sumbangan kepada pihak MPSJ

Wakil TCB memaklumkan pihaknya sedang berurusan dengan pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi menyelesaikan isu bayaran wang sumbangan yang masih belum dijelaskan kepada MPSJ. Rayuan sedang dibuat oleh TCB supaya pihak MPSJ dapat mempertimbangkan pengecualian ke atas syarat tersebut. Wakil MPSJ yang turut hadir juga memaklumkan keputusan rayuan tersebut hanya boleh ditentukan pada mesyuarat antara ahli majlis kelak.

Sebagaimana Tuan/Puan sedia maklum, kemajuan kerja untuk blok 7 masih belum bergerak. Melalui maklumbalas TCB, pihaknya akan mengadakan perjumpaan bersama semua pembeli untuk blok 7 ini bagi memaklumkan status blok ini dan pelan tindakan yang hendak ditawarkan kepada pembeli.

Melalui beberapa siri mesyuarat yang telah diadakan di JPN, pemaju memaklumkan punca utama kelewatan menyiapkan rumah untuk projek ini adalah disebabkan masalah kewangan.

Sebagai langkah pencegahan, JPN telah mengambil langkah supaya syarikat pemaju ini disenaraihitamkan bagi sebarang permohonan untuk mendapatkan lesen pemajuan perumahan yang baru ataupun sebarang pembaharuan ke atas permit iklan dan jualan. Ini untuk mengelakkan lebih ramai rakyat membeli rumah ini ataupun menghadapi masalah kegagalan mendapatkan rumah yang dibeli ke atas projek-projek yang dilaksanakan pemaju ini.

JPN memandang serius terhadap kelewatan penyiapan dan seterusnya penyerahan rumah ini kepada pembeli oleh pihak pemaju.

Usaha-usaha JPN ini adalah tertumpu kepada satu tujuan utama iaitu untuk memastikan projek perumahan ini dapat disiapkan oleh pemaju dan diserahkan kepada pembeli rumah tanpa melibatkan implikasi perundangan yang lebih kompleks.

JPN sentiasa mengambil segala tindakan dan usaha selaras dengan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 demi menjaga kepentingan pembeli rumah. JPN juga akan terus memantau projek ini sehingga disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan oleh pemaju ini. Pihak kami juga memohon maaf di atas kelewatan menyediakan maklumbalas pertanyaan Tuan/Puan berhubung projek ini.

Sekian, terima kasih.

~ melalui email ~
Ir. LAI LIANG KOONG
Pengarah
Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta
Jabatan Perumahan Negara
Tel : 03-20874602

(Dipetik daripada Blog Hannah Yeoh-wakil rakyat Subang Jaya)

  • Kalau bagi kat talam tanah strategik pun jadi hampess.. patut la saya duk pelik apsal hartanah ni tak popular.. takkan sunway punya property macam nih.. rupanya..

  • saya lah slh sorang yang msh bersedih smp sekarang.. pembeli blok 7 yang hanya naik smp tingkat 5 je tu smp skrg. menanggung hutang je lah dah 7thn..ingat nk mula invest la plk, ada modal skt2..blh bantu tak???

  • kami pun terima nasib yang sama…dah la tak dapat apa..fight pun tak guna hanya dapat balik deposit rumah je..tapi dah 9 tahun nak beli / hutang loan ngan bank pun dah tak bleh..komitmen dah tinggi..sampai lo ni duk sewa rumah lagi…

    Dugaan..DariNya…

  • >