Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Otak Tersumbat di Sinki Apt Sri Nilam

AMPANG:

Hanya kerana sinki tersumbat, tiga beranak dibelasah, ditumbuk dan ditetak jiran dalam kejadian di Pangsapuri Sri Nilam Bandar Baru Ampang di sini.
Dalam kejadian serangan tengah malam itu, seorang wanita pengsan akibat terkena tumbukan di muka manakala anak lelakinya ditetak dengan parang ketika cuba menyelamatkan ibunya manakala anak perempuan mangsa dilanyak lima wanita yang juga jiran mereka.
Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah malam Isnin lalu selepas anak lelaki mangsa yang berusia 20-an yang ketika itu berada di rumah dimaklumkan adiknya yang berusia 20-an dibelasah lima wanita di tingkat bawah pangsapuri berkenaan.

“Anak lelaki mangsa bergegas ke tingkat bawah pangsapuri untuk meleraikan pergaduhan itu.

“Namun, sebaik menghampiri jirannya, dia ditumbuk seorang lelaki secara tiba-tiba menyebabkan keadaan menjadi lebih kecoh,” katanya.

Sumber itu berkata, melihatkan keadaan yang tidak terkawal, ibu dua beradik itu yang berusia 40-an kemudian campur tangan untuk menenangkan keadaan, namun dia menerima nasib sama apabila diserang dan ditumbuk sehingga pengsan.

“Melihat ibunya pengsan, anak lelaki mangsa cuba membantu mengangkat wanita itu yang luka di muka dan tidak sedarkan diri.

“Bagaimanapun, pada masa itu, seorang lagi ahli keluarga jirannya tiba-tiba menyerang dengan menetak kepala dan bahagian belakang mangsa,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, keadaan mula menjadi tidak terkawal apabila dua keluarga berjiran itu bergelut sebelum dileraikan beberapa penduduk pangsapuri terbabit.

“Anak lelaki mangsa bernasib baik kerana walaupun ditetak dengan parang, dia tidak cedera serius, manakala ibunya sedar sejurus kemudian.

“Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan kerana tidak puas hati tindakan jirannya yang dianggap ganas,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca rasa tidak puas hati jiran mangsa berhubung paip sinki yang tersumbat sehari sebelum pergaduhan.

“Jirannya yang tinggal di tingkat bawah tidak puas hati kerana mendakwa paip sinki yang tersumbat itu berpunca dari rumah mangsa.

“Pada mulanya hanya berlaku pertengkaran mulut, namun sehari selepas itu ahli keluarga jiran mangsa yang terserempak anak jirannya di kawasan pangsapuri berkenaan lalu menyerangnya,” katanya.

Beliau berkata, selain itu pergaduhan tercetus kerana sebelum ini kedua-dua keluarga terbabit saling kata mengata.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa pergaduhan itu. “Kami sudah menahan tujuh individu yang mempunyai hubungan keluarga dipercayai terbabit kes berkenaan untuk membantu siasatan.

“Semua mereka masing-masing lima wanita dan dua lelaki, sudah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini (semalam) selepas diambil kenyataan,” katanya.

Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

p/s: aku rasa otak mamat tu yang tersumbat kat sinki tu…..korang rasa ?? Apa tips untuk mengelakkan perkara ini berlaku ?

  • First day renovation apartment aku
    kene sound dengan brother dok rumah bawah.
    dia ketok pintu dengan pakai kain pelekat..
    dah la pusat mcm pusat bandaraya.. hahaha
    boroi hitam plak tu..haha.. tak bagi salam ketok2x je terus nak sound2x aku.. dah petang ni dik.. org balik keje nak rehat!! walhal baru pkl 4.30pm hari sabtu..so aku suruh bangla2x stop cabot parkir..esoknye plak ahad bangla wat keje .. brother roi tuh naik ketok lagi.. alo dik today is sunday .. rest day katenyerr.. org nak rehat.. ok aku suruhla bangla tuh balik.. isnin sambung .. wat keje cm biasa..sebulan lepas selesai sume.. aku baru balik tetiba aku nampak brother roi tuh tgh dok mengetok pintu rumah aku.. aku tanye la peciter bro ?? terus tuduh aku buat kerja hari ahad ? aku cakap alo braderr yg buat keje tuh bukan rumah saya .. maby org sebelahkot.. terus blah buat muke seposen .. dahla ketok mcm nak pecahkan je pintu akutuh..hampeh tol.. ade la sekali tu rumah dia plak pasang tile.. indon buat hari ahad sampai waktu azan mgrb .. tak berhenti2x… aku sound dari atas je !! woiii!! magrib ni!! hahaha.. terus stop.. hahahah puas hati aku !! the moral of the story.. ini adalah rumah apartment aku yg terakhir!! serik doll!! my target now is landed house !!

  • kat umah aku org bertukang kul 2 pagi pun ada… rumah landed ni 2 tingkat.. maleh la nak bising.. kang kot2 org belah kiri tak ngaku.. belah kanan tak ngaku.. kot2 jiran2 ghaib yg punya keje.. tak tido plak aku sampai pagi..

  • Ini kawasan tempat tinggal yang paling ramai pencurik, serik aku dok sini, baru je duduk dah macam2 benda kena curik, terutamanya motor dgn kereta, curik itu sikit curik ini sikit, tayar moto pun kene curik, ingat org parking kat bawah tu tempat korang carik spare part?

    baru2 ni plak ade kes pecah rumah, besenye bukan org luar, jiran2 jugak, yep, mase untuk berpindah, black area ni

  • >