Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Satu Solution Terbakar

Penafian : Posting ini dibuat untuk menjelaskan perkara-perkara yang kabur dan mungkin orang luar yang tidak memahami isu sebenar akan menganggap benda yang bukan sebenarnya berlaku. Ini bukan untuk mewujudkan persengketaan tetapi lebih kepada perbincangan/penerangan. Dan pada masa posting ini ditulis, isu tersebut telahpun diselesaikan. Muafakat membawa Berkat. Tidak digalakkan “batu api” membaca posting ini. Ribuan maaf diminta sekiranya ada yang terusik atau terasa.

_______________________________________________________________________________

Sejarah Satu Solution: (akan dibuat pada posting akan datang)

Ringkasnya – Penubuhan Satu Solution ialah pada tahun 2007 oleh tuanbri ketika tuanbri masih lagi bekerja di Firma Audit Luar di Kuala Lumpur.

Apabila bertemu dengan En. Faris, tuanbri menyuarakan idea untuk menyediakan khidmat perundingan Hartanah Lelong, untuk membantu orang membeli rumah lelong.

2 orang ini bertungkus lumus memberikan khidmat yang terbaik ketika era penubuhannya. Saudara Pie2020 pun menyertai Satu Solution selepas itu.

Point no. 1 :

(PIE2020) Aku terpanggil utkk buat posting nie kerana ada di kalangann rakan yang tanya sama ada aku masih dalam satu solution atau pun tidakk ….. seperti yang aku cite dlmm posting sebelum nii … aku ada suara kann keinginann aku utkk keluar darii situu …. dann tak lama selepas tuu … aku dengann rasmi nye keluarr setelahh aku signn director resignation form  darii companyy secretary. ……

(TUANBRI) Idea untuk menubuhkan Sdn Bhd adalah idea PIE2020 dan tertubuhnya One Solution Corporate Services Sdn Bhd, dipersetujui oleh Faris tetapi bukan aku. 2 lwn 1. Still kita proceed dengan Sdn Bhd walaupun aku tidak bersetuju. Tujuan utama (PIE2020) ialah utk buat LOAN di masa akan datang dan Semua nama Partners ada dalam Company. Sebab = Satu Solution ialah milik penuh tuanbri.

Pada mesyuarat yang Pertama One Solution Corporate Services Sdn Bhd, Pie datang ke pejabat Cheras dan menyatakan hasrat menarik Diri. Dan tak jadilah mesyuarat kali pertama tu. Sebab terkejut dan agenda yang telah dirancang, kena ditukar semula.

Point no 2 :

(PIE2020) apa yang aku nakk ulas ialah sumbangann aku masa company baruu baruu setupp …di mana aku sama sama turun padangg  buat kerja kerjaa baik pulih rumahh …. cuba naik kan saless utkk orang orang yang perlu kan perkhidmatannn beli rumah lelongg …..jadii runner pegi bidding lahh .. pegii tgkk rumah .. survbeyy rumah … dann lain lainn scope yang di cover oleh companyy  ……nak tauu detaill nye .. boleh je refer pada posting aku yang sebelum inii …. bykk aku shareee rumah rumah yang kita org buatt baik pulihh ….. tak kira lah wiring kee .. pasang lampu .. pasang kipas kee … atauu tampall tiles keer….. kalau takatt cuciii tu tak yah nak cakapp .. entah berapa rumah kitaorg pegi cucii ……nak tauu lebih lanjut sila lah selakk posting aku yang lepas lepas tu … siapp dengann gambar gambar sekalii bagai mana kerja kerja ground di lakukann sendiri ……

(TUANBRI) Apa yang aku dan Faris dah discuss dan selak posting lama, ada 12 jobs (minimum) yang melibatkan PIE2020.

Tiles – Rumah MatJoe sahaja

Cuci – Hampir kesemua (sekali dengan Tuanbri dan Faris buat kerja)

Pasang Kipas- Hampir kesemua (sekali dengan TB dan F)

dan lain lain.

Point No. 3

(PIE2020) since akuu joinn  ss sampaii lahh aku keluar dariipada jadii directorr…. aku tak pernah tegokk company punya cashh floww …. berapa incomee dapatt … berapa duit keluar ……. berapa overhead …..rasa nye takde overhead sgt kott pasall gajii pun takdee ….bab invoice dan jugakk terima payment darii customer bukann  kat aku ….. cuba semak semak balik  ada tak pembayarann upahh aatauu pun gajii dalam setiappp kerja yang di lakkukann oleh directorr ……. hehehehehe … aku rasa takde lah pasall aku tak pernah dapat apa apa payment pun dapat company sepanjang aku jadii director ……satu sen pun takde pada hall duit minyakk kena byrr yoppp nak pegii repairr rumahh ….nak makan pun kena pakaaii duit gak yopp …. hehehe …

(TUANBRI) invoice semua ada dalam file kat office.  Cuba tanya aku dan Faris berapa pulak upah yang kita dapat sepanjang kita bertiga buat kerja ?

Perlu diingatkan ! Semua keuntungan dilaburkan kepada :

Penubuhan Sdn Bhd : RM1,400 (Sdn Bhd ini akan diliquidasikan kembali. Siapa nak beli ?)

Penyewaan Pejabat : RM3,200

Aircond Pejabat dan Peralatan-peralatan pejabat, Carpet, Partition : RM15,000 (anggaran)

Jumlah setakat ini IALAH RM19,600  ……..hehehe….agak-agak korang, setakat upah cuci,pasang kipas dan lampu, runner pergi bidding, survey rumah …boleh ke kumpulkan jumlah sebegini banyak dalam masa 9 bulan ? (RM2,177 sebulan untung bersih diperlukan, banyak jugak kan ?) Korang pun tau kitaorang tak charge korang mahal seperti orang lain kat luar sana….

Overhead tak ada ? Renungkan kembali.

Sewa Pejabat (satu bilik dikhaskan untuk disewakan kepada KOPERASI HARTANAH SELANGOR BERHAD selama 6 bulan tanpa sewa),

Eletrik, Air, Telefon, Internet. (Monthly almost RM1,500). Gaji memang tak ada sebab tak ada staff lagi. Benda yang dah lama aku suruh faris settlekan.

Point no 4 :

(PIE2020) apa yang aku nak highllight kat sini ada rumah yang kita  org jv hasilll darii collection ….aada lah kena top up  duit sendiri masa beli rumah tersebut di  flora damansara …. sehingga hari ini aku masihh tak dapat sewa ….. berapa sewa nye.. berapa monthlyy kat bankk …… bila di tanya  kat brii … kurang pastii pasall faris yang jaga…. heheheheh ……. rumah tuu beli darii lelong … sudah tentu sewa lebihh darii  monthly kat bankk …….entah berapa bulann rumah tuu di sewa …tiada info di update kat aku selakuu pemegang share dalam properties tu ….

(TUANBRI) Pembelian rumah tersebut (Flora Damansara) adalah Rumah Satu Solution, bukan projek JV/USAHAMA. Beli pun guna loan NAMA aku. Boleh check balik posting lama-lama, seingat aku Tak pernah disebut sebagai Projek JV. Rumah ini dibeli untuk menyalurkan pendapatan kepada Syarikat.  Duit yang semua partner kena TOP UP ialah Legal Fee SAHAJA (dalam RM1,5,00 seorang).  Sebab duit Syarikat dah Kering pada masa tu. Semua +ve cash flow adalah untuk kegunaan Syarikat. Nak kena update info ?

Survey Rumah – Faris dan Tuanbri

Bidding – Faris dan Tuanbri

Pecah Rumah – Faris dan Tuanbri

Carikan Penyewa – Faris dan Tuanbri

Point No. 5

(PIE2020) aku malas nak ulass lebih lanjutt lagi lahh… pepandaii lah korang  kira  dann update pada aku …. yang terbaik ialah value kann rumah tu …. berapa different dia dengann full settlement sekarang .. dann kira lah portion yang akuu patut dapat ….. biar lahh  company yang belii portion aku tu …dikalangann korang pun ada accountant dann audditorr … mestii lebihh ariff berkaitan dengan benda camm niee … .. pasall nama jee jv tapii incomee takde pun dapat kat aku …. at leastt update aku lahh kalauu yer punnn sewa tuu lebih kurang dengann installment bankk …..tak de pun juall saja rumah tu ….aku tak tau ada  usahha nak juall rumah  tu kee tak pasall tiada sebarang info sampai kee aku ….. no newsss .. umpana menungguu bulan jatuh ke riba…….

(TUANBRI) accountant dan auditor tu merujuk kepada aku sorang sahaja. Faris dulu belajar Geologi. Jadi aku dah buat keputusan untuk mejual benda yang menjadi isu (Flora Damansara) dengan Harga RM100,000. Sudah ada pembeli.  Tunggu je settle, aku akan make sure duit tu dapat kat PIE2020, tuanbri dan Faris selaku pemegang Share dalam Syarikat.

Sekali lagi aku perlu ingatkan! Rumah ini BUKAN JV/Usahama tetapi Rumah Syarikat. Mana ada syarikat kat Malaysia ni yang jual rumah bila Direktor resign ?

(PIE2020) tu je lah aku nak sampaii kan … pasall aku ada suara kann benda nie kat brii  dan sekarang ini aku masih menungguu respond dan feedback darii side korang….. kira balik portion  rumah  yang di jv tu …. thenn propose kat aku lahh …. kalau pasall gajii dann income company sebelum aku tuu tak di kira aku tak kisah lerr … takde masalahh ……. apa pun aku nakk ucap kann good luckk pada ss … semoga lebih integrityy  …apa yang aku tulis harap dapat di terima secara professional … no heart feeling…. sebab aku suara apa yang aku rasa berhak dapat … tu je lah…. . chowww…

(TUANBRI) aku harap dengan selesainya masalah ini dengan cara baik, persahabatan semasa kita dikekalkan seperti dahulu. No heart Feeling. Diterima secara profesional. Thanks for the good luck.

Kunci Kira-kira Flora Damansara

RM
JUALAN
Harga Jual 100,000
KOS RUMAH
Harga Beli 81,000
Lawyer fee 4,000
Repair-tombol,paip dll 85
Wiring-lampu,kipas 680
Tiles-1st time 350
Tiles-2nd time 350
Grill 900
Exit Penalty-Loan 5,000
JUMLAH KOS 92,365
UNTUNG 7,635

Pembahagian Keuntungan

% RM
Pie 30 2,290
Faris 30 2,290
Tuanbri (Sebab guna nama aku) 40 3,055
100 7,635

Akhir : (Pembayaran dalam masa 6 bulan-Bila Bank Purchaser Disburse)

PIE Faris Tuanbri
Kos Tubuh Sdn Bhd (1,084) (1,084) (1,084)
Deposit FD     (8,100) 2,700 2,700 2,700
Untung FD   (7,635) 2,290 2,290 3,055
BERSIH 3,906 3,906 4,671
  • alhamdulillah.. selesai sudah @ win-win situation.. apa yang berlaku jadikan pengajaran… bisnes is like that… ‘overhead’ ter’makan’ gaji directors.. apa-apa pun GOOD LUCK to all!

  • alhamdulillah..dah terang apa yg terjadik..
    kadang2 org kat luar nun..ada mcm2 versi..yg A pun ada, yg B pong ada..yg C pong ada..mcm2..

    org kadang2 suka laga2kan..nak tengok hanpa bertiga dok jatuh tergolek..biasalah…sesama kita..ada yg nak bertikam sana sini..kena byk sabar..nie lar lumrah kehidupan..

    p.s : tuan bri..kawan ada menda sket mau tanya..iaitu :
    1. ari tu ada calling2 henpon kawan kan?apa citer bro?
    2. sori tak dapek pegi jamuan raya ari tu…eden dah siap2 dah…dah otw dah..last2 baru nak kuaq broga..abg ipar den calling..kata kena bawak mak mertua eden g nilai…hampeh!!!
    3. kawan nak guna service demo g bidding nie…tp kawan tak dapek open mana2 auctioner..sebab opis kawan kena block…bleh ke kawan mintak demo uruskan proses biding?

  • Alhamdulillah..
    feedback yang baik..insyaAllah memuaskan semua pihak terlibat..(cadangan kawan,..jika ada kemuskilan,..tulis email dah la kut..lebih manih)

    Pengalaman dan ceritera yang baik untuk jadi pedoman dan tauladan rakan taulan semua..
    kawan sendiri pun, ada pengalaman sebegini..maksudnya, tak put black n white on certain things…dihari muka,..mungkin ada benda yang mis-interprete dan tersalah faham..

    Pengalaman kawan yang terburok,..ada 2..
    1. Sebelum jumpa BJ dan aktiv berforum/TT..beli cash tanah lelong guna nama wife partner..tak sempat caveat..depa ada masalah rumah tangga,..wife dia jual,..>> Partner lepas tangan!!kawan melopong!!
    2. JV dan documented agreement utk xtvt biz.. berjaya..tiap bulan masyukk..tetiba,..cash flow sangkut..salah sorang partner yang jadi manager, tak leh nak kasi CF statement dan P&L bulanan (bukan tahunan,..kami update setiap bulan!! kecuali 3 bulan terakhir + 2 bulan waktu pening..).. >>Cabarannya,..hingga sekarang partner sorang lagi tak boleh kasi statement macam yang TnBri kasi kat atas tuu.. Camano?

    Apapun tahniah kat korang ber3, kerana berjaya lalui saat cabaran nii..

    Jz 2 share..

  • aku baru jer nak menafikan yang tidak mebawa sebarang bahan letupan, mahupun lighter mahupun mancis sewaktu dtg ke open house satu solution sabtu lepas. dgn kata lain aku tidak bertanggungjwap pejabat satu solution di bandar seri permaisuri hangus dijilat api.

    bila baca content, baru aku faham the actual content. tahniah bri, ko dah bijak bikin tajuk yang ‘tak boleh blah’ ahahaaa

  • Update INFO :

    daripada Company Secretary :

    Bill: S1082 (fr resignation director n trasfer of shares ) is RM305.50,
    Bill S1107 (fr secretary fee fr july to Sep 2010) is RM157.50.
    total payable will be RM463.00.

    Fee to strike off the company is RM1,200.00 (all inclusive). If you have any inquiry, please feel free to contact me.

  • wowowww… detail from A to Z… harap lepas ni buleh tutup kes.. nak bukak kes pun elok calling2 jer..

  • telus sungguh.. thanks for sharing esp. untuk pengajaran semua orang… re duit ni mcm2 boleh terjadi..

    all u 3 guys mmg terbaik.. all da best 🙂

  • Setuju rasanye jika penerangan ini dibuat direct ke email diantara shareholder or perbincangan face 2 face or table talk . Ada pro and con disini.. mungkin imej satu solution perlu dipertahankan oleh saudari bri .. kami juga belajar dengan pengalaman ini. good luck for Satu solution..

  • matjoe..aku rasa akulah yg last skali isap rokok kat opis. harap2 tiada tuduhan liar lak..risau ni. apepun rokok pun dah naik..sama2 kita mencari pasif inkam cover mana2 yg patut. terbaaiekkk utk suma^_^

  • kesian pun ada aku dengar…kekadang kita kena fikir banyak kali sebelum mengeluarkan apa2 statement..kot2 terkena balik.Nilai betul2.

    harap tiada yang terasa hati..walaupun damage is done..

  • ok bri … thank you for the update…

    baruu aku nampak kira kira nyee. …tq tq …

    bri … pasal keuntungann syarikat yang dilaburr balik utkk beli assett asett opis …..yang ituu tidakk diambil kira sekira nye director tarik diri ….

  • lupa lak … sewa FD since bila… dann monthly installment kat bank berapa ..kalau ada positive cash flow nye .. perlu di masukkan….

    ada mention katt atas kee .. atauu aku yg terlepas pandangg … ehehehehe

  • terkejut aku…ingatkan betul2 la opis satu solution terbakar….rupanya ‘terbakar’ hehe….tape sekarang api dah tade pun…dah sejuk dah….

  • salam,
    tuan bri aku rasa ko xyah la jual FD tu. sayang la sbb untung rendah bangat. ko cuma cari duit tuk bayar pie2020 je la. maknanya aset jadi SS punya

  • agak2 FD masih boleh naik harga lagi tak? aku musykil ni apsal pj trade centre tu macam tak hidup2 lagi…bangunan skit punya besar, tapi macam tade orang…permintaan untuk FD pon cuma ada kenaikan sikit je…

  • bri aku setuju gak dengan pendapat 5zal tu.sayang la nak jual aset company tu.sebabnya ss masih hidup.cuma pie je yg dah resign.so korang cuma perlu cari cash je utk bayar pada pie.setel.untung pun kecik je kalau jual.bukan kah niat asal beli rumah nih untuk menyalurkan pendapatan kepada company?jangan kan marah nyamuk, kelambu di bakarnya.itu pendapat aku je la.apa2 pun buang yg keroh amek yg jernih.gd luck ss n pmc.

    p/s: peringatan pd diri aku,berhati2 kalau nak cakap@type sesuatu, nanti terkena batang hidung sendiri.MALU.

  • perbetol sikit

    terbakar rumah nampak asap, terbakar hati siapa yang tau…. ( perbetol tu jer.. sorry yer )

    lambat pulak la nak buat seminar kalau benda ni belum selesai kan??..

  • TQVM Tn Bri kerna beri satu real case study ttg JV yg bole kita buat renungan/muhasabah..X bole pertikaikan lagi integriti seorg akauntan/juruaudit terlatih ini..Mungkin Tn Bri bole bagi kursus akaun/kewangan/directorship/partnership bagi yg baru belajaq JV ni..At the end, apa yg penting? kerjasama/ukhwah sesama kita..

  • begini rupanya cerita.. macam2 yg berlaku.. harap masing2 dapat maju kehadapan selepas apa yg berlaku. terima kasih berkongsi cerita.. boleh dijadikan pengajaran kepada semua.

  • bila JV ni kena ade meeting/face to face once a week atau once every two weeks.

    bincangkan secara jelas, ape yg tak jelas, ape yg tak puas hati, apa yg rase dah jelas tapi sebenarnya belum jelas. emphatic listening baagus untuk dipraktikkan , read 7 habits of highly effective people.

    jelas, JV ni bukan mudah tapi bukan impossible. bukan teori tapi praktikal. cume kadangkala bile things going rough, we forget benda BASIC. BASIC things ni melibatkan face to face, straight talk and things alike.

    satu satu bisnes kalau tak bermasalah, takkan berjaya. lagi besar masalah, lagi besar kejayaan di mase depan. contoh byk dlm sejarah sile bace dan kaji sendiri.

    good lak to SS. buat bangsaku, teruskan bergaduh dan terus berusaha ke arah kaya kaya kaya. amin

    • hehe…Joko, ini dah kes lama…macam agak basi sikit..

      tapi elok untuk dijadikan pengajaran…

  • tn bri, saya punya kes tak selesai lagi. saya hanya perlukan resit dari tuan untuk unit tiara beach A1-11. pembayaran dibuat sekitar dec 2010. sila hubungi saya. nampaknya saudara ada history tidak baik ni. sebagai client tuan, saya masih lagi kecewa. tk.

  • >