Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Tanah Aku kena curi!

Masih ingat lagi tak korang pada kes yang ini ?
Pelabur yang tamak haloba – Part 1
Pelabur yang tamak haloba – Part 2

Kes yang korang akan baca merupakan satu kes Landmark..hakim pun bergaduh sesama sendiri pasal kes ni.

Bunyinya macam ni……

Nama kes : Boonsom Boonyanit v Adorna Properties Sdn Bhd [1997] 2MLJ 62

Siapa Boonsom Boonyanit (BB) = pemilik kepada 2 bidang tanah di Penang.
Apa Kes ? = tanpa pengetahuannya, tanah miliknya ini telah di pindahmilik oleh seorang yang menyamar sebagai pemilik tanah tersebut kepada Adorna Properties (AP) dengan memalsukan dokumen-dokumen yang berkaitan. “Ini macam kes Peguam Banting !”

Sah ke ?
Responden (Boonsom) telah mencabar kesahihan pindahmilik tersebut yang mana telah disemari oleh pemalsuan. Dalam perbicaraan di mahkamah tinggi, mahkamah tinggi tidak dapat menentukan samada tandatangan yang tertera pada dokumen pindahmilik telah dipalsukan, mahkamah berpendapat bahawa untuk menentukan pemalsuan, tahap pembuktian adalah sampai kepada melampaui keraguan yang munasabah, dan telah memutuskan bahawa memandangkan perayu(Adorna) telah memiliki hakmilik tak boleh sangkal, mahkamah telah menggugurkan rayuan perayu ini. (BB kalah 1st round !)

2nd Round
Tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah tinggi, BB kemudian merayu ke Mahkamah rayuan, disini mahkamah memutuskan bahawa tahap pembuktian pemalsuan adalah hanya pada tahap kemungkinan yang seimbang dan mahkamah telah mendapati bahawa terdapat pemalsuan yang berlaku dalam pindahmilik tanah ini. Mahkamah kemudian menyatakan bahawa AP tidak memperolehi hakmilik tak boleh sangkal. (BB menang 2nd round !)

3rd Round
Adorna kini merayu pula ke mahkamah persekutuan, di mahkamah persekutuan,

Ada 2 isu pulak ???
2 isu yang dibawa iaitu :

Isu No 1 = tahap pembuktian bagi pemalsuan
Isu No 2 = adakah perayu (AP) telah mendapat hakmilik tak boleh sangkal?

Keputusan = Mahkamah memutuskan bahawa tahap pembuktian adalah pada tahap kemungkinan yang seimbang. Walaubagaimanapun, mahkamah mendapati pewujudan KTN telah membatalkan segala perundangan sebelumnya, dan dalam kes ini mahkamah telah merujuk kepada S340 KTN. Walaupun terbukti berlakunya pemalsuan dalam dokumen pindahmilik seperti peruntukan S340(2), tetapi AP telah membuktikan bahawa kedudukannya sebagai pembeli yang bona fide dilindungi di bawah S340(3), mahkamah memutuskan bahawa AP mempunyai hakmilik yang tak boleh disangkal di atas tanah itu, dan bukan mengambilmilik tanah itu di bawah kedudukan pemalsuan dokumen.

Tak ke pening korang ? hahaha….

Ingat senang ke nak jadi Hartawan Hartanah ?

  • haha.. kes ni la yg saya nak cerita kat blog tak habis tu.

    mmg sebelum ni boonsom kalah kes ni wpun dah merayu sampai federal court.
    tp thn ni, federal court buat pembetulan dan betulkan balik decision ni. decision kes boonsoom ni banyak bg masalah kepada undang2 tanah menyebabkan federal court terpaksa review semula.
    akhirnya selepas 13 thn, boonsom menang.

  • >