Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

70% sahaja? Bunuh diri la camni

Wah.

Harga Rumah = RM200,000
Deposit 30% = RM60,000

Loan to Value ration = 70% = RM140,000 (sahaja, bagi rumah ketiga dan seterusnya)

Hah? RM60k ? Macammana ni?

Saya beli 2 biji rumah dah tapi yg itu both low cost dan itu untuk pelaburan hartanah….beli lak daripada lelong.


Alamak abg peruzz…camne ni?

Apa pendapat korang ?

Aku percaya it kills 35% daripada buyers dalam market.

Aku still rasa boleh bergerak dalam keadaan macam ni. Lebih banyak peluang akan terbuka. Ramai yang menarik diri tetapi….

bagi mereka yang mempunyai simpanan Peluru yang Banyak, inilah masanya untuk menembak!
Ramai yang nak jual rumah akan tersangkut, dan akhirnya dengan rela hati menjual pada harga rendah.

Good luck to all developers with coming new launchers……

  • menarik ni nak tgk apa jadi pada auction market for the next few months… adekah zaman dpt 50% below market price akan kembali?

  • itula..baruje rasa nak menceburkan diri dalam bidang hartanah ni dan blajar ngan bro n matjoe..tup2 kuar pula yang ni..aduhai..patutnya yang payment cantik,maintainkan aje 90%

  • mengurangkan sedikit keroketan harga property…mgkinkah ade segelintir “desperate seller”?hehehe…

  • kita tgk je pasaran hartanah dalam beberapa bulan akan datang…aku rasa market auction akan cool down skit kot…sapa2 yang masih banyak bullet n belum start invest…time ni la nak lenjan…dem la aku baru je sambar satu rumah…tu pon agak tinggi..kalau aku tau nak jadi macam ni, konpem aku tak beli itu rumah…kasi turun lagi harga reserve dia..

  • wuhh…umah 100k = 30k….wallaaweiii….
    belum masuk fee lain2 lagik….
    nama sendiri 2..nama wife 2…
    kena tambah wife la ini macam kalu…kahkahakahhhh

  • bri, dgn ruling baru ni, risk-reward of property sebagai asset class mungkin become inferior to Bursa index dlm 2011

  • ape yg dimaksudkan dgn rumah ke 3 tu? Adakah umah yg ke-3 di beli walaupun 2 buah rumah yg pertama telah dijual?ataupun 3 buah rumah yg kita hold in one time?

  • Tuan2 semua..saya nak tanya balik….buat apa nak beli rumah lebih dari yang sepatutnya..mean yg below 100k…hidup ni jgn lah tamak…ramai lagi hamba Allah ya kurang mampu diluar sana yang tersiksa oleh sesetengah org lain yang menspekulate pasaran dan menyebabkan mereka hanya mampu tggl bawah jambatan sj…tnyalah diri kita…

  • lumrah dunia yop ada turun naiknye..pluang baik utk cool down cr harta akhirat plak. En. Jurukur..bila blh start register^_^

  • ape yg dimaksudkan dgn rumah ke 3 tu? Adakah umah yg ke-3 di beli walaupun 2 buah rumah yg pertama telah dijual?ataupun 3 buah rumah yg kita hold in one time?  

    aku pun nak tanye bende yang same

  • Saudara “..Yus Labu ..” ;

    Tuan2 semua..saya nak tanya balik….buat apa nak beli rumah lebih dari yang sepatutnya..mean yg below 100k…hidup ni jgn lah tamak…ramai lagi hamba Allah ya kurang mampu diluar sana yang tersiksa oleh sesetengah org lain yang menspekulate pasaran dan menyebabkan mereka hanya mampu tggl bawah jambatan sj…tnyalah diri kita…

    tak sangka ye.. benda mcm ni pun boleh dibuat ceramah.. kah kah kah.. komen sedap mulut je…
    Labu pernah beli rumah ke tak ni..

  • Tuan2 semua..saya nak tanya balik….buat apa nak beli rumah lebih dari yang sepatutnya..mean yg below 100k…hidup ni jgn lah tamak…ramai lagi hamba Allah ya kurang mampu diluar sana yang tersiksa oleh sesetengah org lain yang menspekulate pasaran dan menyebabkan mereka hanya mampu tggl bawah jambatan sj…tnyalah diri kita…  

    yg bwh 100k xde saper kacau yee….. yg naik harga tak ingat dunia tu semua 200k keatas….speculation takde sasar rumah kos rendah….. yg duduk kat bawah jambatan tu…kisahnya buat anak jer tau tapi tak de usaha nak naikkan taraf hidup diri sebelum buat anak…..

  • Kata² hikmah untuk mr yus labu

    ” ALLAH TIDAK AKAN MERUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU TANPA KAUM ITU SENDIRI YANG BERUSAHA UNTUK BERUBAH ”

    ” MANUSIA YANG SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN ADALAH MANUSIA YANG BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG ”

    Sekadar renungan

  • kerajaan nak elak “property bubble”.. harga rumah naik terus-menerus sebab ada proses jual-beli/refinance property yang menyebabkan harga property melambung.

    Dulu, Pelabur yang ada modal, terus boleh buat loan 90% atau 100%.. dan jual balik atau sewakan untuk dapat return. Tapi dengan sekatan baru ni, pelabur yang ada cash saja ada advantage, yang harapkan loan kena “pikir” lebih sikit macam mana nak beat the system.

    kita tengok macam mana… mesti ada cara 🙂

  • x pe..x pe..ini bolehkasi ruang kepada yg ada byk cash… nk beli penara pun yg 70k kena ada 25k beb..dgn lawyer fee semua…

  • jangn bunuh diri lah…rugi… erte dapat kat orang lain… kasi kerat jari jer cukup… kutip insurances…wahahaha.

  • uncle Dodi – ada jumpa cara ?
    cengkok-kau boleh la..
    aizam&joefizi-3 rumah at one time dalam ccris
    nina-baru start, kenapa jadi masalah?
    helmy,semang,helmo-thanks!

  • bri.. abg peruzz tuh merujuk kepada aku ker??
    awek mane pulok nih… paparazzi betull…

    pasal rumah ke 3 – 70%..wa tunggu dan lihat aje..

  • peruzz-itu member penyewa FD kau. Yang aku tolong carikan tu….

    babuG-tambah lagi la kot…hehehe

    matjoe- more or less, kena tunggu sampai Januari baru nampak Siapa siapa

  • Ada 3 situations;
    1) Rumah Lelong : Harga bubble tak applicable pasal harga dah ikut market. So, sektor ni patut tak yah la kenakan 70%-30%. Lagipun bank kasi 90% of the RP/final price.

    2) Rumah Subsale, valuation report ka ada, orang waras (investor) takkan beli lebih dari MP.

    3) Rumah baru – flipping: Yang ni je yang sepatutnya kena. Itupun kena tengok price;Orang flipping mesti tgk harga yang 500k ke atas.

  • member kimie erk?? diorg duk satu rumah ker?? aku sendirik pn dok amberk port pasai2 awek nih.. hahaha..

    bile buleh lepaq2..mau curik idea dari sifu bri nihh..hehe

  • Yus Labu : Ramai ke orang yang duduk bawah jambatan?
    Ramai ke yang tersiksa dengan spekulasi? Boleh bagi contoh? Tak boleh ke beli rumah lebih dari satu, dua atau tiga atau berapa2 sekalipun? Berapa rumah yang awak syorkan sesuai untuk dimiliki oleh setiap orang?

    Jika rumah terlelong dengan harga yang murah, let say, 40k, dan harga pasaran 80k, (ya.. harga pasaran 80k), soalan saya, apa bezanya kalau budget kita nak beli pun 80k juga, dan kalau kita beli subsale, kita akan beli pada harga 80k dan kalau kita beli dari lelong, mungkin (ya.. mungkin) kita boleh dapat murah sedikit? Kalau orang yang kurang pendapatan, beli dari subsale di tempat yang sama juga, dia kena beli pada harga 80k juga kan?

  • Saudara “..Yus Labu ..” ;tak sangka ye.. benda mcm ni pun boleh dibuat ceramah.. kah kah kah.. komen sedap mulut je…Labu pernah beli rumah ke tak ni..  (Quote)

    Salam…En Remy…maaf ya..x berniat menyinggung sesiapa…sekadar menyibuk blog ni..napa tanya sy dah beli rumah?…Jika sy katakan sy ada property@rumah & tanah & lot banglo ~Rm800k di Lav Hgts, Senawang dan Labu u percaya x??

  • Salam…Ni komen dr MATJOE….Apapun tahniah dan terima kasih ni adalah ikhlas dari aku untuk bank negara, walaupun aku tak boleh nak tambah beli rumah dalam masa terdekat ni, aku lebih suka hati nak lihat hari hartanah di Malaysia ni kembali stabil. Aku SANGAT SANGAT SANGAT tak puas hati bila harga rumah teres 2 tingkat unit tengah harganya rm600k . Memang sangat2 overprice. Kalau tengok harga nak jual banglo di area Bandar Utama, ada yang mencecah 10juta. Serius aku hangin tengok harga ni.
    Tengok pasaran lelong pun sama, baru2 ni sebuah unit pangsapuri Cemara terjual pada harga 150k yg mana harganya sangatlah mahal berbanding build up cuma sekitar 800 sqft.>>>

    p/s Saya bukan investor @ pro gov, perhatikan jika situasi sekarang tidak di bendung…yang susah org kita jg nanti…

  • Yus Labu – Siapa Mat Joe untuk mengatakan Harga Rumah Teres 2 tkt Overprice ? (bukan utk memandang rendah kepada MatJoe, itu luahan peribadi dia.

    Aku pun agree.

    Kenapalah tanah di Bukit Bintang Mahal nak Mampus sampai aku tak boleh nak beli? Patut harga tanah di Bukit Bintang sama dengan harga tanah di Semenyih.

  • sekadar pandangan.. bagus juga polisi tersebut. Cuba bayangkan yang kita ni 1st time buyer, kerja di lembah klang, dengan harga rumah yang melambung tinggi, pasti lebih menyukarkan pemilikan rumah. (kalau tengok luar KL takde lah seteruk ini).

    tak salah nak miliki rumah lebih dari satu, seperti memiliki isteri lebih dari satu, yang penting mampu. tiada siapa yang boleh mengawal hasrat mengmpul harta, walaupun kesannya amat parah kepada orang lain. Jadi pihak authoriti lah yang perlu mengambil peranan.

    Sub prime krisis di eropah dan us dan terkini krisis ekonomi ireland yang disebabkan oleh “buih hartanah yang bocor” perlu menjadi pengajaran.

  • >