Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Aduan Rakyat (3) – Akan Bankrap

Lokasi : dirahsiakan

Jantina : Perempuan (tengah mengandung)

Isu : Tertipu dengan Syarikat Pelaburan Syahirah

Perbualan :

Saya nak mintak pendapat sbb dah desperate dan teraniaya…. saya & adik saya ni actually terlibat dalam invesment property Company syahirah by Raja samsul.

Konon beli rumah tak payah bayar..

diorang yg akan bayarkan. last2 tertipu gak, company dia bankrap kitorang plak yang tanggung hutang kena bayar duit rumah tu. actually masa tu saya pun naive lagi. adik sy baru grad, start kerja. saya pulak bar kawin, husbnd pun baru kerja masa tu. so macam tertark cari duit lebih lah.

yang introduce tu plak sepupu.. hampeh.

skrg kitorang yang merana…

Pendekkan citer saya ada 3 loan housing dgn 3 bank akibat dari investment dgn syahirah tu..

1 bank (BANK A) dah nak issue saya bankrap. 40 bulan dah tak bayar. skrg ni mmg x de cara lain saya redha aje lah bankrap tu. kalau kena bayar balik tolak RM100 sebulan laa sampai mati agaknya. Memang saya tak halalkan duit loan bank yg dah release ke Raja samsul tuh… victim.

skrg ni sy dah transfer semua duit simpanan. kereta pun buat refinance guna nama husbnd.

cuma 1 aje.. rumah saya di Shah alam 2, puncak alam. Bayar cantik, tak pernah miss sbb buat SI. dah 8 tahun bayar. loan dgn bank 110K. kalau boleh saya nak jual rumah tu ASAP. at least dpt selamatkan duit tu, nasib baik saya tak pernah keluar duit epf utk cover loan rumah. walaupun rumah saya tu bayaran cantik, sy dpt tahu bank tpaksa gak lelong rumah tu kalau saya dah bankrap. mungkin tambah lagi satu hutang sy dalam JIM nanti. so ingat nak jual jugak sebelum terlambat.

Masalah saya, (BANK A) dah nak bawa nama saya ke JIM. kiranya saya bakal dapat notice of bankrupcy dalam masa terdekat nih. pas tu ada 6 month lagi sebelum betul2 bankrap.

PERSOALANNYA :

– boleh ke saya jual rumah tu. ingat masa petition kat court nanti saya nak mintak hakim extent sebulan -2 lagi declaration bankrap saya tu, so that saya boleh settlekan jual rumah tu. lagipun sy dpt tahu pasal bankrap ni masa dah dekat2 nak bersalin. Saya tengah tunggu hari nak bersalin ni, tak sempat buat ape2… so dah waste time 2 bulan plak sbb berpantang. so masa tu may be hakim boleh consider gak.

– org BANK A suruhh bayar 5K untuk extent saya punya notice of bankrupcy tu. tp sy plak dah reserve 5K untuk bersalin nanti. saya may be bersalin operate. adoiuii macam2 dugaan.. sampai saya tak boleh tidur mlm. lupa yang saya ni nak bersalin tak lama lagi. sbb tu skrg ni sy redha aje kalau kena bankrap pun. cuma kalau boleh saya nak selamatkan rumah saya tu aje. sy tak duduk situ, rumah tu ada penyewa, bayar RM350 sebulan.

Tuan bri ada cadangan tak macam mana saya nak selamatkan rumah tu. maksud saya jual rumah tu & get the money back sebelum saya diisytiharkan bankrap & tambah hutang lagi bila maybank pun terpaksa lelong rumah tu.

terima kasih banyak tuan bri.. saya ni mmg desperate.. org teraniaya macma tu lah..

Hanya Allah yang boleh balas budi baik tuan, yang iikhlas membantu orang teraniaya mcam saya ni…

Terima kasih.

  • Mengapa tak gunak epf sbb dia kata tak pernah keluarkan? At least boleh cover installment rumah.
    Ataupun boleh refinance rumah kat puncak alam tu (kalau nama clear lagi la..)

  • nice question faizan…bila ada loan rumah, rumah nyer mesti la ada…melainkan rumah tak siap lagi…tapi loan pn tak sepatutnya jalan full…hanya ikut percentage yang dah siap je…

  • Nasi dah jadi bubur .. nak elak dah tak boleh tapi saya yakin bebanan tu dapat dikurangkan..
    ermm korang prasan tak property investment skrg ni pon dah berputiknya nilai² MLM !! … aku lebih hormat tukang sapu dbkl dari org yg buat MLM..

  • smlm pi tgk 1 rmh lelong kt jln kebun.. banglo setingkat reno.. rp 135k, mv boleh pi setgh juta.. tp bila tgk nama tuan rmh raja na+++++ dh rasa ada yg x kena ni.. siasat punya siasat tmasuk jmpa laywer n pi jumpa org yg tinggal kt situ.. rupa2nya si pemilik yg tinggal n buat reno tu adalah hasil penangan r.s.b.. dh panjat mcm2 bank, tak selesai-selesai katanya.. hehhe nasib aku tak gila rmh tuhhh

  • harap2 cepat contach…takut kalau lmbat sgt…sy tak boleh membantu…baby dah keluar…ape pun harap rezeki akak + anak dapat temukan kita dan jalan penyelesaian..insyaallah…nati kita jumpa untuk bincang…
    salam…

  • salam kak…

    saya boleh membantu…
    KENAPA NAK TANGGUNG BANKRUP??

    HUBUNGI SY SEGERA…

    SY BELI RUMAH AKAK…JGN LA SMPAI BANKRUP…

    LAWYER FEES SEMUA SY URUSKAN…SY BELI MANA YG NAK BANKUP JE LA…NAK BELI 3 RUMAH MCM BANYK SGT PULA TAK MAMPU…KALAU RUMAH TU OKAY BOLEH LA SY CUBA TANYA MEMBER YG NAK…

    APE2 HAL…ELAKKAN DARI BANKRUP…SUSAH HIDUP NANTI…

    BOLEH HUBUNGI SY:

    EMAIL: majuventure@gmail.com

    • salam kak; saya memerlukan pertolongan dari kak….. saya dari kedah dan rumah saya pun di kedah dan sudah pun di lelong rumah saya 3 kali, masaalahnya tiada siapa beli..sya akan ke mahkamah utk finalist pada 27hbdec.2011. full payment yg sya kena bayar rm 58k. sekarang ni saya dgn isteri saya mungkin akan kena muflis,isteri saya penjamin saya. jadi saya berharap kalau ada sesiapa sanggup membeli rumah saya sebelum saya di istihar bankrup dari mahkamah dan saya sanggup akan beli balik rumah saya itu jikalau pembeli nak jual balik pada saya..sebab bila rumah saya sudah di beli..pihak bank kata saya boleh membuat pinjaman semula utk rumah saya kembali

  • salam kak…

    saya boleh membantu…
    KENAPA NAK TANGGUNG BANKRUP??

    HUBUNGI SY SEGERA…

    SY BELI RUMAH AKAK…JGN LA SMPAI BANKRUP…

    LAWYER FEES SEMUA SY URUSKAN…SY BELI MANA YG NAK BANKUP JE LA…NAK BELI 3 RUMAH MCM BANYK SGT PULA TAK MAMPU…KALAU RUMAH TU OKAY BOLEH LA SY CUBA TANYA MEMBER YG NAK…

    APE2 HAL…ELAKKAN DARI BANKRUP…SUSAH HIDUP NANTI…

    BOLEH HUBUNGI SY:

    019. 3.24. 9.00.4

    EMAIL: majuventure@gmail.com

  • alamak…ini la akibat sebb main terjah je…kuang3…masuk blog org langkah kiri…kekeke…sory tuan bri…aku ingt kakak tu yg komen…rupanya perbualan tuan bri…la..sory bebanyak…gud blog..minta maaf lagi…tolong delete post aku tu ye…malu la plak…

  • business menaya orang memang untung dunia la…

    akak tu..tkayah la jual rumah yang bayar cantik tu kalau dia duduk situ. Declare dengan Insolvensi tu rumah dia sedang duduk. Kalau betul duduk, Insolvensi tak suruh jual. Rumah tu boleh simpan. Sayang

    Yang lagu 2 rumah tu confirm kena lelong punya.

    Kereta pun sebijik tak kena kacau. Rumah yang tinggal tu pun ok. Dah ramai orang bangkrap aku jumpa, hidup okay aja. Cuma takde bank akaun, takleh buat loan, takleh keluar negara tanpa kebenaran. Itu aja..

  • Helmo..dan rakan semua..
    salam kenal dan TQ kat Bri keluarkan cerita nii..
    sebenarnya, konsep sebegitu dah lama ada sejak awal 2000 semakin menjadi-jadi..
    sesetngah rumah tu..lokasi cantik design pun cantik..
    kat area Hulu Langat, Sg Merab, Kg Limau dan Jalan Kebun kebanyakannya..
    kesilapannya..mungkin tak bawa berbincang thru forum yang ada atau rujuk kepada yang tahu..
    juga tak semak status dan history ‘kejayaan’ yang diwar-warkan mereka..
    kawan nyaris join,..tetapi..bila tanya pelbagai benda…agen dan ‘kepalanya’ tersa berat sangat nak berurusan..kawan yang tanya banyak..nak korek banyak..
    dia lari diri..
    Sma cerita macam koperasi pelaburan hartanah di Setiawangsa…bila tanya banyak..selepas rujuk Forum dan bincang dgn kengkawan..dia orang yang rasa tergugat..
    Apapun..apa solutionnya?..
    panduan rakan diatas…boleh diusahakan… re fi atau pindah milik..jika berbaloi..buat culculation macam tak lepas..jadi -ve juga.
    jika -ve juga..jangan sayang..sebaliknya lepaskan jer..tak perlu ada sentimental dalam hal kewangan.(kekadang kena juga kata kawan niih!!)..
    kira la untung rugi jangka panjang jika nak pegang juga rumah kat shah alam tu..
    sebab butiran tak detail dan keunikan mengikut status kewangan memasing..Cik Puan boleh la kira sendiri..
    Jz 2 share..

  • tq Diver….otai BJ…

    solutionnya ? SATU SOLUTION…hehehe

    Ni masa kena restucture kewangan sendiri. Belum berakhir lagi. Cuma lambat atau cepat sahaja. Jgn dibiarkan begitu sahaja seperti kebanyakan orang.

  • Syahirah Group… aku hampir terjebak… sib baik ijam (husband) mati2 tak nak… so let go je… x sangka scam… aku doakan moga semuanya dipermudahkan… Amin!

  • Rumah yg kat Kapar tu pun projek dia gak kan Bri?seb baik makcik aku x beli..atas nasihat ko.TQVM

  • Saya pun salah satu mangsa raja samsul waktu ni company dia nama delima impian development nama projek Taman Vista Perdana, sampai sekarang hampeh.. kena menanggung hutang dgn bank..kalau tuan bri ada kenal sapa yg jadi mangsa boleh bagi contact nama diaorg pada saya tak.. waktu ni saya dan husband pun naif psl bab2 beli rumah.. dah terduduk mcm ni baru nak react.. malangnya dia ni tak berdaftar dgn KPKT..

  • saya ni bli umah tp terbengkalai dah 10 thn dah bankrup pun skg bru je siap.saya plak kena sakit buah pinggang takle kerja camner tu bri

  • umah tu plak dah siap tapi cam hampeh buatannya.Umah pemaju tu pandai plak nak buat cantik2.Skg ni saya dah didrclare bankrup.Camne tu bri boleh ke saya duduk kat umah tu.

  • saya tak sure mengenai Status..

    Tuan Nizam, SILA check dengan Pegawai Insolvensi dan beritahu saya apa status…

    setahu saya, bila Bangkrup, semua harta telah diambil alih…

  • mintak je declare bankrupsi..bayar monthly paling murah..then cukup 5 tahun boleh apply untuk keluar dari bankrap..after that mulakan hidup baru bebas hutang..kalau dah tak boleh tanggung kena nak menyiksa badan

  • Salam Kamal,

    Kalo ckup 5 tahun keluar dari bankrupt tu ..camne.. hutang sedia ada kene buat full settlement or leh keluar free camtu je?

    mintak je declare bankrupsi..bayar monthly paling murah..then cukup 5 tahun boleh apply untuk keluar dari bankrap..after that mulakan hidup baru bebas hutang..kalau dah tak boleh tanggung kena nak menyiksa badan

  • Isk…takut dengar citer ni tp awat yg x selidik dulu? Check kat mana securenya kita kalau nak join bende mcm ni. Tips, kalau nak join boleh tp kena pasang lawyer sendiri la. Group satu lagi tu biar dia pakai lawyer dia. Sign ‘Deed of trust’ bg clear apa hak kita dan apa hak dia dan apa pelepasan supaya kita selamat. Kalau group sebelah sana setuju dgn syarat kita and kita clear dgn syarat dia, baru kita sign loan. Tp yg penting, dlm deed of trust ada clause yg rumah under loan kita tu boleh dikaveatkan walaupun snp under group sebelah sana. So boleh lawan kat court and x yah spai kena isytihar bankrupt. Tuan bri, sori nak tanya, rumah tu minah ni x boleh kaveat ker, so group yg mangkuk ni x boleh jual or rumah tu x boleh dilelong? Minta nasihat.

  • Kerajaan Malaysia memang kena mempertimbangkan seseorang yang telah dijatuh bankrap kalau hutang tidak melebihi RM150,000 atau RM100,000 patuh diberi peluang untuk pelepasan automatik pada awal tahun 2015 ini. Ianya sangat jelas, yang telah difailkan bankrupcy, akhir hutang akan ditambah oleh pihak bank dan hantar kpd JIM. Biasa sesorang jumlah hutang akan di charge sangat tinggi sampai bankrap oleh pihak bank. Tambahan pula, mereka yang dijatuhkan bankrap dengan jumlah seperti diatas tidak ada niat atau sengaja untuk bankrap sendiri. Apa kebaikan kpd mereka? Kalau seseorang dijatuhkan bankrap dengan jumlah hutang yg tinggi, mungkin dia ada niat untuk mendapat manfaat dari pihak bank atau kerajaan kita. Akhirnya saya sebagai wakil pihak muflis harap Kerajaan Malaysia kita dapat mempertimbangkan isu isu seperti ini.

  • Kerajaan Malaysia pengurusan tidak sempurna, terlalu memberi kuasa kpd bank. Bank ialah punca utama menyebabkan seseorang dijatukan bankruptcy. Bank di Malaysia boleh charge anda dengan bunga yg tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat bantal dengan charge sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada department yang boleh membantu anda pada masa tersebut.

    Apa kebaikan Malaysia? Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Ia juga akan menyebabkan lagi perkembangan economic Malaysia masa depan. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Dengan AKTA KEBANKRAPAN 1967, kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yg keterlaluan.

    Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang bankruptcy Malaysia ada banyak syarat yang menyikat muflis untuk perkembangan semula seseorang muflis, seperti: Tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari lain orang(Dikehendaki melapor kpd JIM), tidak boleh keluar luar negara berkerja (Pastport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis menjadi wang untuk perlepasan.

    Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri. Bankruptcy yg meningkat masa sekarang boleh menyelesaikan jika Malaysia Bankruptcy Laws (Akta Kebankrapan 1967) boleh berubah mengikut masa sekarang, bukan akta kampung yg dulu. Untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrupt hutangnya kalau melebihi RM150,000 keatas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrap pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna dan sesuai untuk masa kini.

  • >