Haram Main CPO atau Forex

Untuk Perbincangan :

Situasi 1 :

Ah Chai tukar duit kertas ke Kredit Gaming (dulu tukar Syiling RM1).
Duduk depan Monitor Komputer, tengok nombor kuda dan kira kebarangkalian untuk menang jika pilih kuda no.3.
Masukkan jumlah kredit yang dirasakan perlu. (belum tamak lagi)
Kuda mula berlumba (dengan lagu)
Kuda habis berlumba ( ada lagu ‘We Are the Champions – The Queen’)
Tengok Kredit naik balik, kalau menang. (dulu dengar bunyi syiling RM1 jatuh)

Situasa 2 :

Ah Long bukak akaun dengan Broker. Masukkan duit dalam akaun. (ada minimum)
Duduk depan Monitor Komputer. tengok market dan kira kebarangkalian untuk naik (buat profit la…)
Masukkan order dengan Broker.
Candlestick mula berlumba (dengan lagu Mp3 pasang sendiri kat PC)
Agak agak emosi stabil, kalau profit terus jual.
Tengok akaun naik balik, kalau untung. Kalau rugi ?

Apa persamaan situasi 1 dan situasi 2 ?

1. Dua dua duduk depan Komputer.
2. Dua dua buat benda yang virtual.
3. Dua dua kira kebarangkalian untuk untung.
4. ……

(tolong sambung……..)

No related content found.

Related posts:

Harga Hartanah Naik Melambung?
Guna KWSP
Otak Tersumbat di Sinki Apt Sri Nilam

Related Posts via Categories


banner ad


23 Responses to “Haram Main CPO atau Forex”

  1. MattDemon says:

    Lam kes FCPO tak sama bro, sbb traders akan menerima stock fizikal crude palm oil bila kontrak matang tak disettlekan. Futures means jual-beli lam kes ini komoditi untuk kontrak ke hadapan.

    Cam kes pergi kedai hardaware, order stock tiles beberapa dozen, bayar dahulu tapi nak suruh deliver bulan depan sbb takde space kat umah. Barang dapat bulan January 2011 tapi dah bayar harga December 2010.

    Belum sempat barang dihantar, En Macha (hanya nama samaran) minta beli tiles tersebut sbb kat hardware lain dah abis dan sanggup bayar tinggi sket (matching of supply and demand). En Macha adalah konraktor yg perlu kejar deadline dan amat memerlukan tiles tersebut..dan En Macha dah kira offer price still leh dapat untung nanti.

    Transkaksi hanya dilakukan di depan PC, negotiate, tengok images, spesifikasi tiles dll. Harga dipersetujui melalui YM, duit di transfer melalui CIMBclicks. Lam kes ini:
    1. Dua dua duduk depan Komputer.
    2. Dua dua buat benda yang virtual.
    3. Dua dua kira kebarangkalian untuk untung.

    So, lam kes di atas, applikasi adalah sama tapi lam konteks berbeza. Thanks.

      (Quote)

  2. semang says:

    maaf…saya kurang arif sikit pasal forex/cpo tapi bukan ke dalam perniagaan atau akad jual beli mesti ada barang dlm bentuk fizikal…bukan dlm bentuk maya?

      (Quote)

  3. MattDemon says:

    Bro Semang..hanya FCPO yg melibatkan barang fizikal lam konteks di atas dan dua perkara berbeza antara FCPO dengan Forex…jika contoh di atas masib lum clear, sila google maksud “future market”. Thanks.

      (Quote)

  4. Suhaimi says:

    Salam tuan Abri,byk perkongsian yg boleh dipelajari di sini

    terima kasih diucapkan,saya org baru yg berkecimpung dlm hartanah lelong di johor

      (Quote)

  5. banyak benda2 syubahat disekeliling kita ni.Sedangkan yang terang2 haram pun ramai yang menafikannya, inikan pula yang samar2…fikirlan sendiri…

      (Quote)

  6. tuanbri says:

    matt – dalam kes Hardware, memang nampak brg. Ada akad.

    Dalam contoh, thats a one off transaction. Lepas tu dia akan beli lagi tiles, sebab dia dah jual kat En. Macha. bagi aku itu Keperluan.

    Cuma bila orang beli futures bukan utk beli barang macammana pula? Sama macam dalam kes Main Saham.

    Ikhwan – itu yang saya nak bincangkan.

    Semang – Futures maksudnya beli sekarang dan bayar, Collect barang kemudian.

      (Quote)

  7. MattDemon says:

    Stocks, options, bonds, forexs dan futures adalah benda berbeza. FCPO diluluskan oleh Majlis Syariah yang berlandaskan minyak mentah kelapa sawit. Pernah dibincangkan kat blog PakDi dahulu. Maybe bro leh semak link dan paste kat sini..leh tgk semula hujahan tersebut. Thanks.

      (Quote)

  8. tuanbri says:

    Bagi yang nak baca ulasan Pakdi:
    http://www.pakdi.net/hukum-melabur-dalam-pasaran-hadapan-cpo-fkli/

    Bagi yang nak baca ulasan Ustaz Zaharuddin:
    http://www.zaharuddin.net/kewangan/305-hukum-jual-beli-futures-a-option-dalam-indeks-komposit.html

    UZAR : HUKUMNYA HARAM MENRUT KEPUTUSAN FIQH ANTARABANGSA

      (Quote)

  9. tuanbri says:

    dipetik :

    To make them a tradable commodity only for earning a profit is also against the basic philosophy of Islamic economics. I would therefore not advise you to indulge in this trade.

    By Mufti Muhammad Taqi Usmani
    Posted: 11 Zul Qa’Dah 1424, 22 November 2007
    http://www.albalagh.net/qa/Forex_currency_trading.shtml.

      (Quote)

  10. tuanbri says:

      (Quote)

  11. faizan says:

    hehe.. aku rasa asalnya FCPO ni mekanisma nak tentukan harga.. tapi bg pelabur2 swing yg amik untung dari turun naik harga.. apa hukumnya..?

      (Quote)

  12. aslam says:

    btl la seperti dikatakan tuan bri. lg pun bnda2 cmni jgn amik ringan,kena kaji n tgk dl dan tnya pada USTAZ or org yg pakar..bru leh kita main. biar skit tp berkat.. :)

      (Quote)

  13. mbt says:

    rasanya dia halal, sebab ada end product… dan kita nak berurusniaga utk dapatkan product tu. tapi kalau dah speculator… memang takde niat nak crude oil tu pon… tapi nak ride the trend n kaut mana patut.. mcm emas gak la tu..yg main paper je.

      (Quote)

  14. MattDemon says:

    Guys..sila kaji lagi..FCPO melibatkan fizikal minyak sawit mentah..

    Bri, leh jelaskan sekali hukum duit kawtimm masa lelong..? Thanks

      (Quote)

  15. mbt says:

    matt, hang speculator atau investor yg betul2 nakkan crude oil tu?

      (Quote)

  16. abu^aiza says:

    http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=9358

    link kat atas tu full discussion on hukum FCPO by majlis penasihat syariah sc, tahun 2003… ade jgk bende yg die x cover, pada yg kata haram tu, cuba check ape aspect yg die x cover :)
    berlapang dada, jgn gaduh2 :)

      (Quote)

  17. Perbincangan yang hangat dlm blog hang….good job bro……:)

    bro, dah lama ke berkecimpung dlm dunia lelong? gua thn 2007 aritu, tapi, jarang ler…insyaAllahnext year nak target, 1 properties setiap tahun, hehe…

    investment lain spt stock market, unit trust, gold, koperasi, asb, etc still on….

    aku rasa hang pon dah terjah blog aku, hehe….
    http://kakilabur.blogspot.com

    good job bro…

      (Quote)

  18. tuanbri says:

    abg zan – bagi la pandangan awak bro.

    saya letak link blog awak di sebelah kanan. Good job!

      (Quote)

  19. atoks says:

    tuanbri sedang pikir2 mau main CPO plak ker?? (sorila kalo atok xtau tuan sudah main) hehehe

      (Quote)

  20. tuanbri says:

    saya tak main.

    Dulu saya ambik matapelajaran,
    belajar candlestik dan sebagainya.
    siap dapat offer utk ambik lesen, tapi tak proceed.

      (Quote)

  21. Tuanbri,

    Sebenarnya, isu halal haram trading CPO, Forex dan even stock market pernah juga saya ke utarakan dlm forum dulu, maybe thn 2009. Apa yg saya querykan adalah apabila, jika sekiranya, trader, tutup mata, beli/jual, dan mengharapkan ia naik/turun utk memungut untung….konsep serupa macam beli 4D, dan mengharapkan kena….

    Tapi, ia agak lain….kerana, 4d hanya beli begitu saja….tapi forex, saham dan CPO, adalah kita membuat kajian berdasarka candlestick, SMA< EMA, fibo, support/resistance, etc…

    Tapi nanti, sura ada yg cakap, 4D pon boleh jugk buat analisis kira-kira…

    Pastu bila pikir2 balik….kalau nak disamakan…bagaimana pula orang yang beli TANAH misalnya…..contohnya beli tanah di Dengkil, mengharapkan kerajaan bangunkan pusat kerajaan di situ, tetapi, it's not happening, tetapi putrajaya yag kena strike….atau bagaiamana pula orang yg beli tanah di Bukit Beruntung miaslnya, tengok2 value menurun…adakah ia dikira perjudian???

    Sebenarnyer perkara ni agak pening jugak kepala….jika dipikir2 balik, stok market, bila kita beli sesuatu saham, ia ada pengiraan "FAIR VALUE" atau MARKET VALUE", serupa konsep beli tanah…begitu jugak CPO dan Fore…

    TApi pulak, FOREX< CPO dan saham, fair valuenyer kadangkala dimain2kan oleh sindiket, naik turun secara mendadak…

    So benda2 macam ni, agak ccomplicated utk dibandingkan…

    Tapi cuma satu benda yg agak dominant yang dikeutarakan adalah hal2 "TRADE MARGIN" seperti 400:1 utk forex….atau 3:1 utk stock market di Malaysia…hal margin yang orang kata, tidak mengeluarkan MODAL YANG SEBETUL2NYA…..

    Tapi nanti keluar pulak issue bagaimana pula orang yang buat PERSONAL LOAN lepas tu beli rumah secara cash?? pon bukan dikira sebenar2 modal dari duit sendiri….

    Dan akhira sekali akan berbalik kepada issue pinjaman secara islamic atau convensional….bla bla bla..pjg betul issue ni…

    Justeru itu, saya tak berani nak ulas panjang (ni pun dah cukup pjg ulasan gua, hehe)..gua berserah kepada pakar2 agama, atau ulama2 utk membuat kajian terperinci

    …wallahu'alam.

    -Abgzam- ( http://kakilabur.blogspot.com/ )

      (Quote)

  22. Digna Dalal says:

    Ecommerce ist doch der Hammer. Youtube – Facebook – Amazon. Und wenn Vidable eine Nische komplett belegt, dann bin ich mit dabei. Ich glaube, bei denen geht es wieder aufwärts. Seht ihr da Chancen?

      (Quote)

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

Subscribe without commenting