Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Idola Tuanbri-Part 1

Terkini, ada orang tanya aku siapa idola aku dalam bidang pelaburan.

Aku akan start buat siri idola aku dalam bidang pelaburan terutamanya hartanah.


Siapa kat Malaysia yang tak kenal Tan Sri Syed Mokhtar Shah. Ada orang cakap, dia ni adalah anak didik Tun Mahathir, yang berusaha untuk menghasilkan jutawan Bumi.(beberapa sahaja-Kroni).

Intro :

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan. Kalau mengikut kepada artikel Majalah Malaysian Business, Harta Beliau Bernilai RM2.93 billion (tahun 2005). Tahun ni tak tau la dah naik berapa pulak.

Lahir kat Kedah.

Mula jadi bidang penternakan (bela lembu).
Beralih kepada Penjualan daging lembu pula selepas timbulnya isu penyakit Kaki dan Mulut.
Lepas tu beralih kepada bidang pengangkutan pula. Siapa tak kenal dengan Syarikat Kenderaan Sentosa yang bermula dengan hanya 2 biji lori sahaja. Beli lori pun guna pinjaman daripada MARA.

Rumah Kedai yang pertama dibeli melaui Skim Sewa Beli dengan UDA pada tahun 1974. Ketika itu beliau berumur 23 tahun!
Hah!

Lahir pada tahun 1951, beli rumah kedai tahun 1974. (74 -51 = 23 tahun)

Betullah kiraan aku. Tergamam sekejap……

Rumah kedai beb! Bukan rumah yang dekat dengan kedai. Atau rumah yang atas kedai.

Masya Allah.

Petikan kata-kata beliau =
“Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.”

  • >