Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Idola Tuanbri – Part 2

Sambungann daripada
http://tuanbri.com/blog/2010/12/idola-tuanbri-part-1/

Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.

Syarikat Kenderaan Sentosa. Ingat tu!

Bila Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri sekarang) menjadi Menteri Besar melantik Tan Sri Syed untuk menguruskan dan membangunkan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

Yayasan Al-Bukhary pula ditubuhkan untuk menjalankan kerja kerja amal dan kebajikan terutamanya di Negeri Kedah.

Yayasan ini juga telah diberi kontrak membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam yang bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun.

Beberapa syarikat terbesar yang terdapat kepentingan Beliau :
Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC),
PERNAS,
Padiberas Nasional Berhad,
Malakoff Berhad,
Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd.,
Johor Port Berhad,
Impian Teladan Sdn. Bhd.,
Indra Cita Sdn. Bhd.

MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi.

Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Petikan kata kata Syed Mokhtar :

“Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.”

  • >