Tahun 2011 – Azam Anda

Salam Tahun 2011.

Selamat tinggal 2010.

Boleh share dengan saya apa azam tahun 2011 anda di sini. (Tinggalkan dalam bentuk komen).

Aku nak tengok apa yang korang letak dan bezakan azam kita dengan orang lain.

Apa yang kita boleh pinjam, kita pinjam untuk kebaikan bersama.

Aku nak semua reader blog ni tinggalkan azam mereka, termasuklah silent reader. Amaran! Sekiranya anda masih lagi kedekut untuk share dengan aku setelah aku dah banyak share dengan korang, lepas ni dah tak payah baca blog yang tak seberapa ni. Aku taku suka orang yang kedekut dan hanya mengambil kesempatan sahaja.

Aku tak buat pertandingan apa apa seperti Yang di anjurkan oleh http://www.matjoe.com/2010/12/contest-azam-tahun-2011.html.

Aku tak ada ebook untuk bagi hadiah macam http://abangensem.com.

Aku tak bagi apa apa hadiah untuk azam terbaik ! – sebab bagi aku, azam korang mesti yang terbaik punya (di kaca mata sendiri).

Aku tak kutuk azam korang. Aku takut nanti korang kutuk pulak azam aku. (hehehe)

Aku tak delete azam korang. (freedom of speech)

Aku tak hina azam korang. (korang punya suka la…)

TULIS LAH. Tunggu apa lagi! (nak kena paksa jugak korang ni) aku nak tahu berapa ramai yang baca blog aku ni.


Jom Layan Tahun 2011 Bersama-sama…..

Aku nak buka tahun ni dengan sessi main Cash Flow 2011 bertempat di Dewan Satu Solution,Cheras – Jam 11 malam.

Siapa nak join, sila sms aku. (Dah Penuh!)

Related posts:

BLR naik lagi tahun 2011
Buka Sdn Bhd untuk kurangkan Cukai Hartanah ?
Rumah Wardina Safiyyah dirompak semalam di Bukit Antarabangsa

Related Posts via Categories


banner ad


73 Responses to “Tahun 2011 – Azam Anda”

  1. kambingselam says:

    salam,
    aku nie silent reader tuanbri,abg encem, otai pie kita..link2 dr rohaniah punya site..Thanks otai2 semua for great sharing ;)

    azam aku 20111:
    (1) manage financial bg lebih baik(teringin nk main CF101 ngan otai2 nie) ;)
    (2) solat di awal waktu dan seboleh-bolehnya berjemaah.
    (3) settlekan bad debts yg hampeh2 nie..CC,PL..
    (4) saving sebanyak mungkin..hehehe
    (5) invest dlm gold.
    (6) tambahkn property at least 2 umah/setahun..
    (7) baca byk lagi buku2 pasal financial/property investment

      (Quote)

  2. semang says:

    sy nak kawen….. :)

      (Quote)

  3. Azam sy bg tahun 2011 ialah

    1. upgrade iman dr masa ke semasa
    2. upgrade savings,backup,dll
    3. upgrade motivasi diri intrinsik & ektrinsik
    4. upgrade pengajaran dan pembelajaran
    5. upgrade hubungan sesama manusia
    6. upgrade kolum aset lagi banyak
    7. upgrade kerajinan diri sendiri
    8. upgrade dgn memperbanyakkan bahan bacaan
    9. upgrade pembacaan Al-Quran setiap kali habis solat
    10.upgrade ketinggian yg tak bapa nak tinggi..haha

    upgrade…macam-macam ado =)

      (Quote)

  4. wadie7990 says:

    Azam aku 2011..

    Azam Akhirat:
    1. Sembahyang awal waktu dan berjemaah, InsyaAllah..
    2. Banyakkan bersedekah
    3. Baiki diri dalam amal ibadah yang lain

    Azam Dunia:
    1. Tambah 2 rumah lagi tahun ni
    2. Tambah ilmu pengurusan kewangan..baca buku & hadir seminar.
    3. Tambah masa dan kasih sayang dengan keluarga
    4. Mungkin aku nak sambung Master kot..tp 50/50 lg.

    Ok..itu jer.

      (Quote)

  5. k.aida says:

    1. solat awal waktu, puasa sunat 3hari sebulan, start solat dhuha, baca yassin tiap hari
    2. buka premis, keje sendiri tahun ni jadi kuli
    3.beli tanah sekangkang kera
    4. consistent menyimpan dlm bentuk emas, dpt 1 dinar sebulan cukuplah, cukup 2 taun cukup duit pegi haji. aminnnnn….

    yg ni je nak share, yg lain xmo share

      (Quote)

  6. matjoe says:

    Bri, ini azam saya

    1) Menjadi ayah yg penyayang, suami yang baik dan memiliki keluarga bahagia – Aku letak ni sebagai priority utama aku, sebab tiada yg paling penting daripada merasa kebahagian dan ketenangan

    2) Terus melabur dan membelanjakan pendapatan dengan berhemah – Seperti tahun sebelum ni, aku nak berbelanja apa yang perlu sahaja dan selebihnya aku nak teruskan labur dlm ASB, Gold Investment Account, Tabung Haji, Amanah hartanah Berhad dan Bank Persatuan

    3) Membeli sebuah rumah – 2010 aku tak beli rumah, maybe sebab aku xde plan nak beli in the first place. So aku harap pada tahun 2011 ni akan aku temui sebuah rumah lagi untuk dibeli pada harga yang memuaskan hati

    4) Mengamalkan cara hidup sihat – I have to admit that last yer punya resolution utk turunkan berat badan kepada 67kg gagal. Tahun ini aku xnak target turunkan berat badan lagi sebaliknya, i nak amalkan pemakanan yg baik dan amalkan bersenam sekurang2nya 3 kali seminggu. Ni pun penting jugak untuk meninggikan peluang hidup lama dan jugak mengurangkan kos bil perubatan

    5) Menghasilkan e-book – Aku berhasrat utk buat sekurang-kurangya 1 e-book, maybe berkaitan dengan berbelanja dgn berhemah atau yang sewaktu dgnnya.

    6) Teruskan blogging – 2010 mmg byk aku hasilkan entry, pembaca pun dah semakin meningkat aku berharap aku dpt hasilkan entry yg lebih berkualiti seterusnya mendapat konsisten pengunjung sebanyak 1000 sehari.

    7) Pekerja yang baik dan amanah – Ni utk kerja active income aku. Selama ni sumber untuk aku generate pasif income. Aku nak jadi pekerja yg bertanggungjawap, rajin dan amanah

      (Quote)

  7. Salam TUanBri,

    Sorri lambat tulis azam, dah masuk 3 jan 2011 dah ni, hehe…

    My azam:

    1) Dapatkan 4.0 dalam setiap sem MBA yang akan bermula 8 Jan 2011 ni :D

    2) Nak mula sambung kumpul hartanah yang sudah 2 tahun tidak bertambah. Target: 1 hartanah setiap tahun :D

    3) Nak hidup dalam keadaan aman dan tenteram, dengan harapan rezeki datang mencurah2, amin….

    4) Mengimpikan keluarga yang lebih bahagia dari tahun2 sblm ni…amin….

    5) Azam untuk bekerja dengan lebih rajin, semoga gajiku naik banyak sikit tahun ni, more significant dari sblm2 ni hehe….

    Itu aja yang daapt kufikirkan…wassalaam

      (Quote)

  8. briwok seantero says:

    ai brii…
    nie azam aku tok tahun 2011 yg semakin mencabar
    1.supaya tidak ada halangan lagi tok aku berkahwin..hehehe

    2.menuntut ilmu seberapa bnyak yg mungkin…

    3.dapat berkenalan dengan otai2 yang sealiran
    minat dengan aku

    4.semoga tersusun lagi perancangan idop aku…

    5.semoga tahun nie tahun aku bersopping membeli rumah dengan tunang aku..

    6.mendalamkan lagi ilmu kerohanian..

      (Quote)

  9. hanita says:

    Azam tahun baru 2011:

    Untuk jadi ibu yang terbaik,pengasih dan penyayang, tak nak marah emosi pada anak-anak. Tak nak jerit-jerit pada anak, guna psikologi bercakap dengan anak-anak.

    Cuba solat awal waktu..bertahajjud setiap mlam..dan amalkan solat Dhuha..

    Jaga makan-minum…exercise at least 3X seminggu.

    Berjaya dalam perniagaan jual beli emas..target untung bersih sehingga April…..

    Berjaya dapatkan loan asb max

    Manage cashflow betoi-betoi..tak nak dah beli benda-benda merapu, bayar benda membazir-bazir.

    Moga mendapat keberkatan dan rahmat ALLAH, semoga kesilapan lalu tidak berulang, dijadikan iktibar.

      (Quote)

  10. Shah says:

    Azam aku nak start bisnes. Tak kira besar atau kecik
    yg penting start dulu. Tapi pastinya bukan MLM.

      (Quote)

  11. yati says:

    Salam,

    Azam 2011 :

    1. Projek beli tanah, hope berjln lancar
    2. Refinance existing prop utk reinvest
    3. Hari-hari lebih baik dari hari esoknya..

    Tuanbri, nnt kite set blk appointment, baru start keje baru, so masa agak terhad skrg

      (Quote)

  12. al-azhari says:

    Azam tahun baru 2011.

    1. Nak 4 buah apartment setahun, semuanya guna TC.
    2. Pasif income RM5K sebulan dalam bisnes MLM aku (ecosway)
    3. 500 client menjelang 2012 bg Program Badal Haji usahasama Tabung Haji Travel dan Hong Leong Tokio Marine Takaful.
    4. Sebagai agen loan jugak, aku target 1bulan 5kes.(Coshare)
    5. Nak siapkan website supaya aku boleh kalahkan Bri dan abangensem.
    6. Projek GPC bersama tunang aku,sebab tunang still blaja so aku soh dia wt bisnes, untuk cover wedding n after wedding.
    7. Simpan emas 1KG setahun guna teknik Ar-Rahnu
    8. Bangun seawal 5pagi, baca buku n solat subuh awal.
    9. Amalkan solat Dhuha
    10.Solat diawal waktu
    11.Sentiasa bersangka baik dan bersikap positif.
    12.Nak bawak family dan family tunang melancong, sasaran pertengahan tahun 2012 ke Bukit Tinggi, Indonesia.

      (Quote)

  13. treec00l says:

    1. Azam untuk confirm jawatan dalam “6-month-probation-period” ni.
    2. Azam untuk menjadi bapa dan suami yang lebih baik untuk famili saya.
    3. Azam untuk hasilkan 1 entri (blog rmphilo.blogspot.com) setiap minggu.
    4. Azam untuk terus mengekalkan care kami sekeluarga berbelanja.
    5. Azam untuk buat wasiat sempena tahun 2011.
    6. Azam untuk istiqamah mengaji Al-Quran satu muka surat setiap hari
    7. Azam untuk istiqamah solat jemaah kat tempat keje untuk zohor dan asar
    8. Azam untuk istiqamah solat jemaah kat rumah untuk maghrib, isya’ dan subuh. Ape-ape pon, jemaah kat masjid tu lagi dituntut.
    9. Azam pelaburan, sila masok blog saya :)

    Lain-lain tu, aku simpan untuk diri sendiri.

    Selamat berkongsi bri. Futsal bila? hehehe

      (Quote)

  14. treec00l says:

    1. Azam untuk confirm jawatan dalam “6-month-probation-period” ni.
    2. Azam untuk menjadi bapa dan suami yang lebih baik untuk famili saya.
    3. Azam untuk hasilkan 1 entri (blog rmphilo.blogspot.com) setiap minggu.
    4. Azam untuk terus mengekalkan care kami sekeluarga berbelanja.
    5. Azam untuk buat wasiat sempena tahun 2011.
    6. Azam untuk istiqamah mengaji Al-Quran satu muka surat setiap hari
    7. Azam untuk istiqamah solat jemaah kat tempat keje untuk zohor dan asar
    8. Azam untuk istiqamah solat jemaah kat rumah untuk maghrib, isya’ dan subuh. Ape-ape pon, jemaah kat masjid tu lagi dituntut.
    9. Azam pelaburan, sila masok blog saya :)

    Lain-lain tu, aku simpan untuk diri sendiri.

      (Quote)

  15. Az says:

    Kalau berazam nak beli apartment di lokasi yang bagus siap dengan penyewa (RM600 sebulan), balik modal dalam 4 tahun. Positive cashflow tiap bulan. boleh tengok ni http://tuanbri.com

      (Quote)

  16. De'din says:

    azam saya hanyalah mengurangkan aktiviti ternakan tahi mata ,,
    hehe

      (Quote)

  17. azam aku, tgk dlm link blog aku tu..
    happy new year..

      (Quote)

  18. tuanbri says:

    Saya mahu :

    1. Template baru untuk blog tuanbri.Com supaya lagi nampak professional dalam bentuk persembahan, servis dan kualiti.

    2. Kumpulkan 100 org ahli Kelab Hartawan Hartanah.

    3.. Mahu sumbang kepada Masyarakat mengenai Ilmu pelaburan hartanah

      (Quote)

  19. bird says:

    template ni nampak ok jugak, better than previous. ko nak template macam mana lagi?

      (Quote)

  20. Dik Ai says:

    azam saya tahun 2011

    1. nak buat rumah sewa banyak banyak(paling kurang 6 pintu ) kat tanah kampong
    2. pinjam loan banyak banyak ( bank ,koperasi) untuk buat rumah rumah sewa tu (siapa bole tolong saya bab ni )
    3. sewa kat student ipt ,nurse atau ofis boy ataupun buat homestay.
    4. cukup bulan balik kampong kutip sewa minimum 500 x 6 = 3000 (pakcik kayo sampai ke anak cucu )

      (Quote)

  21. Own says:

    Salam semua, azam 2011…

    1) Nak consistent dalam meningkatkan amal ibadah, setiap hari mesti ada peningkatan kearah lebih baik.
    2) Nak fully utilize tools yang ada untuk maximisekan pendapatan bulanan
    3) Nak bebas hutang
    4) Nak mendalami ilmu investing
    5) Nak bina keluarga bahagia dunia akhirat..aminnn

      (Quote)

  22. 2bz4money says:

    1Azam Kewangan 2bz4money berdasarkan 3Teras..
    - Tingkatkan ilmu kewangan yg relevan dan terkini
    - manTapkan portfolio pelaburan dan kawalan aliran tunai
    - perhebaTkan perkongsian ilmu untuk kebaikkan ummah

    dengan sandaran Motto
    “Berilmu, Beriman dan Beramal’

      (Quote)

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

Subscribe without commenting