Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Aduan Rakyat (4)- Saya nak beli TBR

Salam tuanbri.

A : Assalamualaikum tuanbri. Saya berminat untuk membeli Tiara Beach Resort – Direct Nego dengan bank tu.
TB : waalaikumsalam. boleh jer. Kita set appointment. Nak discuss dengan lebih lanjut lagi.

Satu pertemuan telah diatur dengan Encik A di Melawati (Nasib baik dekat je)

A: Saya memang berminat ni untuk invest di Tiara Beach Resort.
TB : Pernah pergi tak Tiara Beach Resort ni ?
A : tak pernah lagi, tapi memang berminat lah.

TB : hah ? tak pernah pergi ? abis tu kenapa berminat dengan TBR ? kenapa nak melabur di sana ?

A : sebab dengar kawan kawan kata tempat tu best. dalam blog tuanbri.Com sendiri kata tempat tu best!
TB : itu pendapat masing masing. Kenapa awak nak melabur di sana ? Kenapa tak melabur di Kuala Lumpur sahaja ?

A: saya rasa lagi untung melabur di Tiara Beach resort …ramai yang nak pergi ke sana semasa cuti sekolah. tengok gambar orang lain pun nampak cam happy je semua yang pergi
TB : memang confirm seronok kalau pergi sana. Kalau melabur, dah kira lain pulak.

A : So macammana tuanbri ?
TB : Ni rumah no berapa ?

A: ooh, ni pelaburan hartanah saya yang pertama la kalau jadi …….(sambil tersenyum..membayangkan tengah mandi di TBR)

TB : saya rasa awak patut melabur di Kuala Lumpur sahaja. tak payah pergi jauh jauh….
A: tapi ada ke pelaburan kat KL ni yang bagus ????

TB : hah? kenapa tak ada pulak ? sure ada je. Umur berapa ? Loan lepas berapa tahun ? Sekarang ni sewa atau rumah sendiri ?
A: Umur dah 45 tahun. (Loan hanya boleh buat 25 tahun sahaja) (Dengan Company, hanya bagi 15 tahun sahaja)
sekarang ni menyewa. ingatkan kalau pencen, dah bolehlah duduk rumah sendiri …

TB : makin konfius aku….apa matlamat kau sebenarnya ?

Apa pendapat korang semua ?

Aduan rakyat yang lain :
http://tuanbri.com/blog/2010/03/aduan-rakyat-part-1/
http://tuanbri.com/blog/2010/04/aduan-rakyat-2-mrta/
http://tuanbri.com/blog/2010/12/aduan-rakyat-3-akan-bankrap/

  • nak buat rumah hujung minggu la tuu..
    huung minggu nak rs jugak dok umah sendri..
    sepanjang minggu tu dok umah sewa pon takper.
    huhuuh..

  • hehe layan je Tuan Bri…pelanggan sentiasa betul…agak2 hampas masuk telinga kiri kluar tlinga kanan..hehehe buang masa je layan pakcik ni kekke

  • matlamat tak jelas..main redah jer ni, org lain memancing kat lubuk ikan..dia memancing kat lubuk buaya!!

  • salam,
    aku rasa pokcik nie target dia x clear laa..main hantam jaa nie.aku rasa dia follow2 org jaa nie. tak study and survey2 dulu pokcik nie..pokcik,hope u make ur objective clearly and plan well..kalo tak nnt tertiarap susah..hehehe 😉

  • ini adalah situasi masyarakat semasa. Kita kena ambil kira. takkan nak biarkan mereka ni camtu je. at least mereka ada niat untuk mengubah. Cuma dah jadi susah sikit je.

  • ouchhh…aku memahami kepeningan tuan bri…sebagai konsultant, kita cuba nak beri nasihat yang terbaik…tapi nasihat untuk si A maybe tidak sesuai untuk si B…so kita kena benar2 mengenalpasti keperluan setiap yang bertanya sebelum kita beri nasihat yang bersesuaian…

    aku pn pernah mengalami masalah yang sama bri…nak advice pn taktau nak cakap cemana…but the intention to invest is something yang kita patut puji…

  • Kat luar sana ada berbagai macam jenis manusia yg kita
    sendiri tak paham serta tak sesuai dengan diri kita or yang fening² mcm pakcik tuh.. so tuanbri telah memilih jalan untuk membantu .. teruskan niat anda.. kami support bro !!

  • sy rasa dia nak start beli satu dulu kot, lepas tu kumpul2 unit d TBR.. lepas pencen di boleh manage unit tu sendiri d samping berkerja as a housekeeper untuk unit tuanbri .. :p

  • best la pokcik tu, rasa mcm nak berkenalan dgn dia.. invest in urself first before investing in any investment instrument!!! ingat tu… ini pun tuan bri ajar aku.. tq bri

  • perghh gambor aku rupenyer… tak perasan lak aku, perghh bangga aku masuk dalam blog terhangat dalam pasaran..

  • Terima kasih tuanbri atas perkongsian maklumat..sy rasa ramai yg masih gelap lg tentang pelaburan diluar sana..teruskan usaha murni tuan untuk mendidik anak bangsa secara tidak langsung… sy pun hanya terbuka utk melabur secara serius setelah membaca blog pie, tuanbri dan farisaswadi…

    sy umur dah 44 tahun…tapi belum terlambat, sy mula hanya 2 tahun lepas.. beli rumah lelong murah-murah.. loan 10 hingga 15 tahun…memang takde +ve income tapi semua overhead + installment cover… kini sy ada 10 buah rumah… harapan saya bila pencen nanti boleh dpt sewa bulan2 dlm 4k

    Terima kasih tuanbri, pie, faris dll yg memberi semangat & motivasi untuk melabur semuga sumbangan tuan-tuan memperoleh keberkatan dan rezki yg melimpah ruah Insyaallah

    • Terima kasih tuanbri atas perkongsian maklumat..sy rasa ramai yg masih gelap lg tentang pelaburan diluar sana..teruskan usaha murni tuan untuk mendidik anak bangsa secara tidak langsung… sy pun hanya terbuka utk melabur secara serius setelah membaca blog pie, tuanbri dan farisaswadi…

      sy umur dah 44 tahun…tapi belum terlambat, sy mula hanya 2 tahun lepas.. beli rumah lelong murah-murah.. loan 10 hingga 15 tahun…memang takde +ve income tapi semua overhead + installment cover… kini sy ada 10 buah rumah… harapan saya bila pencen nanti boleh dpt sewa bulan2 dlm 4k

      Terima kasih tuanbri, pie, faris dll yg memberi semangat & motivasi untuk melabur semuga sumbangan tuan-tuan memperoleh keberkatan dan rezki yg melimpah ruah Insyaallah

      Hee..hee… ingat aku dah tua sebab Tuan Bri asyik panggil aku Abg A*** masa seminar sabtu lepas. Rupanya ada lagi yang lebih senior dari aku dah terbukti boleh survive…. semalam aku berangan mat jenin dalam blog aku… nak beli 12 bijik dalam masa 2 tahun… tapi tenure 25 tahun… memandangkan aku dah plan untuk pencen lagi 15 tahun seperti yg aku tilus dalam seminar TB, so at that age, aku akan let go 5-6 bijik untuk dapat cash dan bayar habis the remaining units. Pada masa tu aku dah ada 6-7 unit tanpa hutang… maka tertunai janji aku untuk dapat RM8k sebulan secara pasif… rumah 6-7 bijik RM5400 + Pencen aku RM2600 mungkin…= rm8k… haa..haa.. tapi masih mencari unit yang pertama …tulunnnnn

  • kalu dia keliru, mestila org lain pun keliru.maybe dia kena attend seminar ringkas bri dulu kot?

  • Wak-Lie.. Bagus la u.. At least bertindak cepat lepas tersedar.. Ok la tu at least breakeven not negatif.. Long term potential WooWWW!

    Sy pun byk borak dgn kawan2 pasal idea rumah lelong ni.. Kebanyakkan masih lg taknak buat but I am happy dapat highlight to them this alternative and better way..

  • Kesian kat orang kita,.kan..kann!
    tentu ramai lagi diluarsana yang sebegini kesnya..

    sementelahan Bri dapat ‘terjumpa’ insan sebegini…
    peluang beramal jariah terbuka luas..
    cuma kena set cara mudah dan lancar supaya gerak hati abang tu nak punyai rumah sendiri atau ‘pelaburan pertama’ tercapai dengan cara sewajarnya..

    mungkin kena korek mendalam sikit..
    tanya kefahamannya tentang nilai duit dan status kewangannya.. diikuti dengan ilmu semedang yang nak diringkaskan masuk kelubuk minda..

    ambil masa juga niih..
    apapun,.. langkah beribu akan bermula,..dengan bantuan rakan taulan keliling dan BRI…
    Alhamdulillah..

  • satu solution kena buat seminar “investment for beginners”, fokus kat orang yang takdak rumah lagi tuan bri…….takut2 ni bukan masalah terpencil, maybe ramai orang yang tak brape clear lagi hal pelaburan hartanah (including me)

  • Sepatutnya pakcik ni kena invest knowledge baru buat investment. Terikut2 orang, tak tau hi & lo, padah diri je nanti. Aku yang baru start ni pun kadang2 terfikir, betul ke apa benda aku buat ni, tapi bile refer pada number (margin untung) on paper, aku rasa sangat berbaloi. Sapa nak kasi untung 140% dalam masa 4 bulan?

  • pakcik ni baru nak mula…blur lagi la tu……..takper, guru byk leh didik dia……….taniah pakcik…….sorang lagi yang mahu berubah…..(aku jer yang tak ubah-ubah)…emmm bila la tuan bri nak blanjer aku ni citer pasal umah lelong ni….huhuhuh

  • saya tak hairan pun sebab saya tak beli rumah di kl sebab dah ada tanah luas dan rumah besar di kg. Tapi saya nak beli di tbr sebagai pelaburan dan tempat cuti sebab kg jauh dr pantai. Setiap manusia mempunyai keperluan berbeza…

  • >