Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Kenapa Lelongan Tanah Azahar tidak sah ?

Tiba tiba isu tanah lelong naik ketika isu pilihanraya Tenang semakin tidak tenang …


Apa kes ?

Si Calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim adalah bekas Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat dan beliau telah didapati bersalah oleh Mahkamah, dalam proses melelong sebidang tanah seorang penduduk.

Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat ini antara tugas dia ialah menjadi “hakim” ketika lelongan. Dia yang akan menjatuhkan kuasa untuk mengesahkan penjualan tanah atau rumah menerusi proses lelong. Dia kena pastikan setiap hartanah yang dilelong telahpun dibuat melalui procedur yang betul. Lelongan tetap diadakan oleh pelelong, macam lelongan awam.

Apa yang aku dengar dengar, ada orang kata dia dah berpakat dengan pembida yang berjaya (kira macam rasuah la). Dalam kes ini, didapati cuma terdapat hanya seorang pembida sahaja dan pembida tersebut (Norhana binti Mohd Ali) berjaya mendapat tanah tersebut pada harga Risab sahaja. Dan harga risab itu jauh lebih rendah daripada Harga Pasaran.

Fakta kes :

– Tanah En. Mansor Bin Mohamad HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat telah di lelong pada 1/12/2003.
– Tunggakan dengan bank sekitar RM20,000.
– Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat En. Mohd Azahar Bin Ibrahim telah gagal memastikan notis pendengaran kes lelong itu diserahkan kepada En. Mansor.
– Pada 19/9/2003 perintah jualan hartanah telah di keluarkan.
– Sehari sebelum lelongan Bank telah menerima RM10,000 bayaran tunggakan daripada En. Mansor. (salah pihak bank tidak memaklumkan perkara ini kepada Pejabat Tanah!)
– Pada hari lelongan, En. Mansor membawa wang tunai sebanyak RM12,000 untuk menyelesaikan tunggakan hutangnya.
– Rayuan En Mansor tidak di layan. (betul la. Bukannya boleh tarik macam tu je. Setahu aku ada prosedur untuk called off kan unit yang kena lelong)

Tanah seluas 8 ekar telah dilelong dengan harga RM70,000 (Market Value = RM120,000)
– Memang orang beli lelong sebab nak dapat harga bawah Harga Pasaran.

Pendapat aku ,
-Si pembida tidak berpakat. Kalau dia seorang sahaja pembida, dah tentu dia dapat harga risab. ??? tak betul?
-Si Pembida menyertai lelongan tersebut kerana harga yang rendah. Kenapa orang lain tidak menyertai bidaan/lelongan tersebut sedangkan notis ada ditampal di Pejabat Tanah ?
-Si Pembida kini dalam proses menyaman Mohd Azahar Ibrahim dan Pejabat Tanah kerana kehilangan tanah tersebut. Dan masa. Dan malu. dan usaha.

Isu di sini :

-Mahkamah Tinggi Muar mendapati Mohd Azahar dengan cuai melelong tanah secara tidak sah dan tidak ikut prosedur.
-Notis lelongan tidak disampaikan kepada pemilik asal. (ini kes bukan selalu berlaku ke ?)
-Tanah tersebut dikembalikan kepada pemilik asalnya, Mansor Mohamad bersama kosnya.
-Tanah tersebut dirampas daripada Pembida bona fide, Norhana binti Mohd Ali.

Kalau anda dah beli tanah menerusi lelong, sure dah start buat projek atas tanah tersebut. Kemudian kena dipulangkan kepada pemilik asal……apa perasaan anda ?

  • kes ni agak confusing sebab ianya dipolitikkan (ye la yang terlibat pon calon bertanding pilihanraya), so macam2 jenis cerita la keluar, dah tak tau mane satu jalan cerita betol dah, haha

  • jgn fikir perasaan pembida je.. fikirkan juga perasaan tuan punya asal tanah. dier dah bayar, naya la kalau tanah dilelong jugak.
    utk keadilan, pembida sue la balik pejabat tanah iaitu kerajaan malaysia dan pegawai tu atas kerugian yg mdier alami.

    • no kesnya:

      1. saman no 24(L)– 674 Tahun 2004
      2.Guaman sivil no 23-14-2009

      FROM Harakah.net.my

      (SEARCH: TANAH + AZAHAR+ NORHANA

  • kalau dah ikut procedure, kenapa pemilik asal menang kes? pendapat aku, pelelong mesti iklankan dan tampal notis di unit tersebut. Cuma, kalau tanah, kat mana nak tampal eh.. betul memang selalu berlaku, pemilik asal kata tak dapat notis, tapi itu bukan kelemahan dan kesalahan satu pihak. Pihak pemilik asal mungkin tak update alamat surat menyurat terkini, no telefon terkini, pihak pelelong mungkin tak iklankan di akhbar yang mempunyai ramai pembaca dan mungkin tak tampal notis lelongan di hartanah terbabit. Nak harap notis board lelong, tak ramai yg praktikkan cara tu.Tapi.. macam mana pihak pemilik asal boleh bayar 10k sebelum hari lelongan dan bawa 12k pada hari lelongan untuk selesaikan baki terhutang. Macam mana pihak pemilik asal tahu berapa jumlah hutang dia. Jadi, pihak pemilik asal pun sebenarnya tahu yang unitnya akan dilelong. Kenapa dia tak bid sendiri atau guna proxy untuk selamatkan tanahnya? Banyak persoalan boleh timbul. Kita tak tahu fakta2 lain seperti dari pihak pembida tunggal itu sendiri. Lain2 fakta dari pihak pemilik asal dan fakta dari pihak pejabat tanah. Aku nampak, bukan salah pihak pejabat tanah semata2.

    • ini kes mahkamah.. dr segi undang2, notis ni bukan notis yg tampal kat dinding tu.. this is a very technical matters regarding the procedure or order for sale. hakim tau apa yg dia buat

    • saya kena baca original case yg ditulis oleh hakim baru boleh ckp notis mana yg tak served di sini. boleh bg nama penuh case? biar saya cari di jurnal lexisnexis dulu.
      tp setahu saya, utk order for sale, land adminstrator, slelepas mendapati requirement dlm seksyen 261 national land code dipatuhi, kena issue borang 16H, sptmana tertulis dlm seksyen 263 NLC. then seksyen 264 kata, satu salinan borang 16H tu mesti dihantar satu salinan ke penghutang dan bank atau semua pemiutang terlibat dan juga bagi public notis 9ch dlm paper la).
      so, public notice shj tak cukup. kena serve pd org tu sdr. tak jumpa org tu kat mana? kena cari la.. based on alamat terakhir.
      tp utk lebih tepat, kasi saya nama kes full, saya akan cari dulu dlm jurnal. then saya boleh terangkan semula

    • saya kena baca original case yg ditulis oleh hakim baru boleh ckp notis mana yg tak served di sini. boleh bg nama penuh case? biar saya cari di jurnal lexisnexis dulu.tp setahu saya, utk order for sale, land adminstrator, slelepas mendapati requirement dlm seksyen 261 national land code dipatuhi, kena issue borang 16H, sptmana tertulis dlm seksyen 263 NLC. then seksyen 264 kata, satu salinan borang 16H tu mesti dihantar satu salinan ke penghutang dan bank atau semua pemiutang terlibat dan juga bagi public notis 9ch dlm paper la).so, public notice shj tak cukup. kena serve pd org tu sdr. tak jumpa org tu kat mana? kena cari la.. based on alamat terakhir.tp utk lebih tepat, kasi saya nama kes full, saya akan cari dulu dlm jurnal. then saya boleh terangkan semula  (Quote)

      hebat siap akta lagi đŸ˜‰

    • kalau kau boleh cerita procedure yg terlibat mengenai perkara yg patut berlaku sebelum sesuatu lelongan diadakan, itu bagus. Sebab kerja macam aku dan Tuanbri, hanya bermula setelah sesuatu hartanah itu diiklankan. Aku ambil kira siapa yg duduk di hartanah tersebut, untuk memudahkan kerja sekiranya hartanah tersebut berjaya di bida. Kebanyakan kes yang aku bida adalah lelongan awam di pejabat pelelong/hotel/dll. Aku belajar dari pengalaman dengan penghuni,lawyer, pelelong, dll dan mereka (penghuni atau owner asal)kebanyakannya tidak menerima notis untuk ditandatangani, dan lelongan tetap dijalankan. Tapi itu lelongan awam lah. Mungkin hal lelongan pejabat tanah atau lelongan mahkamah lebih berat, untuk memastikan hak peminjam(owner asal) lebih terjamin. Hal iklan di suratkhabar, internet dll itu biasa.. sebagai medium hebahan untuk pengiklanan.

  • Salah tuan tanah asal..
    Settle last minit..
    Dah tau sumer org lembab(bank, pelelong)
    yg cepat kat sini bidder je sebab nak bid tanah kan..
    nampak sangat penukul pelelong ni takde kuasa..

    byk sebab notis tak sampai.. ntah2 duk bersarang dalam postbox..

  • pun ada lagi org bandar melayu yg menyokong umno lagi..itu aku pelik,kalau duduk kat felda tengok tv dan baca utusan saja aku bole faham.

    • aku pun orang melayu bandar..aku pun sokong umno….apa nak pelik? sebabnya, memang umno banyak bantu….banyak perkara. Cuma melayu yang tak sadar diri tak nampak apa yang umno dah bantu. tanya diri kamu…adakah kamu jadi macam sekarang kerana sekolah pondok ? pi lah…

    • aku pun orang melayu bandar..aku pun sokong umno….apa nak pelik? sebabnya, memang umno banyak bantu….banyak perkara. Cuma melayu yang tak sadar diri tak nampak apa yang umno dah bantu. tanya diri kamu…adakah kamu jadi macam sekarang kerana sekolah pondok ? pi lah…

      Yang aku pelik, kenapa korang berdua masuk dan bagi komen di sini ?

      ini bukan medan Politik,
      Ini membincangkan pasal lelongan Hartanah.

  • kalau pemilik tak update alamat surat menyurat, itu dah dikira salah dia sendiri.

    Iklan kat suratkhabar memang dah wajib. Tapi takkan nak iklankan kat semua jenis suratkhabar. kos Benefit..

  • @ aku : apa yang di bincangkan di sini bukanlah political stand azahar, tetapi kes lelongan tanah yang azahar conduct dahulu. Tak kisah lah dia orang umno ke, dia orang pas ke.. itu bukan isunya. Ini bukan blog politik untuk kita bincangkan patut atau tidak kita orang melayu menyokong umno atau pas. Ini membincangkan salah atau betul tindakannya melelong tanah milik orang. Itupun aku ulas sikit, sebab takde banyak fakta.

    @ Bri : Itu yang aku cuba sampaikan pada pembaca. Pemilik tak update surat menyurat, salah dia sendiri. Pelelong tak iklankan kat semua suratkhabar memang betul pun begitu kadang2 ada maksud tertentu kalau pelelong memilih akhbar2 tertentu , bergantung pada niat masing2. Mungkin dia iklankan tanah rizab melayu kat akhbar china? Boleh jadi jugakan..

  • PENGAJARAN
    i) hukum kapitalis apa boleh jual JUAL..
    ii) Jika kita melayu yang memegang AMANAH & TANGGUNGJAWAB penting bagi kita tidak sewenang2nya melepaskan (melelong) tanah orang melayu. Pembida mungkin Proxy
    iii)Iklan di suratkhabar legally tidak diterima sebagai `notis telah disampaikan kepada pemilik’.
    iv) Alamat tidak penting. Yang penting cukai tanah perlu dibayar walaupun bil/notis beserta alamat tidak diterima.
    Wallahualam

  • ASKM SEMUA,MCM NIE KA NAK JADI PEMIMPIN DI DUN TENANG..ALAMAT BANYAK LA LAGI TANAH NAK KENA GADAI..JAHAT TETAP JAHAT..

    • kenapa ada risau ?

      kita discuss pasal lelongan tersebut, bukannya parti mana nak di undi.

      Saya adalah Perunding Hartanah Lelong, di mana kes jual beli rumah lelong adalah dalam perhatian saya. Sila fikir dulu sebelum bagi komen yg tak berfaedah kat sini.

    • aku pulak yg di kata risau? Haih…. aku bagi ulasan bukan berdasarkan dia parti apa. Ini berdasarkan hal lelongan hartanah, yang secara tidak langsung ada kena mengena dengan kerja aku sebagai perunding hartanah lelong. Kes2 dispute mengenai hartanah lelong memang menarik minat aku. Dapat satu kes study untuk di bincangkan. Aku tak masukkan elemen2 dia parti apa atau siapa yang aku sokong. Itu tidak dibincangkan oleh Tuanbri juga.

    • intipati adalah = kenapa lelongan itu tidak sah ?
      apa prosedur yang tidak dilengkapkan.

      macam jual kereta kepada used car centre…
      selagi tak tukar nama, selagi tu bank akan cari kita…

      walaupun kita dah jual kereta tu kepada used car..

  • mungkin ada beberapa prosedur yang dia tak patuhi menyebabkan dia kalah.. kalau cari peguam yg terer.. boleh kenalpasti kelemahan lawan.. boleh la menang.. undang2 ciptaan manusia.. ikut buku undang2 yg dibuat manusia jugak.. prosedur pun ciptaan manusia.. sepatutnya pejabat tanah bagi peguam negeri yg hebat nak lawan.. tak cukup panggil peguam persekutuan..

  • adakah bermakna kalau dah dapat title tanah dari lelongan tersebut, boleh dibatalkan begitu sahaja?

    Sebagai pembida, kita tiada cara lain selain dari bawa ke mahkamah ke?

  • pelik la aku………..kat mahkamah kalau call off senang-senang jer aku tgk……RM300 jer byr kalau tak silap, dtg-dtg..tanya dah kena tarik balik…..camner pejabat tanah boleh tolak cam tu jer….btul la tu tak ikut procedur kot………..sebab yang keja kat pejabat tanah ni walau pun dia pentadbir, ilmunya masih kureng lagi………..maklumlah …kejap-kejap jer kena pindah….maner idaknya……ini ler dunia…..

    • Assalamualaikum,

      sdr2/tuan2/puan2 yg dihormati, izinkan saya mencelah sedikit tentang isu yg dibincangkan ni..rasanya masih belum terlambat kot…

      isu pembatalan lelongan oleh penggadai adalah tidak sah kerana ia dibuat sehari dan pada hari lelongan.. ia mesti lakukan 7hari sebelum hari lelongan .- Seksyen 264A Kanun Tanah Negara melalui borang 16O. Bagi pembatalan dibawah Seksen 266, penggadai perlu menyediakan keseluruhan jumlah yg dituntut termasuk kos + pelbagai.

      isu penyampaian notis,JIKA penggadai tidak dapat dihubungi dengan penyampaian notis biasa… bukan setakat mengiklankan disuratkhabar sahaja..ia mesti dibuat mengikut Seksyen 432 KTN Penyampaian Gantian – yg mempunyai beberapa elemen yg perlu dipatuhi bagi menyempurnakannya.. Iklan disuratkhabar tu hanyalah mengikut keperluan dan bukannya kemestian dlm seksyen 432(1)(b).

      Oleh itu kepada sdr2/tuan2/puan2 yg saya hormati sekelian, janganlah membuat andaian/spekulasi/presepsi sendiri berkaitan undang2 ataupun akta..sila buat rujukan sebelum membuat komen2 yg mungkin akan menunjukkan setakat mana pengetahuan kita dalam hal yg dibincangkan.

      p/s: Kita tidak tahu kenapa dalam kes ini, penggadai telah menang..kerana tiada butiran terperinci dinyatakan.

      Sekian. Terima kasih.

    • Terima kasih tuanbri,

      dalam kes ni, isu penyampian notis mungkin menjadi fokus. Jika ia tidak dilaksanakan mengikut kaedah penyampaian yang betul, seksyen 430-433, masalah akan timbul dipihak Pentadbir Tanah.

      Sekian. Terima kasih.

  • Salam Tuanbri,

    Saya perlukan khidmat nasihat mengenai hartanah yg dilelong. Lebih kurang kes lelongan tanah Azhar yang tak sah ni.

    Terima kasih.

  • >