Pasaran Rumah Lelong 2011

Ramai yang beranggapan bahawa pasaran rumah lelong telah pun berkurang atau dalam ertikata lain, slow…semenjak Bank Negara Malaysia mengeluarkan arahan kepada semua bank di Malaysia untuk LVR (Loan to Valuation Ratio) daripada 90% kepada 70% bagi rumah ke-3.

Silap besar rasanya disebabkan pasaran rumah lelong masih lagi hangat.

Aku sedang menunggu CIMB Mega Auction pada 15 haribulan ni bertempat di Hotel Istana. Mari kita saksikan berapa ramai rakyat Malaysia yang masih menpunyai duit atau yang kaya raya, tiada kesan akibat pengumuman LVR 70% ini.

Last aku pergi lelongan mahkamah, rumah 2 storey Danau Kota, harga risab (reserve price) RM230k, ada 10 orang pembida. Kuala Lumpur High Court.

Semua masuk mahkamah kecoh-kecoh, keluar je daripada bilik perbicaraan, agen-agen semua geleng kepala.

Harga naik daripada RM230,000 kepada harga terjual RM320,000….

Nilai pasaran (Market Value) = RM290,000

Apa khabar orang kaya ?

Jadi apa sebenarnya effect LVR 90% ini ?

Adakah ianya hanya mengurangkan pemain pemain Spekulator di pasaran dengan jumlah yang sedikit ?

Adakah ianya untuk mengurangkan pemain pemain baru dalam Hartanah ?

Aku still rasa pasaran masih akan pergi kuat lagi. Masih ramai lagi di luar sana yang masih ingin membeli rumah atau hartanah dan mereka ini masih mampu untuk membeli, walaupun VLR 70% sahaja.

Bulan 3, BLR naik lagi sebanyak 2.0.

Ni gambar masa aku pergi update buku ASB di Menara PNB, minggu pertama tapi bukan hari pertama atau hari kedua.

Aku tak dapat nak agak apa beza 1-2 hari untuk update buku?

Ramai yang pergi ke PNB/agen agen yang dilantik untuk update buku ? Ghairah ?

tapi kena tunggu 2 jam atau lebih ?

Pengalaman ngeri aku menunggu di kaunter Bayar Saman Trafik di Balai Polis Jalan Bandar mengajar aku. Ini akibat nak mengejar diskaun pada saat saat akhir.

Kata boleh bayar online, kata boleh bayar di pejabat POS, semua tu hanya gimik sahaja. Kemampuan kita belum lagi sampai ke tahap tersebut.

Bayangkanlah, aku dapat no 400  lebih bila aku sampai di kaunter pukul 9.45 pagi.

1. Aku pergi breakfast.

2. Aku pergi office, jumpa client.

3. Lunch hour, bergegas kembali ke kaunter. Baru sampai nombor ke 200.

4. Aku pergi ke Sunway, settlekan beberapa isu dengan Pengurusan Bangunan, jumpa orang dan minum.

5. Bergegas kembali ke kaunter. Baru sampai nombor ke 300.

6. Aku mula mendengar rintihan rintihan rakyat. Ada yang sudah mula mencarut carut.

7. Pegawai yang bertugas tutup lampu di kawasan menunggu. Kenapa ? Masih ada ramai lagi yang menunggu.

8. Aku bayar saman bini, adik ipar, bapak mertua pada pukul 7 mlm.

_______________________________________________________________________________

Ingin membeli rumah lelong ?

Ingin menjual rumah anda ?

Sila hubungi Tuanbri – 016.310.6500

Satu Solution Corporate Services

No related content found.

Related posts:

Desa Mentari - Pelaburan Terbaik
Stesen LRT Kuala Lumpur-Part 2
Kek Lapis Sarawak haram ?

Related Posts via Categories


banner ad


7 Responses to “Pasaran Rumah Lelong 2011”

  1. wadie7990 says:

    Nampaknya yg kaya akan terus kaya…jerung akan tetap mengganas, ikan bilis jugak yang putih mata..harap BNM kaji balik LVR 70% nii. Eh aku confuse ni..dari no 400 pergi ke no 200..lepas tu 300 balik??

    p/s Aku byr saman kat pejabat pos jer, dapat diskaun gak..tp bayar awal dr deadline lah.

      (Quote)

  2. wakif says:

    pasaran memang makin menarik dari sudut banyaknyer listing2 baru yang keluar… ada gak ternampak list area mont kiara…. InsyaAllah will be back soon… nak kena settle vistaria dan fd dulu….

      (Quote)

  3. tomato says:

    maintain jer la apa yg ada dulu..smlm high court gak dr 126 jdk 168..aisyeh. menci huahahaaaha^_^

      (Quote)

  4. Syam says:

    maknanya bulan 3 ni BLR 8.3% la yee…
    huh kena cargas apply loan sblum terlambat…

      (Quote)

  5. bird says:

    Setakat ni tak nampak kesan sgt..

    Utk pembeli first time, boleh beli 2 biji.. yang dah kawin, boleh guna nama bini, so dah 4 biji tu..

    Dan still ramai yang ada kuasa membeli.. macam ada member kita sorang tu beli 3 biji, pastu rileks je loan 70% je hehe..

      (Quote)

  6. Helmo says:

    Latest update 12/1 @ hight court KL – taman permata r.price rm220k , 16 bidder & sold rm300k . hahaha.. masih ramai yg kaya bro.. Customer melayu agent cina ?? aku je melayu kot that day??? hahaha sejak mengenali gelanggang ini.. aku semakin bersifat perkauman.. jelas dan sangat jelas melayu ditelan hidop hidop !! LVR ni sebenarnyer menjejaskan melayu ..

      (Quote)

  7. faizan says:

    betul gak tuh.. aku baru nak cuba2 beli rumah lelong nih.. lvr 30% la.. blr +2.0 la.. tak paham aku.. macam mengimpit usahawan melayu je.. kalau kita jadi rakyat biasa pun takde benefit gak.. subsidi kurang.. barang naik.. nak try cari duit lebih.. jadi cam atas plak.. kalau dah blr sampai 8, org biasa yg nak beli sebijik rumah pun pk 2 kali.. so bila jagi macam ni mengurangkan pemain2 junior tapi tak semestinya jumlah pemain akan kurang.. pemain2 yg kaya2 tetap bleh jadi spekulator dan akhirnya harga rumah tetap melambung.. yg takde rumah tetap tak boleh nak beli dgn blr yg tinggi.. pemaju plak takde masalah nak jual rumah harga tinggi.. open je sure habis.. itu belum tanya lagi peniaga2 gerai yg kena impit dek kerajaan lagi.. takpelah.. takde jalan mudah nak jadi senang.. cuma yg tak best tu yg senang je akan terus jadi senang

      (Quote)

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

Subscribe without commenting