Friday , 24 May 2013
Berita Hartanah!

Penyewa bunuh Tuan Rumah

Lokasi : Kota Warisan
Tarikh :28.12.2010
Masa : 1.30 pm

Watak Utama :

1. En. AA (Tuan Rumah)
2. En. KJ (Penyewa)

Kisah ini bermula apabila AA mula mengiklankan rumah nya untuk disewa dan KJ pun menunjukkan minatnya terhadap rumah sewa tersebut.

dipendekkan cerita, KJ pun bersetuju untuk menyewa rumah tersebut dan telah membayar Deposit 3 bulan sewa campur Kos Perjanjian sewa campur Sewa bulan Januari 2011.

Telah dituliskan di Iklan sewa rumah tersebut bahawa sewa 1 bulan ini akan dijadikan sebagai booking fee yang tidak akan dipulangkan sekiranya berlaku pembatalan dan sebagainya.

Apabila malam menjelma, En KJ menghubungi En AA dan menyatakan hasrat untuk berjumpa. Beliau memberitahu hasratnya untuk membatalkan penyewaan rumah tersebut.

AA pun berjumpa KJ dan memulangkan deposit 3 bulan dan Kos Perjanjian Sewa sahaja.
Sewa bulan Januari 2011 (Dijadikan sebagai booking fee, maka tidak dipulangkan)

Ending : ” KJ pun naik angin dan mengugut AA untuk membunuhnya.”

SMS terakhir daripada KJ berbunyi “kita orang islam. aku tak halalkan apa yang kau ambil daripada aku.”

KJ masih lagi tidak berpuashati. tak sampai 1 hari je, takkan lah burn booking fee tersebut ?

Apa hak AA untuk mengambil deposit tersebut ?

Apa hak KJ pula untuk menuntut deposit tersebut sedangkan beliau sepatutnya sedar itu ialah non refundable booking fee ?

Ini belum lagi kes menang rumah lelong tapi ada penyewa (degil nak keluar)

(Cerita ini telah diolah supaya tidak menyinggung mana mana pihak)
dipetik daripada laman blog A)
*saya tidak mahu meletakkan link atau nama penulis blog kerana tidak menyebelahi mana mana pihak. Kang tak pasal pasal aku terheret sama)

About tuanbri

Tuan Bri adalah seorang yang pakar dalam Bidang Hartanah khususnya d Malaysia. Berpengalaman selama 7 tahun didalam bidang hartanah. Beliau juga adalah specialise dalam membantu merancang kewangan anda menuju financial freedom.

17 comments

  1. pulang balik duit tu.. mintak tlg kj cari pengganti….

  2. biler AA dah tulis siap2 yg booking fee non-refundable dan KJ bayar duit booking tu tanpa sebarang persetujuan lain, maknanya impliedly KJ bersetuju dgn term 1 month non-refindable tu. maka kontrak termeterai. apabila KJ membatalkan kontrak, AAmmg ada hak utk menyimpan deposit tersebut.

  3. pndapat aku elok faris sewa jer umah tuu..cian aku tgk haa^_^

  4. kira burn la….dah deal mcm tu…..tapi ikut budi bicara gak..terpulang pada Tuan Rumah…

  5. Salam…sy stuju dgn Fifa…

    P/s: Apa kaitan gambar atas skali tu dgn cerita ni? Adakah itu lakonan semula AA dgn KJ…..KJ menunjukkan rasa tak puas hati dgn mebelakangkan b***** kepada AA…..

  6. sebetulnya kena hormat perjanjian la, kalau dah AA tanpa selindung bagitau dan KJ memang dengar dengan jelas, nyata dan faham (kalau mende ni tak berape jelas, tak kire la kot), KJ takde hak langsung nak mintak balik deposit tu once dah bagi deposit. bukan setakat sehari, due minit pon dah tak boleh dah, sebab perjanjian kata begitu….

    tetapi, maybe AA boleh guna budi bicara dalam hal ni, mayba amik sikit cover duit minyak n charge ‘masa kena spend’ semasa buat deal tu, yang lebih kasik je la balik (kalau ade lebih), walaupon sememangnya AA ade hak takmau bagi balik deposit sebulan tuh. Semoga dengan buat camtu rezeki AA dipermudahkan Allah nanti.

    p/s: leceh kan gaduh hal2 duit nih, malas betol denga orang emo hal duit!!

  7. aku rasa kena semak adakah syarat non refundable tu dimasukkan dalam perjanjian?adakah perjanjian tu pulak sempat distamping??atau hanya dinyatakan dalam iklan sahaja. Base pada attachment dlm blog asal AA tu, hanya printscreen syarat dalam facebook bukan dalam perjanjian sewa. Jika tiada dalam perjanjian, aku cadangkan KJ bawa ke mahkamah/tribunal pengguna..

    Lagipun saudara AA tu telah hebohkan dlm FB&Blog butiran2 peribadi KJ yang mana ianya sepatutnya adalah confidential & digunakan untuk tujuan sewa sahaja..siap nama anak isteri, tempat kerja pun diheret sama..peribadi KJ dah buruk dan kalau aku jadi beliau, aku saman jer..

  8. kenapa zip seluar AA terbukak? huahahaha..

  9. pada pendapatan aku… memang banyak contract2 yg ada clause cam nih yang ada clause2 yang nampak seperti berat sebelah e.g. ‘… not withstanding the above, mengikut budibicara pihak A’. kalu sempat stamping pun, kalu masuk court KJ mungkin bleh memang sebab hakim tengok ‘fairness’ of the whole deal.

  10. KJ adalah lelaki yg x macho, & menyusahkan banyak pihak dalam hal nie.

  11. hehehe

    Ulasan aku :

    Isu Stamping : siapa kata wajib stamping ?
    “A contract is binding when 2 parties signed willingly”
    Tenancy agreement pun tak wajib stamping. Still valid dan legal. Janji 2 pihak bersetuju dengan syarat dan terma yang termaktub dalam perjanjian tersebut.

    Hakk AA utk pulangkan atau tidak sebab dah tertulis. Tak kisah tertulis kat mana-mana pun, as long as tertulis.

    Me – dalam iklan dah kata refundable, Iklan adalah satu bentuk “offer to purchase”. kalau hang bersetuju untuk ikut syarat tu, hang akan call dan tanya nak sewa. Automatik syarat kat iklan tu terlaksana.

    Me-Kalau KJ ugut nak bunuh kau, adakah dia akan saman kau ? Ada sebab kot dia buat camtu. To protect himself and others. Kalau KJ lepas ni sewa pulak rumah kau…camne ?

    bornYester – Mahkamah akan tengok kontrak. Bukan fairness. Yang kau pergi sign and some more bayar lagi? tak ke itu menunjukkan kau sudah totally bersetuju dengan semua syarat dan terma ? Confirm kalah.

    Ahmad – satu pihak je.

    wadie – zip seluar lelaki pun kau tengok jugak ? dunia dah nak terbalik

  12. apakah benda yg berwarna kuning dalam gambar yg teratas, adakah ianya sejenis pelincir??? menakutkan… dan adakah sipemakai suar trek tersebut telah memakai suar trek terbalik..(sila tgk lmbg suar trek tersebut)…

  13. itu air tin yeos la…

    kenapa mata orang lelaki melayu nampak seks sahaja ?

  14. Insafff…

  15. Man, aku pun nak insafff jugak…

  16. kalau ikut perjanjian…memang tak perlu pulang……….tapi kalau ikut sesama islam…..baik pulangkan……biar rugi dunia jangan rugi akhirat…..nanti susah nak carik oii…..

  17. kalau rasa baik hati… bagi je 1/2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


CommentLuv badge

Subscribe without commenting