Perintah Mahkamah part 2

Sambungan daripada http://tuanbri.com/blog/2011/01/perintah-mahkamah-usir-penyewa-keluar/.

Permohonan halang lelong perabot Amelina ditolak.

SHAH ALAM 6 Julai – Permohonan bekas ratu dangdut, Amelina untuk menghalang proses pelaksanaan lelong terhadap barangan perabot miliknya di rumah banglo berkembar dua tingkat yang disewa di Kota Kemuning ditolak oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Sharifah Nor Azlita Syed Salim Idid membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam yang mewakili Amelina, Hairul Nizam Omar serta hujah bantahan oleh plaintif yang juga tuan rumah, K. Madhavankutty, melalui peguamnya Arnold Andrew.

Terdahulu, Hairul Nizam berhujah bahawa anak guamnya, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharifuddin, 35, tidak mempunyai niat untuk tidak membayar sewa rumah tersebut.

Jelas beliau, Amelina mengadu terdapat kerosakan pada rumah itu dan meminta Madhavankutty, 47, membaikinya segera tetapi tiada tindakan diambil oleh plaintif.

Katanya, selepas menerima notis daripada Madhavankutty yang meminta mereka menjelaskan sewa rumah, Amelina hanya membayar RM880 dengan anggapan bakinya akan ditolak kerana dia sudah membelanjakan RM1,800 bagi membaiki kerosakan rumah itu.

”Anak guam saya dan suaminya, Reduan Mahamood tidak membayar sewa bagi Jun dan Julai sebagaimana yang dinyatakan oleh peguam plaintif kerana mereka tidak lagi tinggal di rumah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Andrew yang ditemui di luar mahkamah memberitahu, beliau akan memaklumkan keputusan itu kepada anak guamnya dan proses pelaksanaan untuk melelong dua perabot Amelina iaitu kabinet dan sofa yang diperbuat daripada kayu jati akan diteruskan.

Namun, tambahnya, pelaksanaan itu hanya akan dibuat sekiranya Amelina membuka mangga pagar rumah tersebut yang dikunci selepas mereka keluar meninggalkannya pada 22 Jun lalu.

Dua minggu lalu, mahkamah yang sama telah memerintahkan perabot milik suami isteri itu yang disita, dilelong hari ini berikutan kegagalan mereka menjelaskan sewa yang tertunggak selepas dua bulan tinggal di rumah itu bermula Mac lalu.

Bagaimanapun, Amelina kemudiannya memfailkan permohonan pada Jumaat lalu untuk menghalang perintah lelongan harta mudah alih yang telah disita.

Q :

1) apakah hak kita sebagai tuan rumah ?
2) apakah hak seorang penyewa ?

Apakah perlu kita mengheret penyewa sehingga ke mahkamah ?

Related posts:

Flora Damansara - Apt
List Nama Org Yg Nak Bunuh Diri
Soalan daripada pembaca Tuanbri.com ?

Related Posts via Categories


banner ad


2 Responses to “Perintah Mahkamah part 2”

  1. tomato says:

    serahkan pada pakar. sila2..SS setelkan^_^

      (Quote)

  2. matjoe says:

    susah jugak yer masalah ni. hopefully x dpt la tenant mcm ni

      (Quote)

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

Subscribe without commenting