Berita Terkini -->

Perintah Mahkamah-Usir Penyewa Keluar

Buat masa ni ada satu orang klien yang sedang dalam proses mendapatkan perintah mahkamah untuk mengeluarkan bekas pemilik rumah yang telah dilelong.
Ramai yang nak beli rumah lelong tak kisah akan isu ini. Yang mereka tahu, Satu Solution boleh buat.

Contoh :
Penyewa Selaseh-Part 1
Penyewa Selaseh-Part 2

Bank tidak bertanggungjawab untuk mengeluarkan pemilik lama. (ramai yang beranggapan itu adalah tugas bank sebelum melelong rumah)


(Dipetik daripada suratkhabar)

Khamis Jun 25, 2009

Pemilik rumah dapat perintah mahkamah usir Amelina dari rumah sewa!

Oleh WANI MUTHIAH DAN SHAHRIL ADZRIN

Amelina dan suaminya, Reduan Mahamood (menutup muka) berjalan keluar dari Jabatan Agama Islam Perlis selepas membayar denda di Kangar pada tahun 2000 lalu.

AWAL minggu ini, kawasan kediaman di Kota Kemuning, Shah Alam menjadi kecoh dan berlaku sedikit ‘drama’ apabila seorang pemilik rumah hadir bersama para pegawai mahkamah untuk mengusir penyewanya pagi semalam.

Yang menyebabkan peristiwa ini menjadi lebih menarik apabila, penyewa yang dimaksudkan itu adalah bekas penyanyi dangdut Amelina dan suaminya.

Menurut pemilik rumah tersebut, K. Madhavankutty, beliau telah mendapatkan perintah dari Mahkamah Shah Alam setelah Amelina dan suaminya tidak membayar sewa rumah selama dua bulan.

Jurutera Madhavankutty turut hadir bersama pegawai-pegawai Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memutuskan bekalan air dan elektrik di rumah tersebut.

“Perintah mahkamah sudah menetapkan mereka perlu melangsaikan semua tunggakan sewa mereka dalam masa dua minggu, kalau mereka masih gagal juga, kesemua harta mereka akan dirampas.” jelas Madhavankutty.

Menurut peguam Arnold Andrew yang mewakili Madhavankutty, suami penyewa rumah itu yang mendakwa dirinya seorang ‘Datuk’ telah menyewa rumah banglo berkembar yang lengkap dengan perabot dengan sewa RM2,700 sebulan.

“Dia hanya membayar sebahagian sewa untuk bulan pertama dan tiada apa-apa bayaran dibuat untuk bulan ini.

“Salah satu cek yang dikeluarkan kepada anak guam (K. Madhavankutty) semasa berpindah masuk ke rumah ini adalah cek tendang,” dakwa Andrew.

Menurut Andrew, mereka terpaksa menunggu lama untuk masuk ke rumah tersebut walaupun puas membunyikan loceng rumah itu, sehinggalah suami penyewa rumah itu datang bersama seorang peguam.

“Bila suami dia sampai baru isteri dia buka pintu dan pada masa itu juga saya terperanjat dan kenal yang isteri dia ialah Amelina,” kata Madhavankutty yang juga pemilik itu.

Kata Madhavankutty, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin lengkap berpakaian tudung dan berjubah ketika ditemui pada hari penyanyi dan suaminya itu diusir dari kediaman tersebut.

Menurutnya lagi, pasangan ini bukan sahaja tidak membayar sewa rumah tersebut, bil elektrik dan air juga tertunggak dan jumlahnya telah menjangkau lebih RM 2 ribu.

“Saya tak tahu apa yang mereka buat, saya pernah menyuruh kontraktor TNB untuk potong elektrik di rumah tersebut, tetapi suami Amelina telah mengamuk dan mengancam untuk menembak semua orang.

“Jadi pada hari yang saya datang dengan pegawai-pegawai TNB dan Syabas, mereka masing-masing datang bersama polis bantuan yang lengkap bersenjata untuk mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Elektrik dan air dirumah tersebut telah dipotong pada hari tersebut juga,” dakwanya lagi.

Tambah Madhavankutty, suami kepada Amelina, Reduan Mahmood yang menggelarkan dirinya ‘Datuk’ pernah membuat ‘Tenancy Agreement’ tetapi di dalam surat tersebut nama Amelina telah ditulis sebagai ‘Norazlina binti Tan Sri Amir Sharipuddin’.

Laporan polis telah pun dibuat oleh K.Madhavankutty baru-baru ini dan beliau telah memfakskan laporan bernombor SEK 15/012127/09 itu kepada mStar Online bagi membuktikan kesahihan berita ini.

Kata Madhavankutty, dia membuat laporan itu bagi memastikan dia tidak kerugian apa-apa dan tidak menghadapi sebarang masalah.

“Saya buat laporan polis sebab saya takut bila mereka pindah, mereka akan ambil semua barang-barang saya yang ada di dalam rumah itu dan saya takut juga kalau-kalau mereka akan rosakkan barang-barang saya.” kata pemilik rumah ini.

Menurut cerita Madhavankutty juga, jiran-jiran ada memberitahunya bahawa setiap petang mereka kerap mendengar Amelina menangis.

“Pernah jiran beritahu saya, dia terdengar bunyi seperti Amelina menangis. Malah suami Amelina pernah memarahi jiran tersebut kerana keluar berjalan bersama Amelina.

“Jiran juga ada beritahu saya, yang Amelina sekarang sedang mengandungkan anak mereka yang ke-7,” tambahnya lagi.

Nama Amelina masyhur pada awal 90-an dan terkenal kerana mempopularkan irama dangdut hingga digelar “Ratu Dangdut”. Sebelum menjadi penyanyi, Amelina pernah bekerja sebagai pekerja kilang. Penyanyi ini aktif sekitar 1990-an dan sering berganding dengan penyanyi dangdut Iwan.

Album pertama Amelina bertajuk ‘Rindu Ah Ah Ah’ berjaya terjual sebanyak 200,000 unit dan album kedua beliau ‘Asyik Asyik’ juga mencecah jualan 200,000 unit.

Antara lagu-lagu popular beliau ialah Asyik, Rindu dan Semakin Rindu Semakin Asyik.

Amelina juga pernah menyertai Anugerah Juara Lagu apabila lagu ‘Ah Rindu Lagi’ berjaya memasuki peringkat akhir kategori Irama Malaysia.

Pada tahun 1998, Amelina mengeluarkan album terakhir beliau iaitu ‘Cinta Oh Cinta’. Walaupun album ini gagal mengulangi kejayaan album-album terdahulu, namun ia masih mampu untuk terjual sebanyak 100,000 unit.

Amelina menghilangkan diri selepas berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pada 26 Mei 1999.

Berita perkahwinannya menjadi bahan berita seketika pada tahun 2000 apabila dia dan suaminya, Reduan Mahmood didenda RM600 setiap seorang oleh Mahkamah Syariah Kangar kerana berkahwin di Songkhla, Thailand tanpa kebenaran.

Perkahwinan Amelina, yang kini berusia 35 tahun dan suaminya, Reduan (45 tahun), mencetuskan kontroversi kerana tidak diketahui oleh ibu bapa Amelina.

Selepas lebih lapan tahun menghilangkan diri, Amelina, akhirnya muncul semasa upacara pengebumian bapanya yang meninggal dunia akibat sakit jantung, di Kampung Lambar, Labu Negeri Sembilan pada bulan Februari tahun ini. Dan itulah kali terakhir kelibat Amelina kelihatan.

About tuanbri

Tuanbri, Pengasas Kelab Hartawan Hartanah dan Pengarah Akademi Hartawan Hartanah telah lama berkecimpungan dalam industri pelaburan hartanah terutamanya dalam sektor rumah lelong. Beliau telah berkongsi ilmu pelaburan hartanah dengan beribu peserta seminar. Beliau Juga pernah muncul di kaca tv (TV3 dan Astro Awani), radio (IKIM dan BERNAMA) dan suratkhabar (Harian Metro).

3 comments

  1. Tula..dok nyanyi “asyik..asyik..asyik”, lupa nak byr sewa..

  2. Kebanyakan artis berpendapatan mewah pd zaman kegemilangan mereka…tp kalau tiada ilmu pengurusan kewangan yang baik, asyik berbelanja jer taktau nak menyimpan…papa kedana lah jawabnya.

  3. kalu penyewa keja as pendaftar mahkamah susah gak nak usir ni..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


Subscribe without commenting

Scroll To Top