Tekad usahawan muda www.lot.my

(Artikel dipetik daripada Utusan Malaysia)

RENCANA

ARKIB : 23/11/2010
Tekad usahawan baru generasi dot.my
(Dipetik daripada Utusan Malaysia)

SIAPA kata anak Melayu tidak mampu merentas sempadan dan berdiri di atas kaki sendiri untuk meniaga?

Bagi enam anak muda, walaupun baru berusia 27 tahun tetapi mereka telah bergelar usahawan berjaya dengan masing-masing mempunyai perniagaan berpotensi.

Bermula dari pertemuan di Pusat Pendidikan Antarabangsa (dahulunya Pusat Pendidikan Persediaan) di Shah Alam, mereka menjadikan persahabatan sebagai landasan untuk terus maju ke hadapan.

Bagi mereka, makan gaji mungkin jalan penyelesaian terakhir dalam mencari nafkah hidup kerana bagi mereka berniaga adalah jalannya.

Ada yang berniaga perkhidmatan berkaitan komputer, kemahiran matematik, menyewa buku di Internet dan menganjur kursus memborong.

Apa yang menarik, kini mereka bergabung tenaga untuk membangunkan portal e-dagang Lot.my dengan matlamat membantu usahawan tempatan menceburi perniagaan di Internet.

Untuk mengetahui lebih lanjut, mari kita berkenalan dengan mereka seorang demi seorang.

No. 1 (kawan aku ni, hehehe)

Mahir e-dagang

Khairul Anwar merupakan seorang lagi ahli lembaga pengarah Lot.my yang juga Pengarah Pemasaran, Aidan Technologies Sdn. Bhd.

Aidan Technologies merupakan syarikat pemasaran penyelesaian IT, terutamanya dalam e-dagang.

Graduan dari Purdue University, Indiana, Amerika Syarikat itu mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan dan ekonomi.

Beliau berkemahiran membangunkan sistem inventori, pengurusan, multilevel, laman web, e-dagang, multimedia dan lain-lain.

Dengan pengetahuan ekonomi yang digabung dengan ICT, Khairul Anwar menggunakannya untuk pembangunan dan mengatur strategi pemasaran Lot.my.

No. 2

Si genius matematik

Jika anda pernah mengikuti mengenai kejohanan Olympiad Matematik Antarabangsa (IMO) – kejohanan menguji kemampuan matematik para peserta yang belum memasuki kolej/universiti, anda tentu mengenali anak muda ini.

Mohd. Suhaimi Ramly, lulusan Ijazah Sains (Matematik) dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) merupakan ketua jurulatih bagi pasukan Olympiad Malaysia.

Beliau yang pernah menjadi juri termuda untuk menghakimi pertandingan IMO peringkat dunia merupakan antara pelajar terbaik pernah dilahirkan dari pertandingan itu.

Penyertaannya dalam pertandingan itu mendorongnya untuk membangunkan modul dan kaedah memahami sains dan matematik dengan cara lebih efisien melalui syarikatnya Ardent Educational Consultants Sdn. Bhd.

“Matematik bukanlah satu yang susah jika kena cara pembelajarannya,” katanya mengulas mengenai masalah penguasaan pelajaran itu di kalangan pelajar bumiputera.

No. 3

Pakar transaksi

Seorang lagi usahawan dimaksudkan ialah Luqman Zulhusni Ismael, pengasas Gerbang Emas Sdn. Bhd.

Graduan teknologi maklumat daripada Rensselaer Polytechnic Institute, New York ini mempunyai pengalaman dalam menyediakan sistem pembayaran elektronik untuk beberapa syarikat pelaburan dan teknologi.

Kepakarannya dalam bidang kewangan dan teknologi itu digunakan untuk membangunkan syarikat Gerbang Emas dan juga membangunkan sistem pembayaran di portal Lot.my.

“Sekarang memang ramai orang menjual melalui blog tetapi mereka tidak mempunyai sistem pembayaran yang baik.., dan Lot.my mampu mengatasi masalah itu,” kata Luqman Zulhusni.

No. 4

Jaguh borong

Bagi usahawan bumiputera yang pernah mengimport barangan dari China, nama Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman yang merupakan Pengarah Urusan, Anzac Consultancy tentu tidak asing lagi.

Anak muda ini telah menjadi pengasas dalam memperkenalkan kursus memborong barangan di China secara teratur, khususnya untuk kaum peniaga bumiputera.

Hasil pengalamannya digunakan untuk membantu usahawan bumiputera mengimport terus dari negara-negara seperti China, Thailand, Vietnam, India dan Korea Selatan.

Bagi bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar ini, golongan peniaga di negara ini telah lama bergantung kepada ‘orang tengah.’

“Mereka perlu memberanikan diri mengunjungi negara asing untuk mengimport barangan secara terus,” katanya yang kini giat menganjurkan kursus dan juga trip memborong ke China.

Pengalaman itu jugalah digunakan untuk menganjurkan kursus-kursus membuka laman web di Lot.my yang diadakan dengan kerjasama Mega, Utusan Malaysia.

No. 5

Bijak ICT

Seperti juga sahabatnya, anak muda yang bijak dengan pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini adalah lulusan Rennselear Polytechnic Institute, New York dalam bidang Sains Komputer.

Mohd. Akmal Akhpah yang merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Projek untuk Lotdotmy Sdn. Bhd. ini mempunyai pengalaman luas ICT.

Beliau pernah bekerja sebagai Jurutera Perisian dengan beberapa syarikat multinasional seperti Shell dan Intel sebelum memberi tumpuan membangunkan aplikasi e-dagang.

Kepakarannya itu juga digunakan untuk membangunkan portal Lot.my.

“Pasaran ICT agak perlahan masa kini dan kebanyakan pengguna beralih kepada produk yang murah dan mudah digunakan,” katanya.

Ia menjadi konsep pembangunan modul Lot.my yang mana dengan bayaran RM40 sebulan, peniaga boleh memasarkan kira 100 produk mereka ke seluruh dunia melalui Internet.

No. 6

Di luar kotak

Ramai daripada kita tidak berani mencuba sesuatu yang baru tetapi tidak kepada Nazatul Akhma.

Melakukan ‘sesuatu di luar kotak,’ mungkin itu yang dimaksudkan dengan perniagaan Nazatul Akhma apabila menceritakan mengenai perniagaan perkhidmatan menyewa buku melalui Internet yang ditawarkannya.

Graduan daripada Universiti Takushoku, Tokyo, Jepun itu menubuhkan Q’ reazant Enterprise bagi menjalankan perniagaan tersebut bersama adiknya, Raja Ezatul Akhma.

Kesimpulannya, aspirasi dan iltizam keenam-enam anak muda ini dalam menjayakan survival mereka adalah suatu yang boleh dicontohi oleh generasi masa kini.

Tanpa mengharapkan disuap oleh kerajaan, mereka mencuba melakukan pelbagai kerja dan perniagaan menggunakan tenaga empat kerat dan sekelumit minda.

________________________________
Daftarkan perniagaan anda di Lot.My.

mudah dan pantas!

Related posts:

Skim Rumah Pertama 100%
Skim Rumah Pertamaku - Part 3
Untung RM100 Juta dalam masa 5 tahun

Related Posts via Categories


banner ad


18 Responses to “Tekad usahawan muda www.lot.my”

  1. ojah says:

    Yg mana satu agak nama nick dia bird tu? Tgk cam teratur.. menarik display dia.. RM40 sebulan kalu profit more than that not so bad.. Hmmm..

      (Quote)

  2. zuraida says:

    member eda cakap semuanya muda2 lagi. tengok kat sinie http://www.lot.my/about

    kalau x silap, diorg sebaya dan satu sekolah. mmg x sangka melayu yg buat.

      (Quote)

  3. tuanbri says:

    bird = Khairul Anwar merupakan seorang lagi ahli lembaga pengarah Lot.my yang juga Pengarah Pemasaran, Aidan Technologies Sdn. Bhd.

      (Quote)

  4. kakyon says:

    bangga dengan mereka.

      (Quote)

  5. MattDemon says:

    tahniah Bird..!!,,pernah tumpang kete Bird masa wat sesi BBQ n CF101 kat homestay Melaka dulu…tak sangka Bird orang glemer..good luck..:)

      (Quote)

  6. bird says:

    thanks tuan bri, ojah, zuraida, kakyon.. seronok dpt feedback member2..

    oi matt, ko tu lagi popular.. orang international hehe..

    yes kita semua main CF101 kat melaka sampai pagi dgn geng2 lain.. sambil layan bbq yg tak habis2.. byk betul benda belajar, sbb masa tu first time main.. tq share set CF101 ko tu, aku ingat lagi ko baru beli dari hafizal time tu..

      (Quote)

  7. tuanbri says:

    bila mau organise CashFlow 101 under Aidan pulak bird ?

      (Quote)

  8. aslam says:

    fuhh,anak muda berjaya menjadi inspirasi yg lain.. terbaik la korang..

      (Quote)

  9. k.aida says:

    fuhhh…. bird yg posing terbang2 tuh eh… hebat…

      (Quote)

  10. bird says:

    hahaha manala ko curi gambar terbang tu? mesti dari FB siapa2 ni.. paparazi sungguh..

    kitorang takde set Cashflow la. kalau boleh bawak, nak buat kat ofis Aidan anytime je, malam sampai pagi pun ok. maybe kitorang boleh sponsor makan-minum sket ke.. jomla..

      (Quote)

  11. tuanbri says:

    macam ni bro…
    Aidan sponsor makan makan
    Satu Solution sponsor venue.

    Hari sabtu, pukul 3ptg.

    On ?

    Siapa minat boleh daftar nama

      (Quote)

  12. ojah says:

    tak pernah main CF101.. tu agak tak terrer hartanah kut heheh..

    tu la tumpang bangga gak ade org kita buat portall.. hi time.. nanti ade lab usahawan wilayah timur.. nak hilight jugak kewujudan portal ni.. sebab org kita ade produk tapi tak reti nak kembangkan.. emel pun takde, website lagi la tarak..

      (Quote)

  13. Farina says:

    Salam. Dalam akhbar semalam, saya terbaca tentang wanita berniaga dalam lot.my. Saya search di yahoo terjumpa blog ni.

    Saya nak tanya, betul ke berniaga di internet boleh dapat pelanggan-pelanggan malaysia? Saya memang minat berniaga, tapi baru belajar dunia internet.

    Sekarang saya tolong pakcik saya jual barang2 dari negara jordan di kedah dan perlis. Saya nak kembangkan lagi perniagaan saya ke seluruh semenanjung.

      (Quote)

  14. tuanbri says:

    farina, anda boleh mula di http://www.lot.my
    semudah 1 2 3 untuk buka laman web anda.

    dengan internet anda menjangkau semua orang di dunia ini, bukan setqakat di kedah dan perlis sahaja.

      (Quote)

  15. matjoe says:

    awesome btul. mmg best laa baca.

      (Quote)

  16. dean says:

    salam,

    boleh x kiranya saya tahu mcm nak hubungi En Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman Pengarah Urusan, Anzac Consultancy Sdn Bhd kerana saya amat berminat untuk mengikuti program yang beliau anjurkan.

    tq

      (Quote)

  17. SJ says:

    salam, boleh hubungi 017-2517515…

    atau lawat website saya di http://www.kursusborongchina.com

    terima kasih

    SJ

      (Quote)

  18. tuanbri says:

    semakin ramai yang ingin ke China selepas menonton rancangan borang barang di China TV3 majalah 3….

    Boleh kontek saudara Shahabudeen untuk keterangan lanjut.
    Beliau sudah lama menjalankan perniagaan borong ini….

    Hati hati dengan kursus lain ygn seakan akan sama tetapi bukan dianjurkan oleh Saudara Shahabudeen ni…

      (Quote)

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

Subscribe without commenting