banner Tuanbri.com merupakan satu Jurnal
perjalanan dan perkongsian
pelaburan hartanah.

Kelab Hartawan Hartanah ditubuhkan,

Seminar Hartanah juga diadakan untuk menggalakkan lebih ramai
lagi orang Islam menceburkan diri
dalam pelaburan hartanah.
Subscribe my blog.
More...
Feb
15th

Skim Rumah Pertama 100%

Author: tuanbri | Files under Articles, Featured Articles

Ini berikutan pembentangan bajet 2011 oleh YAB Perdana Mentari Malaysia.

Ingat lagi petikan ini ?:

* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000. Sesiapa yang ingin membeli rumah, perlu mendapatkan jaminan daripada (yang aku rasa ialah) PROKHAS sebagai instrument/badan yang memberi jaminan kepada bank.
Ini juga tertakluk kepada mereka yang mempunyai pendapatan Seisi rumah RM3,000 ke bawah. Dalam ertikata lain, LOAN 100%!. wow wow (tapi bukan utk aku)

dipetik daripada http://tuanbri.com/blog/2010/10/bajet-2011-pelaburan-hartanah/

Skim beli rumah tanpa deposit

2010/10/16
Milikan pertama bagi gaji kurang RM3,000

KERAJAAN akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas Bhd (Cagamas) yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

Skim ini untuk pembeli rumah pertama yang berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan. Dalam kata lain, pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan seperti amalan lazim.

Pada masa sama, hanya pembeli rumah pertama juga akan diberi pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik sebuah rumah berharga tidak melebihi RM350,000.

Kerajaan juga mencadangkan pengecualian duti setem 50 peratus diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai pembelian rumah pertama itu.

Bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah pula kerajaan menyediakan RM568 juta bagi membina 300 kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit di bawah Projek Bantuan Sewa Rumah.

Selain itu, bagi membantu golongan pekerja estet memiliki rumah, kerajaan akan menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah dengan peruntukan RM50 juta yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Skim ini terbuka kepada pekerja tetap estet dan warga negara Malaysia untuk mendapatkan pinjaman perumahan maksimum RM60,000 bagi membeli rumah kos rendah pada kadar faedah maksimum empat peratus dengan tempoh pinjaman sehingga 40 tahun, menjangkau generasi kedua.

Bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah kerajaan menggariskan tiga langkah penambahbaikan pada bajet ini. (Ini KHAS untuk kakitangan Kerajaan Sahaja !)

1- Langkah pertama ialah membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik;

2 – menggandakan kadar pinjaman kepada RM20,000
berbanding RM10,000 untuk kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua.

3 – Langkah ketiga, menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa kini.
Semua langkah penambahbaikan pinjaman perumahan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011.

Nota Tuanbri – Perlu diingatkan kalau loan 100%, maka bayaran bulanan akan bertambah tinggi.

Contoh :

Rumah RM200,000
Deposit RM20,000
Pembiayaan Rumah = RM180,000
Bayaran Bulanan kepada bank = RM891

Kalau loan 100%,

Bayaran Bulanan kepada bank = RM990

*ini adalah berdasarkan BFR 6.5% minus 2.2% dan jangkamasa 30 tahun.

Perbezaaan RM110 sahaja ?

Macammana korang nak apply untuk dapatkan Skim Pinjaman Rumah Pertama ni ?
Apa syarat syarat dia ?

Apa pendapat anda ? Bagus atau tidak?

m4s0n501

31 responses. Wanna say something?

  1. tuanbri
    Feb 15, 2011 at 17:10:43
    #1

    Ini untuk korang semua :

    Cagamas Berhad

    MY FIRST HOME SCHEME

    Cagamas Berhad, the National Mortgage Corporation and leading securitisation house, welcomes the announcement of the proposed My First Home Scheme (“Skim Rumah Pertamaku”) by the Prime Minister as part of the National Budget 2011. Cagamas is currently in the process of working out the details of the implementation of the scheme and will make the necessary announcements in due course.

    – Masih dalam Proses ???
    – sampai 2020 ??

  2. semang
    Feb 15, 2011 at 23:18:27
    #2

    hemmm….. Skim Rumah ketiga, keempat dan seterusnya tak ada ker…. :p

    kawan2 saya semua menunggu details skim nie….. dah berjanggut dah haaa……

  3. eezone
    Feb 16, 2011 at 00:13:06
    #3

    laa belum boleh digunapakai ke? ingatkan terus boley apply…masih tak mudah juga rupanya proses dia…

    tapi kalau dapat buat 100% loan untuk rumah investment, masyukkk tu….

  4. wardah
    Feb 21, 2011 at 14:38:24
    #4

    baru jek semangat nak apply, rupe²nye tak boleh lagi ye

  5. samutha
    Feb 23, 2011 at 21:19:06
    #5

    still in process of wrkg out tis scheme huh?? Hw long hv 2 wait?? I alrdy pay booking fee..

  6. arep
    Feb 23, 2011 at 22:28:55
    #6

    ramai juga buyer aku tanya soalan ni.. pening aku nak jawab.. dah kuat kuasa ke Tuan Bri..

  7. tuanbri
    Feb 24, 2011 at 00:49:37
    #7

    u paid booking fee ?
    but u dont ask about the scheme first before buying ?

    a bit weird.

  8. rutt
    Mar 9, 2011 at 13:21:58
    #8

    kecoh lah korang ni….sabar la!!!!!!!!!!!!!

  9. dinsblog
    Mar 9, 2011 at 15:59:28
    #9

    Skim rumah pertamaku…ada pro and cons.biasanya yg susah adalah nak dapatkan 10% tuh..bukan semua bergaji besar.jadi dengan adanya skim ni boleh meringankan beban org yg nak beli..dah salah satu peluang untuk 1st time melabur dlm hartanah…mcm staff gomen skrang nie pun memang loan rumah 100% jugak kan?

  10. tuanbri
    Mar 10, 2011 at 01:58:45
    #10

    dah ada sambungan daripada posting Skim Rumah Pertamaku

    Skim RUmah Pertamaku Part 3

  11. adib
    Mar 10, 2011 at 11:21:08
    #11

    mcm mana nk jd ahli kelab hartawan hartanah?mau join da club…huhu….

  12. iera
    Apr 3, 2011 at 11:35:09
    #12

    i mmg berminat dgn skim ni… kalau bleh i nk tau lebih lanjut coz i mmg ade hajat nk membeli rumah ni tp x tau ape patut i buat… :-( ape yg patut i ambil tahu,ape yg patut di elakkkan… ape yg patut i sediakn dll…

  13. nazeri
    Jun 30, 2011 at 19:05:21
    #13

    mcm mana nk mohon?

    blh tolong ajar x?

  14. aiya
    Jul 14, 2011 at 09:39:47
    #14

    nak tanya … kalaw 100% loan .. kite x boleh buat pengeluaran kwsp ke ? saya ada baca .. diorang punya web ada tulis ….
    Keperluan Pembiayaan :-

    KEMUDAHAN UNTUK MELUNASKAN SAJA (TIADA CIRI YANG MEMBERIKAN KEMUDAHAN UNTUK PENGELUARAN) …
    boleh sape2 tolong jelaskan ..

  15. dinsblog
    Jul 14, 2011 at 14:09:29
    #15

    dari pengalaman saya sendiri…walaupun pinjaman 100% tapi still boleh keluar KWSP.

  16. tuanbri
    Jul 14, 2011 at 17:36:32
    #16

    boleh mohon TERUS dengan bank….

    semua bank dah implemen loan 100%

  17. tuanbri
    Jul 14, 2011 at 17:37:03
    #17

    Boleh, ada 2 jenis pengeluaran KWSP selepas pembelian rumah

  18. man
    Jul 20, 2011 at 17:33:18
    #18

    Salam..

    macam mana nk apply loan 100%?
    rumah 2nd hand boleh ker?
    refer dkt laman web srp.com.my xder pape pon..
    konpius larrr..mcm gimik Najib jer :)

  19. tuanbri
    Jul 20, 2011 at 21:58:20
    #19

    boleh contact saya untuk apply loan….

    email saya..

    saya buat loan untuk bank OCBC, Alliance Bank dan Maybank

  20. man
    Jul 21, 2011 at 15:14:11
    #20

    boleh kasi no phone?
    nnt saya call..nk apply loan nih :)

  21. aiman
    Sep 3, 2011 at 10:52:28
    #21

    tak dak per yg boleh dibanggakan dengan pinjaman rumah pertamaku,….tiada ke istimewaan

  22. Azlan
    Sep 7, 2011 at 17:20:52
    #22

    apa contact no. tuanbri, saya nak try apply …

  23. ida
    Dec 16, 2011 at 13:57:14
    #23

    tuan bri…

    boleh bagi contact number…sayer nk try apply utk skim rumah pertama nie..mekaseh..

  24. tuanbri
    Dec 19, 2011 at 05:26:30
    #24

    untuk apply, boleh berjumpa dengan pegawai bank yang berhampiran..

    mereka tahu mengenai Skim Ini..

  25. juja
    Jan 2, 2012 at 21:59:13
    #25

    yep..nak jugak, tentera x leh wat ke?…susah betul nak buat pinjaman, padahal nk beli rumah je…takkan nak merempat 1 keluarga..

  26. anne
    Apr 2, 2012 at 00:35:13
    #26

    Sy nk apply loan utk skim rumah pertamaku.bleh xencik tlg sy.

  27. tuanbri
    Apr 4, 2012 at 05:14:47
    #27

    yep..nak jugak, tentera x leh wat ke?…susah betul nak buat pinjaman, padahal nk beli rumah je…takkan nak merempat 1 keluarga..

    buat masa ni,
    tuan merempat di mana ?

  28. suriatie
    Jul 4, 2012 at 09:54:49
    #28

    klu black list confirm xleh buat kan skim rumah pertama ku ni??? :-(

  29. tuanbri
    Jul 4, 2012 at 10:28:08
    #29

    suriatie,

    memang CONFIRM tak boleh sebab SRP atau skim rumah Pertamaku ini menggunakan BANK sebagai peminjam, bukan perbendaharaan Kerajaan Malaysia.

    Kalau blacklist, saya nasihatkan supaya berjumpa dengan perancang kewangan terlebih dahulu

  30. maria
    Sep 26, 2012 at 20:43:20
    #30

    nak juga umah ptamaku ni.tapi tak tahu mcm mne..ssh tak nak dptkan nye.mcm mne carinye.ada siapa2 yg tahu

  31. tuanbri
    Nov 1, 2012 at 23:49:08
    #31

    kena tanya PIHAK bank …
    mereka pun ada juga yang tak tahu

Post a Comment