Selalu yang didengari ialah Pembeli atau Pemilik ditipu oleh agen. Yang ini jarang-jarang.

Ini Gambar uncle Dodi. Tak ada kena mengena dengan ini cerita.
-Ini masa aku dan dia settlekan hal Penyewa tak bayar sewa.
Baca :
Ejen Hartanah Dakwa Ditipu, Wan Norazlin Jelaskan RM16,000
PETALING JAYA: Seorang ejen hartanah yang mendakwa ditipu pelakon drama terkenal, Wan Nor Azlin Wan Mohd Husain,42, sudah menerima pembayaran sebanyak RM16,000 yang telah dibuat oleh pelakon tersebut, Isnin lalu.
Eksekutif Kanan Harta, Asian Land Realty, Khaliah Abas, 42, itu juga memberitahu pembayaran tersebut telah dibuat melalui cek yang disampaikan oleh peguam pelakon itu dari Tetuan Azaine & Fakhrul selepas satu perbincangan di luar mahkamah dilakukan. “Saya sudah menerima cek pembayaran sebanyak RM16,000 Isnin lalu melalui Tetuan Azaine & Fakhrul. Pembayaran dibuat selepas mereka menganggap saya serius untuk mengambil tindakan terhadap Wan Norazlin. “Saya sudah serahkan semua dokumen kepada peguam saya iaitu Tetuan Kc Lim & Co untuk difailkan ke mahkamah, namun kemungkinan peguam saya sudah berbincang dan mahu perkara ini diselesaikan secara baik di luar mahkamah,” ujarnya.
Mangsa, Khaliah telah membuat pendedahan kepada mStar Online pada 2 September lalu selepas beberapa kali gagal menghubungi artis berkenaan dan peguamnya bagi menuntut komisen sebanyak 2 peratus dari hasil jualan rumah yang berjumlah RM16,000.
Menurutnya, artis wanita itu gagal menunaikan janji untuk memberikan komisen sebaik sahaja harta iaitu sebuah rumah miliknya dan suami itu berjaya dijual. Bagaimanapun, Khaliah berkata pelakon tersebut masih tidak menghubunginya bagi menjelaskan perkara sebenar kelewatannya membuat pembayaran tersebut, malah mengeluarkan kenyataan kepada media sebelum ini bahawa dia tidak mengenalinya Khaliah. “Selepas urusan jual beli itu saya banyak kali cuba hubungi dia tetapi tidak berjawab sehinggalah saya terpaksa mengambil tindakan berjumpa media.
Semasa membuat pembayaran ini juga tiada sebarang pesanan daripada dia kecuali sepucuk surat daripada peguamnya sahaja. Saya lebih kesal apabila dia beritahu kepada pihak media bahawa saya cuba mengaibkannya,” katanya.
Dalam pada itu, Khaliah memberitahu peristiwa tersebut benar-benar mengajarnya agar lebih berwaspada untuk berurusan dengan golongan selebriti. “Sebelum ini saya cuba untuk bantu dia tapi ini balasannya terhadap saya. Bukan dia seorang sahaja selebriti yang mengunakan khidmat saya, ada beberapa orang lagi tetapi semuanya tiada masalah,” katanya. – mstar
wow..bukan kita mesti sentiasa berwaspada , tak kisah la golongan selebriti ataupun orang biasa ??
16000, kalau 2%, rumah terjual tu 800k…wow.
reader(Quote)
hehe.. ejen tuh ugut nak edar video kalau tak bayor..
ben(Quote)
vid dia dah lama dah t’sebar.
BabyfaceX(Quote)
yaa, edar video kalo tak bayar..baru raso..
zz(Quote)
yup…edar video hahaha…….
fifa(Quote)
Bro tumpang tanye .. gambar org yg paling ujung tu .. kalau tak silap uncle khalid tuh.. x – jiran aku dulu.. haha.. ko kenal ke ?
helmo(Quote)
untung ratus2 ribu pon x nk bayar komisyen…
hafiz(Quote)
arghhh… sengal tul. ni antara masalah orang yang terlalu tamak?
jumaat dulu
Ahmad(Quote)
saya pernah di blck list kan disebabkan adik si minah ni….bila kita mntak duit kene maki hamun plak…..meyusahkan org….
mat(Quote)
rm800k rumah kat kota damansara tu rasenye rumah semi D. sbb member aku baru jual rm500k link house double storey kat area sana. harga asal rm300k. untung sekejap jer
smile
(Quote)