Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Aduan Rakyat (6)-Saya Beli Rumah 2 Storey Dengan RM1,000 Sahaja

Malam tadi aku pergi berjumpa dengan junior aku dulu daripada salah satu firma Audit yang terkemuka di Kuala Lumpur. Nama dia Rosli (bukan nama sebenar). memang bukan nama dia.

Aku harus jumpa dia, sebab di berada di persimpangan dilema…

Apa dilema dia ?

Pernah dengar nama MAPEX ? 18-20 March 2011.
Dilansungkan di Midvalley pada hujung minggu yang lepas.

Ada banyak properties yang dijual secara Package….

So Rosli ni dah pergi tengok MAPEX pada hari sabtu dan berkenan dengan satu hartanah di Kajang. Balik daripada situ, dia terus pergi tengok tapak cadangan hartanah tersebut dan terus jatuh cinta. Hari ahad, keesokan harinya dia pun pergi balik ke booth jualan dan tanpa segan silu bayar deposit….


Harga rumah tersebut ialah RM300,000….
Rumah teres 2 tingkat. Daerah Kajang. Freehold.

Standard practise untuk beli rumah : Deposit 10%
Pinjaman Bank : 90%. Bayaran bulanan = RM1,300

Jadi sepatutnya dia kena bayar RM30,000 untuk bayar deposit dalam pembelian hartanah tersebut. Dalam kes Rosli, dia diberi diskaun sebanyak 7% kerana dia beli Bumi Lot.

Sekarang ni deposit yang dia perlu bayar ialah 3% sahaja, iaitu RM9,000. Betul tak ? Bila aku tanya dia, berapa yang kau bayar ?
Dia cakap bayar RM1,000 sahaja. Kos Peguam Jualbeli ditanggung oleh Pemaju. Kos Peguam Pinjaman Bank dimasukkan ke dalam pinjaman bank.

Kalau Bayar RM1,000, berapa peratus deposit yang dia bayar ?
Rm1,000/Rm300,000 = 0.33% (wow! not even 1%) Tak Percaya ?
Bayar 0.33% dapat rumah sebijik? Rumah 2 tingkat ? Freehold ?

Mana datang RM8,000? Ini adalah rebat yang diberi oleh Pemaju kepada Pembeli. Kenapa? kena tanya pemaju. Memang selalunya pemaju akan bagi Rebat dalam menggalakkan orang ramai membeli hartanah yang dijual oleh mereka.


………………………………………………..
berbalik kepada cerita Rosli (R) ni tadi.

R : Ok ke tuanbri (TB) aku beli rumah ni ?
TB : kau beli kenapa ?
R : sebab aku rasa nak beli. Nak kena ada ‘something’ . kawan aku pun baru angkat semi D sebijik. Dia kata kena beli sekarang sebab nanti harga rumah akan naik lagi…
TB : wow! kau tak sure kenapa ? kau kerja kat Shah alam tapi beli rumah kat Kajang ?
R : Nanti bila rumah siap, aku cari la kerja dekat Kajang pulak.
TB : mmm. camtu pulak plan kau…senang ke cari kerja sekarang ni ? kalau tak dapat camne ?
R : aku jual la rumah tu. Bila dah siap, SURE harga rumah tu akan naik kan ?
TB : pernah tak harga rumah kat Malaysia ni jatuh ?
R : eh, mana pernah….US lain la..

Cadangan aku kepada dia :

Seminar Hartanah – 4 Langkah ke Arah Hartawan Hartanah

1. Kenalpasti terlebih dahulu apa yang R nak dalam hidup dia.
2. Jangan ikut kawan. Dia terjun lombong, kau terjun jugak ? Dia tahu berenang, kau tahu ke ?
3. Buat pelaburan dalam diri sendiri dulu. Beli rumah bukan macam beli Ayam. Bila busuk, boleh dibuang beitu sahaja. tak percaya ? Korang boleh rujuk kepada Bila Bankrap nak buat apa ? dalam blog Tuanbri.Com. Berapa ramai yang bermasalah ?

Apa perkembangan dengan Aduan Rakyat terdahulu ? :
http://tuanbri.com/blog/2011/01/aduan-rakyat-4-saya-nak-beli-tbr/

  • Aku suka pendekatan Tuan Bri, bila ada sesuatu myth atau satu kepercayaan yang orang biasa sebut dan pegang macam

    “harga rumah akan terus naik”
    “saya dengar pelaburan kat situ bagus”
    “harga emas akan terus naik”

    Tuan Bri mesti tanya, sapa cakap? sapa bagitahu? Mahathir? hahhahahah terkedu nak pikir time tu

  • Bestnya. Beli rumah RM300K bayar RM1K je. Kenapa la dia tak fikir “kalau projek tu boleh ‘boom’, kenapa developer perlu bagi rebet sampai RM8K? Entah-entah dia pakai bahan binaan ‘cap ayam’ kot? Tak logik, tak logik..

    • aku suke betul bace aduan rakyat bri ni
      dulu2 aku suke buat aduan rakyat jugak
      hehehehe

      Joefizi, dah berapa biji ur property… jom tambah… sebelum tu jom mencambah fikiran…

  • Bro, nak tanya ni. slalu tengok kat mudah.my ada advert yang bagitau bank loan only… government loan not eligible.. ada something fishy ke kat situ? ataupun ada maksud lain?

    tq

  • mmg selalu projeck baru camtu, most project baru. apapun kene laa tahu nak wat apa tanah tu.

    mcm ko cakap, jgn org terjun ko pun terjun

  • Kalau ada holding power… angkat je.. 1k for 300k property… Lain le kalau 300k kereta… depreciation banyak…

  • Assalamualaikum

    Aku pernah dgr sifu2 property pernah cakap….dont buy property from property fair….kita nak beli property kena ada
    objective yang jelas….
    1) own stay or investment
    2) budget
    3) location
    4) if investment cashflow or capital growth
    5) dont buy property rushing…lack of information
    6) bagi aku utk landed or new propperty…aku buy from tier 1 or tier 2 public listed company property KLCI….
    7) flow exacty earlier planning….
    8) developer backgroud
    9) dan lain2 lagi

  • Kena consider faktor:

    1. Untuk duduk
    2. Untuk Pelaburan
    3. Untuk kedua-dua (sambil memyelam minum air)

    Tapi yang penting jgn ikut orang, dapatkan feel sendiri..

  • Salam…

    Hmmm citer si Rosli lebih kureng dekat2 nak nak sama dengan citer member aku ler………kes dia adalah beli kat Hill Park Bandar Teknologi Kajang rasanya… Fasa berapa ntah.. tak tau la maner dia dia jumpa property tu…dulu aku pi tgk dgn bini aku fasa 1 RM 231k jer sekarang meloncat naik tak agak2 hahahahaha……..RM350 rumah teres dia …20×70……tapi lawa ler…………..nasib baik aku ambik fasa 1 dulu.

    hmmmmm bab beli umah ni aku setuju dengan pendapat semua……..tepuk dade tanyalah selera……tapi rasanya kalau beli landed property Insya Allah tak rugi kot…..ada sesapa nak komen?

    TB, tu la kawan ko tu rush sangat apsal haaaaa…….ape nama kawasan perumahan yang si Rosli ni beli?

  • Aku suka cakap MAHIR79 kat atas memula tadi:

    Tuan Bri mesti tanya, sapa cakap? sapa bagitahu? Mahathir? hahhahahah terkedu nak pikir time tu!

    Apa pun kalo nak invest, kena gi belajar dulu.. Kelak menyesal diri..

  • Salam semua.

    Sy ada 1 unit Tiara Beach Resort utk dijual.
    Studio apt, Blok F Tkt 1 ( Harga : RM 75,000/= )

    berminat , call Nazri 012-2622808

    Tq.

  • tuan bri, bagaimana jika setelah kita periksa tiada kaveat pada rumah lelong tapi tiba tiba selepas kita menang lelong, rumah tu baru di letakkan kaveat. adakah ini pernah berlaku dan cara nak atasinya
    tq

  • >