Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Aduan Rakyat (7)-Penyewa Kurang Ajar

Dalam mengejar Pendapatan Pasif (PP), kita akan menempuh pelbagai rintangan. Ini bukan skim cepat kaya, atau skim MLM (seperti yang banyak dibongkarkan oleh Aidid Muadid) atau Skim Cari Kaki.

Bagaimana kita mahu menjana Pendapatan Pasif (PP) ini bergantung kepada kebijaksanaan dan kekuatan mental kita dalam mengharungi cabaran.

Salah satu cabaran adalah Penyewa. Ye betul! Penyewa anda adalah cabaran anda. Ramai yang bertanya kepada saya, bagaimana nak cari penyewa yang tak bagi masalah lansung. Saya akan lancarkan e-book ‘Rahsia Penyewa Setia’ tak lama lagi. Sesiapa yang mampu berkata “Penyewa saya semuanya tak ada masalah.” Saya boleh katakan dia menipu.


Masalah itu kita boleh kategorikan sebagai kecil atau besar.

Kecil = Lambat bayar sewa, tetapi still bayar sewa.

Besar = Lambat bayar dan kemudiannya tak bayar lansung. atau sewa dah start lewat sebulan.

Ada satu kes. Tuan Rumah ialah Rosli (bukan nama sebenar) mempunyai beberapa hartanah di Kuala Lumpur dan Sekitarnya. yang memberi masalah pada Rosli ni sekarang ialah satu rumah sewa di Kuantan.

Penyewa merupakan pengusaha restoran atau kedai makan di Kuantan. Makcik A (bukan nama sebenar) yang menyewanya. Pada mulanya dia berurusan dengan Abang Ipar Rosli, Rahmat memandangkan Kuantan dan Kuala Lumpur agak jauh…(160km..agaknya).

Makcik A sudah mula buat hal. Lambat bayar sewa. Kemudiannya bergaduh pula dengan Rahmat. Berdasarkan cerita si Rosli ni, Makcik A ni banyak songeh. Ini tak betul, itu tak betul.

Kemudiannya dia mengugut nak keluar rumah.

O, Rosli bersetuju. Sehingga 2 bulan lebih, Makcik A masih lagi menginap di Rumah Tersebut. Rahmat idak lagi sanggup berhadapan dengan Makcik A. Segala urusan kini diuruskan terus oleh Rosli. Notis sebulan sudah diberi kepada makcik A. Anak makcik A, Siti (bukan nama sebenar) pula masuk campur. “Kenapa pula nak halau kami?” , “Kami bayar sewa” lagaknya.

Rosli dah mula pening kepala. Bila check dengan TNB, bil dah tak berbayar selama 5 bulan. Wow!, TNB masih belum nak potong lagi. Rosli dah travel KL-Kuantan macam setiap minggu pula nak settlekan isu ni. Bila check balik, tiada Perjanjian Sewa ditandatangani semasa Makcik A mula menyewa (salah Rahmat!).

Apa yang patut Rosli buat ?

a) halau Makcik tu. Apa cara nak halau ?
b) bagi notis lagi.
c) bayar makcik tu sebagai gantirugi terpaksa keluar daripada rumah tersebut.
d) kekalkan Makcik A sebagai penyewa. Buat peraturan baru ?

  • a) i. guna cara halus…. santau, makhluk hitam…
    ii. guna cara kasar… hantar kaki pukul…

    @

    guna cara HKLBR—> kita bako!!! kita bako!!!

  • pendapat saya

    a) halau Makcik tu. Apa cara nak halau ? Potong api dan air

    b) bagi notis lagi. – kl dah tak reti bayar sewa tak perlu nak bagi2 notis lagi. Buat laporan polis much better kata makcik tu menceroboboh

    c) bayar makcik tu sebagai gantirugi terpaksa keluar daripada rumah tersebut – kenapa nak bayar gantirugi makcik tu pula

    d) kekalkan Makcik A sebagai penyewa. Buat peraturan baru ? – cari penyewa lain.

    Share on Facebook

  • bagi notis suruh kluar..kalau degil potong bekalan air,degil lagi potong elektrik…..susah nak hidup takde air n elektrik…

  • masalah ni memang serius..
    suka tak suka terpaksalah isteri si rosli tu menandatangani surat setuju bermadu dengan anak makcik A tu… he.he seronok ar si rosli dapat bini baru..

  • “Maaf Makcik A, ini bakal pembeli rumah ni. Dia nak duduk sini bulan depan dan dia baru je bayar downpayment RM50K kat saya” kata Rosli kepada Makcik A sambil tangannya menunjuk kepada AE (bakal pembeli olok-oloknya yang berbadan tegap lagi sasa)..

  • not as easy as potong utilities. Unfortunately, undang undang menyebelahi penyewa. As owner, we can ask lawyer bagi surat atau buat polis report. But polis cannot do anything as this is not under their jurisdiction. not criminal atau jenayah….Yes, buat report, tapi no action can be taken without court ruling. Lawyer can give a letter called ‘ distress and eviction’, but legally still very vague. That means u as kalau tenant tak reti reti nak bayar jugak, u as owner will have the right to auction any valuable from the house untuk cover sewa yang tak berbayar.

    yang penting, jangan sekali2 ugut atau pergi sita rumah tu…penyewa pulak boleh ambil tindakan atas alasan tuan rumah menindas mereka…ada dah kawan yang kena saman balik although penyewa tu tak bayar for over 1 year.

    Memang mengecewakan, and buat kena nak marah….tapi itu hakikatnya…

    make sure ada perjanjian, and mintak nasihat lawyer sebelum bertindak….

    ingat penyewa juga ada hak…kita tuan punya ada hak dibawah undang2…juat the approach kena careful sikit…

  • “best”lah penyewa en rosli bersenang lenang duduk rumah dia FOC. Satu cara yang baik juga bawa ustaz atau pak imam beri ceramah agama pada makcik tu.

  • since tiada perjanjian sewa…elemen menceroboh boleh digunapakai…satu lg tuan rumah kan duk KL n rmh sewa di Kuantan…buat report polis…potong utilities…hati mau kering!!

    ~al_husni~

  • pada aku.. ada kelebihan sbb dia ni tak buat perjanjian sewa..so, makcik tu tak di coverkan dlm any agreement.. just buat report polis..cakap makcik tu menceroboh rumah.. boleh dikategorikan sbg mencuri masuk.. kalau dia kata dia sewa rumah tu, suruh dia buktikan pada polis.. dlm masa yg sama, potong api n air.. ni kes mudah jer..

    kalau ader agreement tu yg susah skit, sbb polis mesti akan cakap.. ni luar bidang kuasa dorang sbb dah ader agreement.. kena masuk civil court..

    cara lain..ko riki2 anak dia.. kot kot boleh pasang dua..
    hahaha..

    • Jika ambil jalan baik seperti undang undang kdg kdg become
      worst…sebab malaysia law macam kura kura…lambat sangat,lebih malang lagi peguam yg menguruskan lembab dan jahil…tau ambil duit je keje tak buat…….akhir nya penyewa yg biadab bermaharajalela………itu yg susah nyer
      jika badan yg diberi kuasa tidak pro,amanah,tegas…kan pelik kes yg mudah begini boleh mengambil masa bertahun
      tahun…sedangkan kes antatuya dah selesai di malaysia….

  • saya ada satu idea yg tak berapa logik, upah kontraktor bawak kren angkat bumbung rumah taruk jauh jauh, biar penyewa takdak bumbung, biar dia rasa azab bila hari hujan. maunya satu family pakai baju hujan duk dlm rumah. gurau jer tuan bri jangan marah kikikik

    • har har har
      GGG (gelak guling guling)

      mana ada marah…lawak adalah…
      ada ke orang dah pernah cuba cara ni ?

  • Assalamualaikum… Sy pon alami mslh jgk… Pnyewa xnk kluar… Api dh potong tp die sambng sendiri.. Kiranya pki api free… Tu lg samseng… Air pon dh potong… Kbrangkalian utk die smbng air sendiri ada… Ssh hati kami… CAra ape lg nk buat… Bg die kluar…. Xbyr umh Xpla… Janji kluar…

    • Salam.

      Dah berapa lama perkara ini ?

      Boleh tinggalka contact number utk pihak kami hubungi ?

  • Tuanbri, nak tanya pendapat sket. Tenant sy dah nak masuk 3 bln x byr sewa ni. Agreement dah dibuat. Notis lawyer penamatan sewaan dan tuntutan tunggakan sudah dihantar. Bil elektrik dan iwk, maintenance taman dah berjumlah beribu masih tertunggak. Itu belum masuk jumlah tunggakan sewaan terkini lagi. So skrg ni sy dah lost contact dengan penyewa. Dah berkali g rumah sy, tenant xde kat rumah. Menurut jiran2, penyewa sy blk hujung minggu dan pd lewat malam shj. Skrg ni sy tinggal di terengganu tp rumah di kajang. So apakah tindakan yg sy boleh buat utk mhalau tenant keluar? Adakah sy boleh psg padlock dgn harapan dia akan contact sy balik?. Kalu dpt jumpa xpe, ni kalu x jumpa mcm mana plak.. Huhuh.. I really need your advice bro. Tindakan yg sy boleh ambil utk menghalau tanpa melanggar undang2..

    • salam tuan..
      Anda boleh hubungi pihak kami untuk bantu anda…

      memang selalunya masalah sebegini sepatutnya diselesaikan ikut carayang tidak melanggar undang-undang.

      Boleh pasang padlock dan tinggalkan notis, untuk beliau hubungi tuan balik.
      mungkin beliau dah tak ada no telefon tuan, handphone hilang ke atau sebagainya.

  • Salam tuan

    Kalau penyewa tak bayar bil electrik apa yang blh saya buat? Dah call janji nak byr sikit2 tapi senyap terus. Dia dah keluar pun dari Rumah saya itupun bila saya bagi notis keluar.

  • Assalamualaikum,
    Penyewa saya memohon agar 2 bulan terakhir sewa ditolak dari deposit. Saya tidak memberi kata putus sebab deposit hanya akan dipulang bila rumah sewa diserahkan dlm keadaan “elok”.
    Selama dua bulan terakhir penyewa sukar dihubungi. Saya ingin meminta kunci extra yang saya beri pinjam sebab saya ada penyewa baru yg ingin melihat rumah dlm tempoh itu. Tetapi penyewa amat jarang dapat dihubungi dan memberi pelbagai alasan.
    Satu hari saya dapat naik ke tingkat rumah sewa saya dan saya dapati bau najis(kencing) kucing di luar apartment saya yang hampir semua tingkap dibuka. Penyewa saya ini dikatakan membuka “petshop”.Saya jangka apartment saya ini dijadikan stor bin
    Bagaimana nak tuntut ganti rugi rumah sewa yg dirosakan penyewa. Sbb dia minta deposit 2 bulan utk offset dgn 2 bln terakhir tinggal disitu. Sekarang dia menafikan beberapa kerosakan dan mencadangan pembaikan rumah tidak masuk akal.
    Jika diikutkan anggaran ganti rugi hampir atau barangkali lebih dari deposit 2 bulan dan dengan itu ada tunggakan 2 bulan sewa.
    Minta tolong amat sangat jasa tuan untuk membalas.

  • >