Seminar Hartanah yang dianjurkan oleh Tuanbri.Com setakat ini alhamdulillah mendapat sambutan.
Gembira hati bila melihat masih ramai lagi orang islam yang meminati pelaburan hartanah….masih ramai lagi yang berminat untuk beli rumah, tak kisah sama ada nak beli rumah lelong, rumah Subsale, under construction, dan sebagainya.
Janji tips beli rumah kita dapat share sama sama….
Maka demikian, berakhirlah Seminar Hartanah – Langkah 1 untuk sesi kedua 2011. Akan diadakan lagi dalam masa terdekat ini sekiranya ada permintaan.
Seminar akan datang telah dirancang dan akan dibuat pada tarikh (RAHSIA) akan dihadiri oleh beberapa Speaker Jemputan, khas untuk para peserta Seminar Hartanah “4 Langkah ke arah Hartawan Hartanah”.
Antaranya ialah :
1. Ho Chin Soon – Si Pembuat Peta Malaysia. Ada buku dia dijual di Pejabat Satu Solution, rujuk kepada Hartanah Panas – Hot Properties.
2. Pak Di -Hanya untuk yang mahu Celik Wang- Pakar Kewangan, Pengarang buku “Rancang Wang Dari Sekarang”. Boleh cari buku beliau di kedai buku terkemuka.
3. Zaidi Ismail -Hidup Tenang Tanpa Beban Kewangan- Beliau juga pengasas ‘Urus Insan’.
Oleh itu, sesiapa yang berminat, boleh tinggalkan nama anda di ruangan komen.
Aku ada sms AbangEnsem dan aku dah ajak Mat Joe untuk turut serta malam ni…ramai yang bertanyakan mengenai mereka bila datang…
Yang paling aku tensen ialah bila awek awek yang muka macam Nabila Amy Search dan Lisa Surihani datang terus tanya “Awak ke abangensem ?“…
penat aku nak menjawab “bukan, tapi saya lagi ensem daripada abangensem” dan aku dapat melihat kepala mereka mengangguk tanda bersetuju.
Aku kena berterima kasih kepada mereka berdua ini sebab :
1. AbangEnsem selalu menyokong apa yang aku buat. Posting Aku Perasan Sorang Sorang-Tuanbri memang ensem banyak membuka minda orang yang membacanya.
2. Mat Joe ada membuat satu posting Seminar Hartanah Langkah 1 untuk membantu aku dalam usaha menyebarkan ilmu hartanah. Di samping memuji TuanbRi dengan berkata “Inilah baru dikatakan orang yang ensem. Tidak seperti orang lain yang “masuk bakul, angkat sendiri”.
Terima kasih Semua!
harap2 dpt la join kali ni bri. berkali2 aku dah kensel ni…
fitri(Quote)
Ini dah kes mencurik identiti ni. Aku nak buat laporan polis la macam ni. Saje je Bri tak bagitau aku ada awek cun 2 orang nak datang..huhu. Anyway, aku tak free utk sesi Langkah 1 ni kecuali pada sesi hari Jumaat yang ko kensel tu. Maklum la banyak ‘cawangan’ yang aku nak kena jaga.. Hahaha.
abangensem(Quote)
bila tarikh nye tu?berminat nk join.
farid(Quote)
muka sama hensem tapi cara lain-lain. hehe
kaf(Quote)
count me in
teNNo(Quote)
Saya pun nak join ^_^ v
bakti(Quote)
tlg emailkan tarikh,
berminat jugak
nainawa(Quote)
Bila ni boss? Menarik ni..
Wida(Quote)
Saya pun nak join
Syed(Quote)
InsyaAllah nak join kalo tiada aral melintang
eeian(Quote)
hm, nak masuk langkah kedua, mesti kena pergi langkah pertama, buat yang belum. Apa lagi, mintalah TuanBri adakan, kumpul ramai-ramai, minta beliau adakan. Dengan harapan langkah kedua ramailah lagi orang-orang yang akan hadir, insyaAllah.
abduljabbarabdhamid(Quote)
rugi bagi mereka yang taknak pergi..penceramah jemputan antara yang terhebat di Malaysia..aku pun rasa nak datang jugaklah walaupun sekadar tukang bancuh air..boleh bri?
ABU(Quote)
cepatlah hujung bulan ni.. tak sabar nak dicurahkan ilmu
crome(Quote)
Saya nak join boleh?
abe(Quote)
Salam tuan bri,
saya dah pegi langkah pertama, nak join yg langkah ke 2 plak. tlg emailkan saya details sbb mlm tu saya tak sempat tunggu sampai habis… terpaksa balik awal…
thanks..
azira mohamed(Quote)
salam bri,
aku nak join sekali ngan sorang lagi member aku..
nnt emel details bleh?
bukhari(Quote)
Tuan bri,
Saya nak join sama. Nak belajor dgn otai2 hartanah.
TQ
Ani(Quote)
Salam Tuan Bri,
Saya pun nk join, baru berjinak-jinak dlm bidang ni. hopefully dapat la menimba ilmu sikit sebanayak drp pakar ni..berapa lama sesi ni, ada dikenakan bayaran ke?
thanks
azie(Quote)
ada lagi n bila?
sy sgt berminat nk join..
usop(Quote)
Wah.. nak jumpe HCS gak!! Uhuhuhu~
hawa(Quote)
orang baru give birth kena jaga baby..
hart_nur(Quote)
As Salam TuanBri,
Kalau ada lagi Seminar Hartanah Langkah 1, tolong email, nak join belajar sama.
Terima kasih
Ikram(Quote)
Salam Tuan .. tlg inform kalo ada seminar hartanah langkah 1 .. berminat nk tmbh ilmu .. terima kasih
Faizal(Quote)
saya pun nak join….last seminar tak boleh naik join walau pun dah booking
kamal(Quote)
saya nk join…sila emailkan detail….tq
adli(Quote)
salam,
saya berminat utk sertai seminar hartanah sila email details
seri(Quote)
salam, saya berminat nak join seminar ni.
nanti inorms aya yer.tq
hani(Quote)
Sesiapa yang berminat untuk menyertai Seminar Hartanah , sila buat pendaftaran ni ruang Atas Blog ni .
Di bawah ruangan (Daftar), (Seminar), (Daftar Seminar Hartawan Hartanah).
Kita akan hubungi mereka yang pra daftar dengan kami dahulu.
Selamat Datang Hartawan Hartanah !
tuanbri(Quote)