PTPTN merupakan badan yang ditubuhkan untuk memberi pinjaman pelajaran kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Bila aku check secara atas talian,ini jawapan yang diterima :
Tiada maklumat yang berkaitan dengan kad pengenalan ini. Jika anda peminjam PTPTN sila hubungi 03-2080 4455 atau email penyata@ptptn.gov.my .
Aku takut nanti aku nak fly ke oversea , kena tahan kat Kastam pulak. Burn tiket kapalterbang aku, bini dan anak-anak.
Aku tak boleh fly, takkan diaorang nak tinggalkan aku kat sini ? (hehehe)
Jadi sesiapa yang ingin membuat semakan secara atas talian, sila pergi ke :
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/semakan/ingkar
kalau nama korang blacklist, dia akan keluarkan warning yang berbunyi begini :
Nama Tuan/Puan termasuk di dalam senarai hitam peminjam ingkar PTPTN yang tidak dibenarkan untuk ke luar negara. Tuan/Puan dikehendaki melangsaikan semua jumlah pinjaman termasuk kos guaman, tujuh hari sebelum bertolak keluar Negara dan memaklumkannya kepada PTPTN.
Sila abaikan senarai ini sekiranya Tuan/Puan telah melangsaikan semua jumlah pinjaman dan memaklumkannya kepada PTPTN.
Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi Hotline PTPTN di nombor 03-2080 4455.
bukan kena tahan kastamlah…imigresen.
kalau nak check direct dengan imigresen pun lagi cepat…
klik kat link sini http://sspi2.imi.gov.my/
Joe(Quote)
betul la joe, silap aku…..
imigresen….aku asyik ingat kastam je. sebab ingat kena bayar cukai…hehehe
tuanbri(Quote)