Bantuan Permulaan Perniagaan- Smidec

Masa mula mula buka office dulu, aku ada plan untuk apply Geran daripada Kerajaan khas utk SME (small medium Enterprise) macam Satu Solution Corporate Services.

Yang diberi geran ke atas :
1. Sewa selama setahun.
2. Sewa perkakasan pejabat -mesin photostat dll selama setahun.
3. Bil Internet selama setahun
4. Apa sahaja yang munasabah.

Semenjak itu, aku seorang diri sudah beberapa kali pergi sendiri ke Smidec.

Telepati Berkomputer
(teknik telepati Berkomputer)

Penat juga..kalau buat kerja seorang diri ni…kalaulah aku dapat masterkan teknik di atas ni.

Mula mula kata fund dah habis.
Kemudian Smidec dalam proses penjenamaan semula.
Fund digantung buat sementara waktu.
Penjenamaan drpd Smidec ke SMECorp selesai.
Fokus telah berubah dari bantuan permulaan SME kepada Konsultansi sahaja.
Tiada fund lansung…..

Memang kena buat slow slow la gamaknya. Ingatkan kalau dapat geran, boleh kayuh laju sikit.
Tapi adat resam orang berniaga. Ada ujian, ditempuhi dengan sabar dan tawakal.

juruukur minda hartawan

Kawan Saya pun Juruukur!


(Kawan aku, Juruukur = http://mindahartawan.com – Niat kerana Allah)

Buat masa ni dah ramai yang merungut servis Satu Solution Corporate Services makin teruk.
Ada yang tulis kat blog.
Ada yang cakap-cakap kat orang lain.
Ada yang pergi buat aduan kat orang yang tidak ada kena mengena dengan Satu Solution Corp.
Ada yang tikam belakang.
Ada lawyer yang aku bagitau diaorang lembap, dia ugut aku pula dengan kata nak saman aku kalau aku tak balik posting mengenai Firma Guaman dia. (Melayu). Sedangkan ramai pelanggan aku merungut memang diaorang ni lembab.
Ada lawyer yang tengking aku bila aku tanya apa status pelanggan aku, tapi bila jumpa balik masa main bola tanya “macammana bisnes, ok ke ?” seoalah olah tiada benda yang pernah menyakitkan hati aku.

Aku akui servis dah makin lembap. Tapi apa salahnya kalau beritahu aku direct / terus terang dengan aku. Buat aku malu sikit dengan apa yang kitaorang ada. Supaya aku sedar di takuk mana kita berada.

Buat masa ni aku still lagi dalam proses pembaikpulihan. Masih banyak (i mean banyak) kelemahan yang harus ditangani.
Ramai juga yang telefon aku sekadar untuk bertanya khabar rakan kongsi aku. Kenapa tak tanya direct dengan dia ? tak dapat nak contact ? dah sms pun tak berbalas ? ada miss called, tapi dia pun tak call balik ?

Wallahualam.

Related posts:

Kelas Cash Flow "RDPD" - 19.12.09
Kelas Terakhir Hartawan Hartanah
Perintah Mahkamah-Usir Penyewa Keluar

Related Posts via Categories


banner ad


18 Responses to “Bantuan Permulaan Perniagaan- Smidec”

  1. isa hashim says:

    salam…

    sabar tuan bri…orang melayu yang bisnesnya bertambah maju dan semakin dikenali akan ramai yg dengki..

    orang yg buat kerja dgn betul tetap akan berada dipihak yg benar tapi akan ada cabaran yg kuat…

      (Quote)

  2. ojah says:

    smecorp mmg confirm dh xde geran.. kalu ade pun yg dh divet boleh berjaya.. punb ade lagi rasanya..

    .. slalu jumpa usahawan yg berjaya.. mereka mesti akan jatuh dengan teruk at least skali sebelum bangun dengan lebih gagah and berjaya.. all da best!

      (Quote)

  3. safuan says:

    come on
    jangan patah semangat

      (Quote)

  4. Azhar says:

    Dont give up…SS byk bjasa kpd aku sekeluarga…aku yakin SS bleh lbih maju ke hadapan lg..

      (Quote)

  5. syah says:

    anggap semua halangan dan kritikan sebagai satu semangat untuk maju bukan penamat . Never give up !

      (Quote)

  6. Helmo says:

    Rilex bro.. agent lelong/rumah masih ramai org ca ya nun alip.. ramai melayu ditipu hidop² dekat luar sana.. tapi melayu tipu melayu pon ade gak tau.. isk isk isk.. org cam ko ni.. banyak bantu org.. perlu terus kuat.. satu solution perlu bertahan.. ignore je langau² yg berkeliaran..

      (Quote)

  7. gorila says:

    Sabar banyak2 tuanbri. what doesnt kill you will make you stronger!!!!!

      (Quote)

  8. babuG says:

    berbanyak sabar dan fokus apa yg tuan buat.., ko kena ingat bahawa blog ko dan kengkawan yang lain banyak sangat membantu golongan silent reader dan jutawan senyap mcm aku… walaupun aku cuma drifter jeee…, Allah saja yg membalas jasa ko dan kengkawan semua..

      (Quote)

    • tuanbri says:

      tq BabuG….hehehe..aku ingatkan tak ada orang nak baca blog yang tak seberapa ni…

      ngeh ngeh…aku ok lagi…perjuangan harus diteruskan walau apa rintangan datang melanda…(Gingerbread)

        (Quote)

  9. Abg_ngah says:

    Org yg msh sustain walau mcm2 cabaran dtg… akan lebih kuat dn mantoop

      (Quote)

  10. Wida says:

    Huhuu sabor yob.. Aku doakan semuanya ok akhirnya..

      (Quote)

  11. semang says:

    rilex bro…dtg nilai lepak kat ice room dulu….. :)

      (Quote)

  12. wadie7990 says:

    sabar bro..sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri..ops silap, inikan plak member2..biasa lah tu, aku harapkan korang bersatu kembali, korang berdua byk bg semangat & tunjuk ajar kat aku dan rakan2 semua dlm bidang pelaburan hartanah. Buang yang keruh, ambil yang jernih..apa yg penting kena fikir dan fokus apa halatuju sebenar Satu Solution.

      (Quote)

    • tuanbri says:

      bersatu kembali apa ?
      Bila masa berpecah ? Ini semua spekulasi liar…hahahaha

      Satu Solution tiada masalah, cuma cabaran sahaja…

      Ingat….

      “there is ONLY one solution! ”

      p/s :aku nak buat trademark motto ni. Sekali dengan Hartawan Hartanah.

        (Quote)

  13. wadie7990 says:

    Spekulasi liar? Hahaha..kalau betul SS tiada masalah baguslah tu, setakat cabaran tu biasalah, cabaran mmg ada kat mana2 jer…hatta nak makan nasi pun ada cabaran gak bro, tak hati2 kang boleh tercekik tulang ikan.

      (Quote)

  14. dinsblog says:

    Jgn give-up teruskan usaha murni.

      (Quote)

  15. samsul bruns says:

    sabar bro.. byk lagi berguru utk mantapkan teknik telepati halimunan tu.. byk org menyokong..cuma dorang tak bagitau jer..

      (Quote)

  16. eun-yong says:

    lambat lak baca entri ni… bisnes ada naik ada turun.. kit adah usaha sehabis daya tapi rupanya masih tak memenuhi kehendak pelanggan yg pelbagai. Jgn putus asa… kuatkan semangat.. Tuanbri tetap hebat di mata kami sbg otai hartanah.

      (Quote)

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

Subscribe without commenting