Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Masalah Rumah Lelong #1

Tolong bagi pandangan Korang :

 

terima kasih…

 

Saya dapat email daripada Miss “M” mengenai masalah beliau.

 

 

Salam,
Saya mohon pandangan & nasihat Tuan Bri pada saya yg b’masalah ni.
Harap email saya tak menganggu Tuan.
Saya ada m’beli rumah lelong pd bln 11/2010 dr MBSB. sekarang ni dah terlebih masa yg diberikan, lawyer saya pun dah mintak extension dari MBSB. saya memang setiap minggu follow up lawyer saya, tapi jawapan yg dia bagi ‘auction kes memang lambat’..bila saya tanya apa masalah bank belum disburse duit to MBSB jawapan nya land title problem. bil2 t’tunggak semua saya dah bayar. rumah pun saya tak bukak sebab ada penyewa, owner lama senang2 kutip duit sewa sedangkan tak payah bayar maintenance pada developer & cukai2 (semua dah kena pada saya)…
apa yang perlu saya buat lagi selain chase lawyer saya supaya cepat setel kan…
harap Tuan dapat bg pandangan.
Tqvm
Miss “M”
  • susah jugak kes ni..sebab dah bayar..nak halau penyewa, rumah masih milik owner lama..kalau saya, better stop bayar maintenance..yang dulu dah bayar macam terpaksa halal je..

  • Ikut pengalaman saya, owner lama dah tak berhak kutip sewa. Beri pada lawyer sementara rumah belum settle, dan apa2 hal suruh owner lama contact lawyer. After settle semuanya, lawyer akan bahagi2kan pada yang berhak. Dalam kes Cik M, Cik M yang lebih berhak.

    Takpun kalau nak senang, suruh penyewa bayar terus pada Cik M. Kalau owner lama menuntut, suruh dia refer terus pada Cik M. Ini terpulang pada budi bicara Cik M, nak beri half2, nak beri penuh, atau tak nak beri langsung.

    Nasihat saya, jangan bagi owner lama kutip dari penyewa.

    • beli hak orang atas dunia tampa izin tuan rumah juga ke jumpa lah. elok nak langkah masuk surga kena tarik lah masuk neraka berjawaplah semula. hukum islam zaman nabi muhamad pinjam Rm 100 bayar RM 100 cuba lah ikut kisah nabi..

  • Pendapat saya, owner baru belum mempunyai hak keatas rumah tersebut sehingga semua urusan pindah milik selesai. Pasal duit maintenance & cukai tu kira macam dah terlanjur… then baru timbul isu nak bertolak ansur dengan owner lama.

  • Pendapat aku, sebelum owner baru nak bayar duit maintenance slps tarikh lelong, deal dulu dgn tenant dan owner lama. Sekiranya owner lama masih nak kutip sewa sebelum duit disburse, PASTIKAN dia bayar setiap bulan maintenance tu. Kalau dia taknak bayar, owner baru boleh kutip duit sewa sbb owner baru yg akan bayar duit maintenance. Apa yang penting adalah keputusan negotiation antara owner lama, tenant dan owner baru tu macamana..pastikan keputusan dibuat secara bertulis utk elakkan pertikaian kemudian hari. Just my 2 cents.

  • sbb hak kita baru ajer 5% or 10% atas rumah tersebut.Legally owner lama masih ada hak sehingga semua urusan pindahmilik selesai [loan disbursed. Tak salah kalau kita minta penyewa bayarkan maintenance fee, api n air dan baki sewa barulah di berikan kepada owner lama.

  • Berdasarkan ilmu dan pengalaman aku yang cetek, aku kena agree dengan Syah.

    Rumah it masih Milik Owner lama yang sah.

    Kita masih lagi tidak berhak ke atas rumah tersebut.

    Apa akan terjadi sekiranya kita tak dapat consent daripada Developer atau pun Krjn Negeri utk pindah nama ?

    Ini adalah part and parcel daripada Pembelian Rumah Lelong.

    Kena faham apa hak kita dan apa hak orang lain.

    p/s: kalau saya salah, tolong betulkan. tq.

  • MBSB – mmg slow.. pernah kes client aku bln leps.. hampir² nak due.. hanya kerana sehelai suratje.. tak boleh nak lepas kerana bos holiday.. kat sini.. lawyer perlu main peranan sebenarnye.. push dorang.. lauya² ni sebenrnya hanya berurusan melalui email dan phone sahaja!! sekadar bertanye dah siap ? bila bleh dpt? itu sahaja!! tiada tekanan lgsung..sebagai pembeli..tanyela ape document yg tak lepas lagi..ambik tahu sikit..lauya mmg akan bg alasan mcm tu..ermm lelong mmg leceh sikit.. lambat process dia.. siap boleh tanye lagi.. kenape beli lelong ??..kengkadang nak je aku penampo lauyer² ni..aku siap naikla bangunan mbsb tu.. bagi officer dia gelaba skit.. kene paksa.. dan akhirnye ptg tu juga dia sign.. baru selesai problem.. dan yg terpenting.. lantiklah agent yg benar² ikhlas membantu..airmuka agent tu perhati btl² kene ikhlas.. sebagai cnth saudari bri.. kita.. hehe

  • Tu pasal paling selamat, deal melalui lawyer. Apa yang lawyer advise saya dulu, dia akan tulis temporary agreement dengan tenant, tenant sign, tenant bayar duit ke lawyer, dan lawyer akan bahagi2 sewa ke owner baru atau lama ikut undang2. Walaupun owner lama ada hak, owner baru pun sudah ada hak.

  • Salam, 1st terima kasih pd Tn. Bri yg ambik perhatian pada masalah saya dan juga pd semua yg m’beri pendapat. Pada En. Helmo boleh saya tau bangunan MBSB or ofis lawyer MBSB yg awak pegi?. Lawyer saya pn b’masalah jugak ni. Mujur pihak pemaju bagi kerjasama pada saya.

  • Menara MBSB @ Jalan dungun , Bukit Damansara .
    Miss M saya cadangkan awak checking dgn lawyer dulu.. aper problemnya.. pihak mana yg document masih sangkut..kenapa & mengapa..mntk no phone officer mbsb.. mmg betul land title ada problem.. kes yg sama dgn client saya haritu.. tetapi untuk lelong biasanya pihak mbsb boleh bagi pengecualian..sebab mereka pon faham.. kalau lawyer.. dorang akan call n email je.. so kene pro active sikitla.. 🙂 harap saya membantu…

    • tima kasih Helmo

      Menara MBSB @ Jalan dungun , Bukit Damansara .Miss M saya cadangkan awak checking dgn lawyer dulu.. aper problemnya.. pihak mana yg document masih sangkut..kenapa & mengapa..mntk no phone officer mbsb.. mmg betul land title ada problem.. kes yg sama dgn client saya haritu.. tetapi untuk lelong biasanya pihak mbsb boleh bagi pengecualian..sebab mereka pon faham.. kalau lawyer.. dorang akan call n email je.. so kene pro active sikitla.. harap saya membantu…

      tima kasih Helmo.

  • salam,

    semua pendapat dan cadangan di atas semuanya betul dan boleh ikut, cuma jakethitam nampak dalam kes ni berlaku sedikit kecuaian pihak pembeli rumah ni sebab tak siasat terlebih dahulu properties yang nak dibeli.

    bukan mudah untuk membeli rumah lelong yang penghuninya masih ada atau penyewa. walaubagaimanapun semuanya sudah berlaku dan perlu diteruskan kehidupan.

    jakethitam harap pembeli mengikut apa yang dicadangkan iaitu ambil lawyer untuk uruskan sewaan itu (temporary agreement dengan tenant) dan pastikan selalu berhubung dengan lawyer.sebab rumah tu belum sepenuhnya pindah milik dan pembeli baru memang tak layak nak menuntut sewaan sebab belum mendapat consent daripada Developer atau kerajaan negeri. terpulang kepada lawyer kalau dia boleh nak putarbelitkan.hehehe

  • miss m blh sy tahu lawyer mana miss m pakai,sy pernah mglami mslh yg sm,berlarutan shgga 2thn lbh, masaalah miss m dah settle ke blm?klau blm,blh hubgi sy 019 2327269,mgkin sy bh membantu

  • Pada mulanya kita seronok beli rumah lelong ni. tapi pada masa yang sama pernah tak kita terfikir tuan rumah lama bagai mana. sakitkah dia berkerjakah dia, anak bini dia bagai mana…? kepala dia pusing cari duit bagai mana. bank cuma tahu nak lelong…. lelong…. lelong. perasaan tuan rumah semasa rumah nak lelong tuhan saja yang tahu. Dan yang banyak rumah kena lelong ni melaya dan yang banyak beli rumah bangsa asing. bank tak boleh tunggu sebab bank pun banyak bukan orang melayu. Ada bank MBSB pun tak boleh tolong melayu. Jadi lama lama melayu tak ada rumah. Dan Orang yang beli rumah lelong ni pulak padanlah muka sekiranya ada masalah tu baru atas dunia belum lagi disana.

  • Assalamualaikum semua,
    saya bersetuju dgn TUAN IMAN,bg yg berhajat nak membeli rumah lelong tu, fikir2kanlah semasak-masaknya & renung2kanlah sedlm-dlmnya,cuma sy yg cetek pengetahuan agama ni,ingin mencelah sdkt. Pada
    pandangan sy kalau kena pd tempat & betul langkahnya tak salah kalau kita hendak membeli hartanah lelong ni sbb ada kebaikan & keburukannya
    Sebagai seorang yg terlibat dlm kerjaya ini,ingin sy memberi sdkt nasihat ,tip dan peringatan sebelum anda membuat keputusan untuk membida hartanah lelong.

  • Tip 1
    Pastikan anda sendiri pergi melihat hartanah yg hendak dilelong.Sesampai anda disana,yg nampak hanyalah BUMBUNG kerana halamannya penuh dgn rumput,lalang dan pokok2 yg subur.Redahlah lalang itu utk sampai ke dalam rumah dan sekiranya rumah itu ok dan anggaran kos merepair sikit dan sgt berpatutan dan setelah anda siasat berkenaan dgn hal2 lelong semuanya ok,teruskanlah niat anda itu kerana dari pengalaman saya hartanah itu adalah beban kpd empunya & jiran2nya.Kedatangan anda amat2lah dialukan kerana anda adalah penyalamat keadaan.Sekiranya anda inginkan tips2 berkenaan dgn hartanah Lelong yg BOLEH dan YG PERLU DIELAK sila respon kpd email saya

  • Assalamualaikum Miss M,
    merujuk kpd masaalah Miss M,sekiranya Miss M berhajat nak duduk rumah tu,hantarlah notis satu bulan kpd penyewanya untuk berpindah & sekiranya Miss M masih nak menyewakannya,jumpa terus dgn penyewanya;bincang.Sekarang ni yg duduk tu bukanlah owner,dari pengalaman saya kalau penyewa yg duduk rumah tu,tak menjadi masaalah sgt.

  • assalam, isteri saya ada membeli rumah lelong dan beli secara cash. Tetapi dh hmpir setahun geran masih x dapat2 n bil2 masih atas nama owner lama. Loyer bank yg lelong umah 2 asyik beritahu pemaju yg x nak sain geran. Apakah tindakan yang kami perlu ambil agar geran rumah kami dapat diperolehi?

  • as salam..loan dah disburse & dah bayar instalment kat bank dah 2 tahun tapi masih tak dapat tukar nama..mcm mana nak setel masalah ni..

  • >